Showing posts with label khairuddin abu hassan. Show all posts
Showing posts with label khairuddin abu hassan. Show all posts

Saturday, 9 October 2021

Amanat terbaru Dr Mahathir untuk umat Melayu dan mesej kepada Ku Li mengenai hasrat beliau untuk tubuhkan UMNO Baru

 Acara : Pelepasan konvoi Misi Jelajah Prihatin dan Bantuan PEJUANG WP ke 12 kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan 

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Tarikh : 9/10/2021


Ringkasan :

Min 0:50 - Ucapan oleh Khairuddin Abu Hassan, Ketua PEJUANG WP
Min 3:30 - Ucapan oleh Marzuki Yahya - Timbalan Presiden PEJUANG
Min 7:21 Ucapan oleh Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi PEJUANG
Min 14:50 - Pelepasan konvoi
Min 15:25 - PC Dr Mahathir - komen beliau mengenai ura ura Ku Li nak tubuh UMNO baru
Min 19:33 - Interbiu Marzuki Yahya


__________________________________________________________________________________________________________

1

2
3
4
5
6
7
8
9
10

Friday, 17 September 2021

Pejuang Muda santuni warga Kg Baru bersempena sambutan Hari Kemerdekaan

 Acara :  Program Isi Perut Rakyat (Edisi Merdeka) anjuran Pejuang Muda

Lokasi : Sekitar Gerbang Kg Baru, Kuala Lumpur

Tarikh : 17/9/2021




___________________________________________________________________________________________________________
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13


Saturday, 28 August 2021

Azalina Othman Said harus diketengahkan sebagai Speaker Parlimen atau Peguam Negara yang baru

















YB AZALINA OTHMAN SAID HARUS DIKETENGAHKAN SEBAGAI SPEAKER PARLIMEN ATAU PEGUAM NEGARA YANG BARU
Kita berdoa agar PH, blok BEBAS dan sebahagian dari Ahli-Ahli Parlimen kerajaan akan sokong untuk mencalonkan YB Azalina Othman Said sebagai calon Speaker Parlimen atau Peguam Negara yang baru.
Ini adalah dua portfolios yang amat bersesuaian dengan kredibiliti serta ketokohan YB Azalina Othman Said.
Beliau amat cemerlang ketika berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Parlimen. YB Azalina Othman Said amat berwibawa di samping ilmu guaman beliau yang mantap seringkali kelihatan dapat mengawal persidangan Dewan Rakyat secara amat berkaliber.
Lihat saja justifikasi beliau meletakkan jawatan Timbalan Speaker Parlimen secara amat professional, berprinsip dan berhemah.
Cadangan YB Azalina Othman Said agar melantik salah seorang Timbalan Speaker Parlimen dari kalangan parti-parti pembangkang mendapat pujian ramai khususnya sokongan rakyat jelata.
Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Timbalan Speaker Parlimen juga sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan bernas mengenai pendekatan Darurat Politik Mahiaddin Md Yasin dan isu-isu mengenai penutupan sidang Dewan Rakyat.
Walhal pada waktu itu YB Azalina Othman Said adalah ahli UMNO yang menjadi sebahagian dari coalition kerajaan ‘tebuk atap’ PN.
Namun, YB Azalina Othman Said tetap dikenali sebagai tokoh berprinsip yang senantiasa bercakap serta memberi pandangan ‘without fear and favour.’
Sesungguhnya juga, YB Azalina Othman Said mempunyai pakej yang terbaik untuk berkhidmat sebagai Speaker Parlimen mahupun Peguam Negara yang baru. 
Pada suatu masa dahulu pun sudah ada ‘precedent’ bahawa Peguam Negara di kalangan Ahli-Ahli Parlimen.
Dua orang tokoh Ahli-Ahli Parlimen yang pernah menjawat jawatan Peguam Negara adalah Allahyarham Tan Sri Kadir dan Allahyarham Tan Sri Hamzah.
Kita amat yakin majoriti dari Ahli-Ahli Parlimen akan menyokong pencalonan YB Azalina Othman Said sebagai calon Speaker Parlimen serta Peguam Negara. Insya-Allah!! Ameen!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan
28 Ogos 2021

Wednesday, 21 July 2021

Syed Saddiq adalah seorang tokoh muda yang berprinsip, berintegriti, anti rasuah serta jatidiri yang amat rendah diri



BERANI KERANA BENAR YB SYED SADDIQ!!


Saya doakan YB Syed Saddiq akan dipelihara oleh Allah SWT dan menghindarkan beliau dari segala bentuk fitnah oleh kalangan tertentu yang gagal untuk memaksanya menyokong mereka.


YB Syed Saddiq adalah seorang tokoh muda yang berpotensi dan disebabkan oleh prinsipnya yang tidak mahu memihak kepada segala bentuk salah-laku maka satu gerak-kerja untuk membunuh kareer politiknya sedang dijalankan oleh kerajaan ‘tebuk atap’ PN.


Adalah diharapkan YB Syed Saddiq akan kental menghadapi fitnah ini dan sama sekali tidak akan tunduk pada sebarang tekanan yang sedang dilalui olehnya masakini.


Pada tahun 2016 di zaman kerajaan kleptokrasi saya juga telah dianiayai serta difitnah oleh mereka namun tetap kental dengan prinsip tidak menggadai maruah diri bagi menyebelahi para pengkhianat negara.


Sebagai orang pertama di negara kita yang didakwa bawah Akta SOSMA di mana saya ditahan dalam lokap serta penjara Sg Buloh selama dua bulan setengah; akhirnya kerana berada di pihak yang benar Allah SWT tetap memelihara kesejahteraan  seterusnya dibebaskan dari penjara sg buloh oleh mahkamah.


Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Adil. Saya amat yakin Allah swt akan membela serta memelihara YB Syed Saddiq dari bahana fitnah ini.


Sesungguhnya, saya ingin nasihati YB Syed Saddiq agar tidak berganjak dan jangan sama sekali tunduk pada kerajaan ‘tebuk atap’ PN walau apa sekalipun mereka bakal menganiayai beliau.


‘Berani kerana benar!!’ YB Syed Saddiq harus berpegang erat kepada pepatah ini!! Beliau akan dipandang mulia oleh keseluruhan rakyat di tanahair kita.


Saya amat mengenali YB Syed Saddiq dari zaman kami tubuh Deklarasi Rakyat sehinggalah tertubuhnya parti PPBM sebelum PRU14.


Bagi saya YB Syed Saddiq adalah seorang tokoh muda yang berprinsip, berintegriti, anti rasuah serta jatidiri yang amat rendah diri.


Keseluruhan rakyat ingin melihat YB Syed Saddiq melangkah masuk ke kamar mahkamah atas dasar kebenaran serta Insya-Allah bakal terlepas dari dugaan fitnah ini dalam masa terdekat. Ameen!!


HIDUP YB SYED SADDIQ!!


Yang Ikhlas,

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan

21 Julai 2021

Monday, 19 July 2021

Penderaan BELLA - Mcamana Seorang Peguam Boleh Tahu Keputusan Siasatan PDRM Yang Masih Berjalan



MACAMANA SEORANG PEGUAM BOLEH TAHU KEPUTUSAN SIASATAN PDRM YANG MASIH BERJALAN


Pihak PDRM harus memanggil seorang peguam yang bernama Asiah Abd Jalil untuk disoal-siasat bagaimana beliau boleh mengetahui butir-butir siasatan polis mengenai kes penderaan adik Bella yang masih lagi dalam proses siasatan?!


Dalam kenyataan beliau melalui portal themalaysialife.com menyatakan kononnya pihak PDRM mengetahui fakta yang sebenar dan atas dasar inilah Bainun tidak didakwa.


Mengapa peguam ini bodoh sangat?! Dia seorang peguam macamana dia boleh mendesak pihak polis mewartakan secara umum fakta siasatan mereka kepada publik tanpa melengkapkan kertas siasatan PDRM?!


Kes siasatan sedang berjalan dan mana boleh hasil siasatan polis yang belum selesai diminta oleh peguam bodoh ini untuk diuar-uarkan kepada keseluruhan masyarakat secara terbuka?!


Pihak PDRM harus panggil peguam ini untuk proses siasatan kerana dari kenyataan beliau menggambarkan seolah-olah dia pun telah menyiasat kes adik Bella atas inisiatif sendiri dan mempunyai matlumat bagi membuktikan kononnya Bainun tidak bersalah!!


Peguam ini telah melangkaui bidang kuasa PDRM pada realitinya!!


Pihak JusticeforBella juga harus buat satu laporan polis keatas peguam Asiah Abd Jalil ini yang secara terang-terang implicated NGO ini sebagai membuat tuduhan yang tidak berasas dalam kes penderaan adik Bella.


Selaku Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan di mana kes ini juga berlaku dalam territori Wilayah Persekutuan; saya amat berharap pihak PDRM dapat menjalankan siasatan secara professional, komprehensif serta telus bagi mencari fakta yang sebenar atas dasar perikemanusiaan yang berteraskan undang-undang negara.


Semua pihak jangan tunduk pada mana-mana campurtangan dari tangan-tangan ghaib!! Undang-undang tetap undang-undang yang harus didokongi mengikut ‘rule of law.’


Ini bukan negara ‘koboi’ ataupun negara yang berpegang kepada rukun undang-undang ‘rimba!!’


Pihak PDRM mesti tegas menyiasat tanpa pilih kasih bagi membela adik Bella yang disyaki didera secara tidak berperikemanusiaan!!


Dalam isu kenyataan peguam Asiah Abd Jalil ini saya ingin mendesak pihak polis memanggil beliau untuk proses siasatan yang mendahului siasatan PDRM dengan membayangkan kononnya Bainun tidak bersalah dan polis tahu hal sebenarnya.


Siapa dia peguam ini yang hendak berjawab bagi pihak PDRM?!


Apa motif peguam Asiah Abd Jalil ini membuat kenyataan terbuka seperti ini dengan mengaitkan pihak legal enforcement authority yang beliau tidak mempunyai sebarang locus standi untuk berbuat demikian.


Insya-Allah, saya akan menghubungi semua rakan-rakan dari parti-parti politik lain untuk bergabung tenaga kearah mendapatkan pembelaan keatas adik Bella ini yang didera secara tidak berperikemanusiaan!!


Kalau peguam Asiah Abd Jalil kata Bainun tidak dera maka kita ingin mengetahui siapa yang mendera adik Bella ini?!


‘Binatang’ ini harus dihadapkan ke muka pegadilan secara secepat yang mungkin agar ianya akan menjadi teladan kepada pihak lain untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku semula!!


Ikhlas dari,

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan

19 Julai 2021

Friday, 18 June 2021

Majlis Pemulihan Negara diperlukan untuk menurunkan suhu politik sehingga keadaan kesihatan, politik, ekonomi dan sosial pulih



MAJLIS PEMULIHAN NEGARA (MPN) YANG DICADANGKAN OLEH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD JALAN PENYELESAIAN YANG BERKESAN DAN TERBAIK BUAT MASA INI


Pembukaan semula persidangan Parlimen bukan solusi yang berkesan buat masa ini untuk selesaikan segala permasalahan kesihatan, politik, ekonomi dan sosial yang sedang melanda negara kita.


Ini adalah kerana akan terdapat kalangan orang-orang politik yang kurang cerdik akan tetap bermain politik.


Kalangan ini hanya akan meletakkan agenda kepentingan peribadi di atas kepentingan untuk selamatkan negara.


Masing-masing tidak ikhlas kerana mereka mempunyai agenda politik ataupun untuk kepentingan parti sendiri.


Sebab itulah KDYMM Yang di-Pertuan Agung dan Majlis Raja-Raja Melayu harus mempertimbangkan secara serius cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengujudkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) secara tidak berpartisan bagi menyelesaikan segala kemelut yang sedang dihadapi pada hari ini.


Lihat saja sikap seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga mengenai Hal Ehwal Undang-Undang semalam telah ‘memperlekehkan’ titah  KDYMM Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu.


Dato Seri Takiyuddin Hassan boleh ‘mempersendakan’ serta ‘memperlekehkan’ KDYMM Yang di-Pertuan Agong apabila beliau mempertikaikan bahawa bagaimana hendak panggil sidang Parlimen secara kadar segera di mana KDYMM Yang di-Pertuan Agong tidak menetapkan satu tarikh yang ‘definite’ bagi tujuan tersebut.


Sikap ‘kurang ajar’ orang-orang politik seperti ini akan membuatkan solusi balik ke Parlimen tidak akan berjaya.


Kalangan menteri-menteri yang ‘otak udang’ dari kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang mempunyai agenda peribadi akan tetap berusaha bagi menggagalkan hasrat pembukaan semula persidangan parlimen.


Begitu juga dengan sikap salah seorang dari pemimpin pembangkang yang ‘sewel’ bercita-cita rakus hendak jadi Perdana Menteri sudah mula melobi untuk mendapatkan ‘kenyataan sumpah berkanun’ dari ahli-ahli Parlimen kearah menyokongnya menjawat jawatan Perdana Menteri bila persidangan Parlimen bermula.


Golongan seperti ini tidak akan bersikap rasional bagi menyelesaikan segala polemik kemelut negara secara terbaik mungkin melalui Dewan Rakyat.


Agenda kepentingan peribadi serta parti masing-masing akan diletakkan di atas kepentingan negara dan bangsa.


Pada hemat peribadi saya; kaedah solusi yang terbaik adalah menrealisasikan cadangan bagi mengujudkan Majlis Pemulihan Negara secara tidak berpartisan untuk menyekat orang-orang politik ‘otak udang’ dari terus bermain politik yang tidak munafaat sama sekali.


Hakikatnya juga, kita sudah kesuntukan masa kerana hari demi hari akan meranapkan keseluruhan institusi negara yang bakal memudaratkan kita semua.


Insya-Allah kami akan teruskan kempen cadangan pengujudan Majlis Pemulihan Negara untuk dicadangkan secara lebih komprehensif kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu  bagi memohon perkenan KDYMM Tuanku-Tuanku sekalian.


Majlis Pemulihan Negara bermirip MAGERAN diperlukan untuk mengujudkan ‘cooling off period’ kearah menurunkan ‘suhu politik’ negara buat seketika sehingga keadaan politik, ekonomi, sosial mahupun pandemik Covid-19 beransur pulih barulah akan dicadangkan pembubaran Majlis ini.


Sesungguhnya juga, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai pengalaman luas mengurus pelbagai bentuk krisis dunia tidak mempunyai sebarang bentuk agenda peribadi kecuali untuk membangunkan semula Malaysia Baharu demi kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia.


Secara jujur dan ikhlas, patek-patek sekalian akan terus merayu kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu bagi memperkenankan cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negara kerana ini adalah kaedah solusi terbaik untuk kepentingan negara serta bangsa.


Ikhlas dari;

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan

 17 Jun 2021

Tuesday, 1 June 2021

Majlis Raja-Raja perlu pantau secara terperinci kerajaan sewel tebuk atap sebelum nasi jadi bubur



RAYUAN KDYMM AGUNG DAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU UNTUK TAMATKAN PROKLAMASI DARURAT


Hanya kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agung dan Majlis Raja-Raja Melayu tempat terakhir keseluruhan rakyat Malaysia dapat sandarkan harapan terakhir ke arah selamatkan bangsa serta negara yang tercinta ini.


Kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang terdiri dari pemimpin-pemimpin dungu, rakus kuasa dan korup sedang merosakkan tanahair kita ke tahap yang paling teruk selepas era pentadbiran kerajaan kleptokrasi.


Selepas PRU14 negara yang ditadbir oleh kerajaan PH yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya meletakkan asas kepimpinan negara di landasan yang terbaik selama 22 bulan.


Namun, disebabkan oleh pengkhianatan sesama rakan dalam gerakan ‘Langkah Sheraton’ telah menyebabkan negara kini diurus tadbir oleh kalangan dungu, rakus kuasa serta korup sehingga keadaan masakini cukup mencemaskan keseluruhan rakyat Malaysia!!


Kini, KDYMM Yang di-Pertuan Agung dan Majlis Raja-Raja Melayu harus campur tangan demi masa kesejahteraan masa depan negara kita.


KDYMM Yang di-Pertuan Agung harus tamatkan proklamasi darurat secara kadar segara dan bukakan semula parlimen sebagai sebuah institusi untuk proses semak-imbang yang amat penting.


Percambahan pemikiran serta semak-imbang di dalam Dewan Rakyat berdasarkan amalan demokrasi harus dihidupkan segera.


Sesungguhnya, segala kerosakan negara dan apa yang sedang berlaku masakini adalah disebabkan parlimen ditutup!!


Pentadbiran negara tidak dijalankan secara telus. Kerajaan ‘tebuk atap’ PN sedang menyalahguna kuasa dalam segenap segi.


Sebab itulah Jawatankuasa Merayu Tolak Darurat senantiasa bersabar selama beberapa bulan untuk mendapatkan tarikh perkenan mengadap KDYMM Yang di-Pertuan Agung bagi menyembahkan segala butiran penderitaan rakyat Tuanku di saat yang paling mencabar.


Tarikh perkenan dari KDYMM Yang di-Pertuan Agung amat penting kerana keseluruhan rakyat sedang menunggu dengan penuh kesabaran agar segala permasalahan masyarakat marhaen akan dapat dimaklumkan secara terperinci kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agung oleh wakil-wakil dari Jawatankuasa Merayu Tolak Darurat.


Pihak istana harus sedar bahawasanya proklamasi darurat sudah gagal!! Malahan, gagal di tahap ‘gaban!!’


Kononnya, proklamasi darurat untuk membendung pandemik Covid19 kini terbukti gagal sama sekali!!


Keseluruhan rakyat Malaysia ingin melihat Majlis Raja-Raja Melayu  memainkan satu peranan proaktif untuk ‘Selamatkan Malaysia.’


Hanya kepada KDYMM Raja-Raja Melayu sajalah sandaran terakhir rakyat Malaysia buat masa ini.


KDYMM Raja-Raja Melayu harus memerhati pentadbiran ‘sewel’ kerajaan ‘tebuk atap’ PN secara terperinci sebelum ‘nasi jadi bubur.’


Institusi Di Raja harus memayungi keseluruhan rakyat secara adil dan saksama tanpa sebarang unsur ‘berat sebelah.’ Inilah yang rakyat Malaysia ingin lihat kini.


Sudah sampai masanya untuk KDYMM Raja-Raja Melayu memanggil sidang khas tergempar Majlis Raja-Raja Melayu kerana negara kita kini sedang berada dalam keadaan yang cukup parah!!


Rakyat Malaysia yang hina-dina ini masih yakin bahawa Majlis Raja-Raja Melayu masih mempunyai peranan yang boleh dimainkan kearah untuk ‘Selamatkan Malaysia’ sebelum segalanya ‘hancur jadi debu.’


RAJA ADIL RAJA DISEMBAH; RAJA ZALIM RAJA DISEMBAH’


‘RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA’ 


DAULAT TUANKU!!


Yang Ikhlas;

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan

28 Mei 2021

Saturday, 8 July 2017

Rumah Terbuka Aidilfitri - Datuk Hamidah Osman

Acara : Rumah Terbuka Aidilfitri Hamidah Osman

Lokasi : Kampung Tersusun, Batu Gajah, Perak

Tarikh : 8/7/2017


Majlis berjalan dari jam 12.00 - 6.00 pm.. Rakaman suasana majlis bermula dari jam 3.20 pm sehingga Maghrib

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
8
 9
 10

Saturday, 18 February 2017

Azmin Ali berbakti kepada Mak Tom hingga ke liang lahad

Acara : Urusan pengkebumian Mak Tom, bonda MB Azmin Ali 

Lokasi : Kediaman Mak Tom, Jalan Klang Gate

Tarikh : 18/2/2017




Video 1 - Ucapan ringkas dari Azmin Ali kepada semua yang hadir sebelum jenazah Mak Tom diusung ke tanah perkuburan yang terletak berhampiran kediaman Mak Tom. 



*********************************************************************************

#suasana360




*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 4
 5
 6
 7
 8
9
 10

Thursday, 17 November 2016

TSMY - pembangkang tidak akan jadi pembangkang selama lamanya

Acara : Ceramah Rakyat Bersatu 

Lokasi : Tapak Pasar Malam, Bandar Baru Sentul, KL

Tarikh : 16/11/2016


Video 1 - Ada kah PM Najib ambil pusing cabaran yang dilemparkan oleh Khairuddin? Yang pasti rakyat Malaysia yang hadir ke majlis majlis sebegini akan termakan dan terkesan dengan apa yang dikatakan berulang ulang kali oleh Khairuddin selagi mana ianya tidak terjawab oleh Najib...



Video 2 - Satu satu nya aktivis politik yang berani mengaku menghasut orang ramai melakukan sesuatu perkara yang di benci pemerintah...kali ini dengan seruan kepada rakyat Malaysia untuk turun ke BERSIH 5.0..




Video 3 - TSMY tidak berhasrat menjadi pembangkang selamanya. Matlamat menubuhkan kerajaan baru bakal tercapai dengan kerjasama kesemua parti parti pembangkang.



Video 4 - Apa masalah Melayu dengan Cina DAP ? Ikuti kenyataan TSMY... 




Video 5 _ Azmin Ali telah buktikan bahawa pembangkang juga mampu untuk mentadbir negeri Selangor dengan lebih baik berbanding UMNO



*******************************************************************************

#suasana360




******************************************************************************

1
  2
 3
 4
5 
 6
 7
 8
 9
 10
 11