Google+ Followers

Saturday, 3 March 2012

PVTM tentang habis Anwar

Venue : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Event : Penyerahan memo bantahan oleh Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM)

Date : 2/3/2012

PVTM tentang habis Anwar

KUALA LUMPUR 2 Mac - Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) bertekad tidak akan membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang tampuk pemerintahan negara ekoran keengganan beliau menarik balik kenyataan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel ketika diwawancara The Wall Street Journal (WSJ).Presidennya, Mohd. Ali Baharom berkata, sikap Anwar itu menunjukkan fikirannya tidak waras dan hanya berminat untuk mendapatkan kuasa sahaja.
''Kami akan halang Anwar habis-habisan kerana beliau dipercayai berniat ingin menghancurkan negara. Sebagai seorang pemimpin Islam, Anwar tidak sepatutnya sokong Israel.
''Pas juga tidak sewajarnya memandang remeh isu ini kerana majoriti umat Islam di negara ini rasa terhina dengan kenyataan Anwar itu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Pas, Mohd. Shahir Abdul Hassan di Pejabat Agung Pas Pusat di sini hari ini.
Beliau diiringi Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli dan wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Seni Silat Ikatan Kalam Utama Malaysia, Barisan Bertindak Rakyat Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Selain memorandum bantahan, Mohd. Ali turut menyerahkan kain rentang yang memaparkan kira-kira 5,000 tandatangan oleh orang ramai yang menyokong desakan PVTM agar Anwar meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam di negara ini.
Dalam pada itu, Mohd. Jurit berkata, kontroversi yang dicetuskan Anwar tidak akan selesai, malah boleh melarat menjadi kudis dalam pakatan pembangkang ekoran kegagalan Pas menyatakan pendirian secara tegas.
''Kita keliru dengan pendirian Pas yang menolak sebarang sokongan terhadap Israel tetapi pada masa yang sama mereka tidak berani mengambil tindakan tegas ke atas Anwar," jelasnya.

1.
 2.
 3.
 4.
 5. Mohd. Ali Baharom (depan, dua dari kiri) dan ahli PVTM menyerahkan memorandum bantahan terhadap kenyataan Anwar Ibrahim kepada wakil Pas, Mohd. Shahir Abdul Hassan di Kuala Lumpur
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.