Tuesday, 22 August 2017

Orang orang tua JKKK pun nak serang balas Dr Mahathir kerana Najib ?

Acara : Perhimpunan JKKK / JKKP dan Anugerah Desa Perdana 2017

Lokasi : Dewan Tun Razak 1, PWTC, KL

Tarikh : 22/8/2017 



Ikrar taat setia dilafaskan dihadapan PM Najib Razak dan Presiden Gabungan Persatuan Ketua Kampung Malaysia, Haji Shahaimi Othman pula buat ancaman akan menggerakkan JKKK untuk menyerang balas segala apa yang dikatakan fitnah oleh Dr Mahathir. Apakah cara mereka akan serang Dr Mahathir? Baling kerusi, bakar suar, baling botol air mineral? Nak guna media sosial mungkin tak ramai diantara mereka reti pun..





*********************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Wednesday, 16 August 2017

Najib tunaikan janji Dr Mahathir kepada 400 keluarga bekas pekerja estet

Acara : Perasmian Projek PPR Ampar Tenang, Dengkil, Selangor

Lokasi : Ampar Tenang, Dengkil, Selangor

Tarikh : 16/8/2017



Harap maaf - laporan ini sudah setahun tersangkut dalam draft tanpa disedari.

BN's promise to 400 plantation workers and their families fulfilled


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Tuesday, 8 August 2017

Zahid Md Arip dibebas dengan ikat jamin

Acara : Pembebasan Zahid Md Arip dari reman SPRM

Lokasi : Istana Kehakiman, Putrajaya

Tarikh : 8/8/2017



Video 1 - Zahid mengucapkan terima kasih kepada 'captors' beliau



Video 2 - Syarat syarat yang dikenakan bagi pembebasan Zahid Md Arip dari reman SPRM



*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
Peguam Haniff Khatri memberi penerangan kepada pengurusan PPBM dan isteri Zahid
 5
Team peguambela yang menghadiri kes Zahid dan FIC on FOREX losses
 6
CEO FIC
 7
Pembantu peguam 
 8
Peguam yang mengendalikan urusan dokumentasi pembelian hotel mewah di London
 9
 10
Zahid dengan anak
 11
Zahid dengan Ustaz Hassan
 12
Zahid denagn Setiauasaha Agung PPBM
 13
Zahid dengan isteri
 14
Zahid dengan isteri

Wednesday, 2 August 2017

Campurtangan YDP Agong dipohon bagi elak krisis kehakiman

Acara : Penyerahan watikah oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan kepada YDP Agong

Lokasi : Pintu 3, Istana Negara, Kuala Lumpur

Tarikh : 2/8/2017



KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

Hari ini, kami telah menyembahkan warkah kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk membawa ke perhatian Tuanku YDPA beberapa perkara seperti berikut:

1. Isu perlantikan semula jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri pada 7 Julai 2017 adalah mencabuli Perlembagaan Persekutuan.

2. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jawatan Ketua Hakim Negara mahupun Presiden Mahkamah Rayuan tidak dibenarkan dilanjutkan selepas penjawat itu mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.

3. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan juga, perlantikan dua jawatan yang diumumkan itu adalah dibuat oleh Tuanku YDPA di atas nasihat YAB Perdana Menteri; maka Tuanku berhak untuk menampilkan perkara ini untuk diputuskan Mahkamah sebelum ianya berkuatkuasa.

4. Perlanjutan semula jawatan Ketua Hakim Negara yang disandang YAA Tan Sri Md Raus Sharif akan berkuatkuasa dalam masa dua hari lagi, iaitu pada 4 Ogos 2017.

5. Sekiranya perkara ini tidak ditangani segera, ia akan mewujudkan satu krisis kehakiman kerana kesemua perbicaraan ataupun keputusan selepas 4.8.17 akan menjadi TIDAK SAH. Malah sistem pentadbiran badan kehakiman yang juga dikendalikan oleh Ketua Hakim Negara akan menjadi cacat disebabkan badan kehakiman tidak diuruskan hakim yang sah di sisi Perlembagaan.

6. Di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan, cuma Tuanku YDPA yang boleh membuat rujukan permasalahan perlembagaan untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

7. Justeru, kesemua kami yang mewakili keempat-empat parti gabungan dalam PAKATAH HARAPAN, melalui warkah ini menyeru agar Tuanku YDPA melaksanakan budibicara Tuanku untuk membuat satu rujukan ke Mahkamah Persekutuan berkenaan persoalan samada pelantikan semula itu sah ataupun tidak. 

8. Ini adalah untuk menjamin Tuanku YDPA dapat memelihara keluhuran perlembagaan Malaysia daripada dicemari, demi kepentingan dan kesejahteraan Rakyat dan negara.

YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan
Pengerusi PPBM

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Pakatan Harapan
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN

YB Lim Kit Siang
Ketua Parlimen DAP

YB Datuk Dr Mujahid Yusof
Naib Presiden AMANAH

2 Ogos 2017


Video 1 - Kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan dibacakan oleh Dr Mahathir


Video 2 - Tempoh khidmat jawatan Ketua Hakim Negara


Video 3 - Krisis kehakiman yang cuba dielakkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan - suatu inisiatif yang diterangkan oleh Peguam Haniff  Khatri


Video 4 - PPBM akan menyediakan khidmat peguam untuk Zahid Md Arip, Ahli MPT yang ditahan reman oleh SPRM dalam kes pembelian hotel mewah di Kuching oleh FIC


#################################################################################

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10


Sunday, 9 July 2017

Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM 2017

Acara : Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM 2017

Lokasi : Kawasan lapang Shah's Beach Resort, Tanjung Keling, Melaka

Tarikh : 9/7/2017



1
 2
 3
 4
 5
 6

7
 8
 9
 10