Showing posts with label gelandangan. Show all posts
Showing posts with label gelandangan. Show all posts

Friday, 17 September 2021

Program Isi Perut Rakyat anjuran Pejuang Muda terima sambutan hangat gelandangan Chow Kit

 Acara : Program Isi Perut Rakyat (Edisi Merdeka) anjuran Pejuang Muda

Lokasi : Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit, Kuala Lumpur

Tarikh : 17/9/2021


Program ini ditumpukan khusus untuk golongan gelandangan sekitar Chow Kit dan juga mereka mereka yang memerlukan. Program ini turut mendapat sokongan dari NGO Food4U yang diasaskan oleh Tony Lian dan juga dari NGO yang di kendalikan oleh Uncle Kentang, Kuan Chee Heng. Penganjur menyediakan 400 pek makanan dan bahan keperluan asas untuk diagihkan di dua lokasi, di Chow Kit dan juga sekitar Gerbang Kg Baru.

Presiden Pejuang, Mukhriz Maahathir meluang masa untuk bersama team pengendali yang dikepalai oleh Ketua Pejuang WP, Khairuddin Abu hassan, di kedua dua lokasi.  


_______________________________________________________________________________________________________

1/32
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Saturday, 16 September 2017

WPKL, WPLabuan & WPPutrajaya akan jadi bandaraya mesra OKU

Acara : Majlis Pelancaran Bulan Kebajikan Negara 2017 Peringkat WP

Lokasi : Atrium Kementerian Wilayah Persekutuan, P2, Putrajaya

Tarikh : 16/9/2017 @ 830 am



Video 1 -  Ketiga tiga Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan menjadi Bandaraya yang mesraOrang Kurang Upaya (OKU)



Video 2 - Kementerian WP melalui DBKL telah mengambil inisiatif menghantar gelandangan sekitar Kuala Lumpur untuk diberi latihan kemahiran hidup dan jati diri bagi membolehkan memberi mereka semangat dan motivasi untuk menjadi tenaga kerja dibeberapa sektor di Kuala Lumpur. Latihan jangka pendek buat permulaan ini dilakukan sepanjang Sukan SEA dan Para Olimpik melibatkan 1,300 gelandangan kesemuanya.




*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 28 February 2016

Pusat Transit Gelandangan KL yang pertama sudah mula beroperasi

Acara : Perasmian Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

Lokasi : Pusat Transit Gelandangan, Jalan Pahang, KL

Tarikh : 27/2/2016


Projek ini merupakan inisiatif CSR bersama DBKL dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB). Pihak SHARP dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad  (PUNB) turut bekerjasama dalam memastikan kebajikan golongan gelandangan ini terjamin dengan penyediaan barangan keperluan  dan bantuan kewangan.

Pusat Transit ini terletak diatas tapak seluas 1,319 meter persegi dan siap dibina dan mendapat Certificate of Completion pada 28/11/2015. Pihak MRB telah menyerahkan bangunan 3 tingkat ini kepada DBKL pada 29/1/2016. Ianya mempunyai kemudahan asas untuk penginapan 250 orang, bilik mandi, tandas, bilik dobi, ruang makan, tempat agihan makanan, surau yang berasingan bagi lelaki dan perempuan, bilik kaunselling, bilik kesihatan dan bilik simpanan barang bagi gelandangan yang mendaftar masuk. Pusat ini mula menerima kemasukan penghuni pada 10/2/2016.

Pihak SHARP telah menyediakan pelbagai barangan elektrikyang bernilai RM45,030 untuk kegunaan penghuni yang ditempatkan di sekitar kawasan pusat transit gelandangan ini. PUNB pula telah memberi sumbangan berbentuk tunai sebanyak RM20,000 untuk menampung kos operasi harian pusat ini.

Sehingga 26/2/2016 seramai 141 orang, 111 lelaki dan 30 perempuan telah mendaftar diri untuk menggunakan fasiliti dan mendapatkan makanan.

NGO yang berdaftar seperti Soup Kitchen dan sebagainya dibenarkan menjalankan aktiviti mereka di pusat ini.

Kaedah pengurusan pusat transit gelandangan ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa 1 adalah untuk tempoh 5 bulan pertama dari Februari sehingga Jun 2016 yang dikendalikan oleh satu pasukan sementara secara pinjaman daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN), DBKL, RELA, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kaunselor.

Bagi Fasa 2 pula, struktur pengurusan kekal dan perlantikan pengelola atau ketua operator akan dibuat melaluikaedah Request for Proposal (RFP) berdasarkan terma rujukan (TOR) dan SOP yang sedang dimuktamadkan oleh pihak Kementerian WP.



1
 2
 3
 4
 5
6
 7
 8
 9
 10

Friday, 7 August 2015

Gelandangan mendapat layan istimewa Rumah Terbuka Wilayah Persekutuan

Lokasi : Dataran DBKL, Kuala Lumpur

Acara : Rumah Terbuka Eid Wilayah Persekutuan

TTarikh : 4/8/2015


20,000 orang tetamu membanjiri Dataran DBKL bersempena majlis sambutan eidil fitri peringkat Wilayah Persekutuan. 2,000 gelandangan dari sekitar Kuala Lumpur turut dijemput melalui NGO dan ajensi yang bertanggungjawab untuk dijamu makan dan sama-sama  merasai suasana sambutan yang dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL. Mereka juga turut diberi sumbangan yang berupa duit hari raya. Semoga sambutan sebegini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
Penghargaan kepada para penaja
 10
Penghargaan kepada para penaja

Tuesday, 14 July 2015

Gelandangan sudah ada pusat khidmat sementara di Kuala Lumpur

Lokasi : Pusat Khidmat Sementara Gelandangan, Medan Tuanku, Kuala Lumpur

Acara : Program Nur Ramadhan

Tarikh : 13/7/2015


PM Najib Razak hari ini menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada 300 orang gelandangan yang setiap seorang menerima wang tunai sebanyak RM200, kain pelikat, kain batik dan Food Pack sumbangan KWP dan DBKL. Selain itu mereka juga menerima Aidilfitri Gift sumbangan Sinotech Property Development Sdn Bhd sementara anak-anak gelandangan pula menerima goodies pack sumbangan KWP.

Pusat Khidmat Sementara Gelandangan ini dikendalikan oleh DBKL dan dibina atas tanah kerajaan. Terdapat ruang pengagihan makanan, tandas, bilik air, ruang solat dan bilik-bilik. Struktur bangunan menggunakan sistem Industrialised Building System (IBS) yang berkonsepkan pembinaan pasang siap.

Dengan ada nya one-stop center in DBKL dijangka akan dapat meningkatkan lagi penguatkuasaan dan tindakan perundangan dan kerjasama dengan NGO bagi menjamin kepentingan bandar raya Kuala Lumpur.


1
 2
 3
  4
Terdapat kemudahan surau dan tempat berwuduk serta bilik pemeriksaan kesihatan
 5
Kabin agihan makanan
 6
 7
 8
 9
 10