Friday, 17 September 2021

Pejuang Muda santuni warga Kg Baru bersempena sambutan Hari Kemerdekaan

 Acara :  Program Isi Perut Rakyat (Edisi Merdeka) anjuran Pejuang Muda

Lokasi : Sekitar Gerbang Kg Baru, Kuala Lumpur

Tarikh : 17/9/2021




___________________________________________________________________________________________________________
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13


Program Isi Perut Rakyat anjuran Pejuang Muda terima sambutan hangat gelandangan Chow Kit

 Acara : Program Isi Perut Rakyat (Edisi Merdeka) anjuran Pejuang Muda

Lokasi : Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit, Kuala Lumpur

Tarikh : 17/9/2021


Program ini ditumpukan khusus untuk golongan gelandangan sekitar Chow Kit dan juga mereka mereka yang memerlukan. Program ini turut mendapat sokongan dari NGO Food4U yang diasaskan oleh Tony Lian dan juga dari NGO yang di kendalikan oleh Uncle Kentang, Kuan Chee Heng. Penganjur menyediakan 400 pek makanan dan bahan keperluan asas untuk diagihkan di dua lokasi, di Chow Kit dan juga sekitar Gerbang Kg Baru.

Presiden Pejuang, Mukhriz Maahathir meluang masa untuk bersama team pengendali yang dikepalai oleh Ketua Pejuang WP, Khairuddin Abu hassan, di kedua dua lokasi.  


_______________________________________________________________________________________________________

1/32
2
3
4
5
6
7
8
9
10

GERAKAN bantu tampung keperluan darah dgn kempen 'DERMA ANDA MAMPU MENYELAMATKAN SATU NYAWA'.

 Acara : Kempen derma darah parti Gerakan bertemakan Derma Anda Mampu Menyelamatkan Satu Nyawa

Lokasi : Menara PGRM, Ulu Pudu, Kuala Lumpur

Tarikh : 17/9/2021


KENYATAAN MEDIA
17 SEPTEMBER 2021

Prihatin dengan kekurangan stok bekalan darah di Pusat Darah Negara, Parti GERAKAN menganjurkan Kempen Derma Darah di ibu pejabat Menara PGRM, Jalan Pudu Ulu, Cheras hari ini.

Program bertemakan Derma Anda Mampu Menyelamatkan Satu Nyawa itu turut dihadir oleh Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bagi menyumbang bekalan darah, Setiausaha Agung GERAKAN, Mak Kah Keong, Bendahari Nasional Hng Chee Wey, Naib Presiden, Datuk Parameswaran.

Pengarah Program, Prabagaran berkata, keadaan sekarang menyebabkan mana-mana pihak mengalami sedikit kesukaran untuk mengadakan program komuniti namun demikian kerja amal perlu diteruskan.

Menurutnya, penganjuran tersebut bertujuan membantu mengisi stok darah negara yang mungkin menghadapi masalah kritikal susulan pandemik Covid-19 kerana pelbagai faktor termasuk kekurangan penderma. Secara purata, keperluan darah seluruh Malaysia ialah sekitar 2,000 beg darah sehari, namun melihat kepada situasi semasa yang mencabar, stok bekalan darah semakin menyusut. Contoh, di Lembah Klang saja, kita memerlukan antara 500 hingga 600 beg darah sehari, namun stok sedia ada hanya mampu menampung keperluan selama lima hari saja iaitu 2,500 beg darah. Tambahnya, pendaftaran dilakukan secara atas talian bagi mengelak daripada kesesakan sekaligus menepati prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19. "Tak sangka program derma darah ini mendapat sambutan menggalakkan, hampir 120 penderma yang membuat pendaftaran untuk menyumbang darah pada program kali ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam pada itu, tambahnya GERAKAN akan sentiasa mengadakan program-program yang dapat menyumbang kepada negara dan memberi manfaat kepada rakyat.

Prabagaran
Timbalan Speaker GERAKAN

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

Majlis pelepasan konvoi Jentera Jelajah Peduli Nadi Rakyat oleh Anwar Ibrahim

 Acara : Majlis pelepasan Jentera Jelajah Peduli Nadi Rakyat oleh Anwar Ibrahim

Lokasi : Ibu pejabat Keadilan, Merchant Square, Damansara

Tarikh : 17/9/2021



Penggerak utama Jelajah Peduli Nadi Rakyat ialah Anwar Ibrahim Club (AIC), NGO Selangor Legacy, Sukses Selangor, Bidadari dengan kerjasama SM Chicken Boss. Misi bantuan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik C19 akan bergerak keseluruh negara. Buat permulaan konvoi ini akan bergerak ke Pulau Pinang dan Kedah.



_________________________________________________________________________________________________________
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18