jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Showing posts with label majlis presiden. Show all posts
Showing posts with label majlis presiden. Show all posts
Acara : Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan
Lokasi : Ibupejabat PPBM, Bangunan Yayasan Selangor, PJ, Selangor
Tarikh : 20/2/2018 @ 2.30 pm
Video 1 - Rakaman penuh sidang media
Ringkasan intipati sidang media
Min 0.15 - Mengenai ROS yang tidak menjawab dan memberi respon kepada permohonan pendaftaran Pakatan Harapan
Min 1.00 - PH akan membawa isu ROS ke Mahkamah bagi mendapatkan kata putus bagi membolehkan PH melakukan persiapan PRU14
Min 2.30 - Kesalahan dan diskripansi senarai pengundi akan dibawa ke SPR
Min 2.53 - Mengenai undi pos / undi awal yang memberi kelebihan ketara kepada BN
Min 5.10 - Isu membawa masuk pemerhati luar untuk PRU14
Min 6.28 - Manifesto sedang dalam proses pindaan. PH tidak akan terikat dengan kenyataan kenyataan dan janji janji awal yang dikeluarkan oleh sesetengah pemimpin PH sekiranya janji janji tersebut tidak selari dengan Manifesto PH.
Min 9.09 - Pelbagai usaha Najib untuk menyekat derma dari di beri penyokong kepada PH.
Min 10.19 -Najib akan keluarkan bajet yang besar di kawasan kawasan yang dijangka Dr M akan bertanding bagi membeli sokongan pengundi. Langkawi sahaja telah menerima janji pembangunan bernilai lebih dari RM1.0 billion dari Najib
Min 13.17 -Komen mengenai delegasi diplomat Israil yang hadir di World Urban Forum 2018 yang diadakan di Kuala Lumpur baru baru ini.
Min 14.00 - Dr M juga teringin bertanding di Pekan
Min 15.12 - Mengenai status rundingan pembahagian kerusi untuk PRU14
Min 16.20 - Mengenai penghakiman yang tidak memihak kepada PH dalam isu persempadananan semula kawasan pilihanraya.
Acara : Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan
Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya
Tarikh: 24/1/2018 @ 11.00 am
Ikuti rakaman penuh sidang media mingguan Majlis Presiden Pakatan Harapan siri yang pertama yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir. Mesyuarat mingguan pada setiap Selasa akan disusuli dengan sesi sidang media bagi menjawab persoalan persoalan dan menyampaikan berita dan perkembangan terikini politik tanahair yang melibatkan Pakatan Harapan
Acara : Sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan
Lokasi : Wisma Amanah, Jalan Kuching, KL
Tarikh : 11/9/2017 @ 6.00 pm
Video 1 - Secara ringkas nya kandungan video berikut :-
Ucapan takziah Majlis Presiden kepada keluarga Allahyarham Sultan Kedah diatas kemangkatan Tuanku.
MP Ipoh Barat, M.Kulasegaran (DAP) dan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew dilantik Naib Presiden yang baru bagi mencerminkan komposisi kaum dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan (Naib Presiden yang lain ialah Mohamed Azmin Ali, Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub)
Husam Musa (AMANAH) dilantik sebagai Bendahari Pakatan Harapan yang baru bagi menggantikan M.Kulasegaran yang terpaksa mengosongkan jawatan tersebut setelah dilantik menjadi Naib Presiden.
Pakatan Harapan akan mengembalikan kecemerlangan Malaysia di peringkat antarabangsa (apabila berjaya mengambil alih kerajaan pusat)
Acara : Sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan
Lokasi : Wisma Amanah, Jalan Kuching, KL
Tarikh : 11/9/2017 @ 6.00 pm
Video 1 - Dr Mahathir akan memohon untuk bertemu dengan TPM Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri untuk berbincang mengenai pendaftaran Pakatan Harapan. Pendaftaran Pakatan Harapan telah tertangguh diperingkat Pendaftar Pertubuhan(ROS) setelah Pakatan Harapan menyerahkan semula borang permohonan berserta pindaan kepada cadangan perlembagaan dan juga logo parti yang dipinda mengikut nasihat ROS.
Acara : Penyerahan watikah oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan kepada YDP Agong
Lokasi : Pintu 3, Istana Negara, Kuala Lumpur
Tarikh : 2/8/2017
KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN Hari ini, kami telah menyembahkan warkah kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk membawa ke perhatian Tuanku YDPA beberapa perkara seperti berikut: 1. Isu perlantikan semula jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri pada 7 Julai 2017 adalah mencabuli Perlembagaan Persekutuan. 2. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jawatan Ketua Hakim Negara mahupun Presiden Mahkamah Rayuan tidak dibenarkan dilanjutkan selepas penjawat itu mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan. 3. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan juga, perlantikan dua jawatan yang diumumkan itu adalah dibuat oleh Tuanku YDPA di atas nasihat YAB Perdana Menteri; maka Tuanku berhak untuk menampilkan perkara ini untuk diputuskan Mahkamah sebelum ianya berkuatkuasa. 4. Perlanjutan semula jawatan Ketua Hakim Negara yang disandang YAA Tan Sri Md Raus Sharif akan berkuatkuasa dalam masa dua hari lagi, iaitu pada 4 Ogos 2017. 5. Sekiranya perkara ini tidak ditangani segera, ia akan mewujudkan satu krisis kehakiman kerana kesemua perbicaraan ataupun keputusan selepas 4.8.17 akan menjadi TIDAK SAH. Malah sistem pentadbiran badan kehakiman yang juga dikendalikan oleh Ketua Hakim Negara akan menjadi cacat disebabkan badan kehakiman tidak diuruskan hakim yang sah di sisi Perlembagaan. 6. Di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan, cuma Tuanku YDPA yang boleh membuat rujukan permasalahan perlembagaan untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan. 7. Justeru, kesemua kami yang mewakili keempat-empat parti gabungan dalam PAKATAH HARAPAN, melalui warkah ini menyeru agar Tuanku YDPA melaksanakan budibicara Tuanku untuk membuat satu rujukan ke Mahkamah Persekutuan berkenaan persoalan samada pelantikan semula itu sah ataupun tidak. 8. Ini adalah untuk menjamin Tuanku YDPA dapat memelihara keluhuran perlembagaan Malaysia daripada dicemari, demi kepentingan dan kesejahteraan Rakyat dan negara. YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad Pengerusi Pakatan Harapan Pengerusi PPBM YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden Pakatan Harapan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Presiden KEADILAN YB Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP YB Datuk Dr Mujahid Yusof Naib Presiden AMANAH 2 Ogos 2017
Video 1 - Kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan dibacakan oleh Dr Mahathir
Video 2 - Tempoh khidmat jawatan Ketua Hakim Negara
Video 3 - Krisis kehakiman yang cuba dielakkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan - suatu inisiatif yang diterangkan oleh Peguam Haniff Khatri
Video 4 - PPBM akan menyediakan khidmat peguam untuk Zahid Md Arip, Ahli MPT yang ditahan reman oleh SPRM dalam kes pembelian hotel mewah di Kuching oleh FIC