Showing posts with label israel. Show all posts
Showing posts with label israel. Show all posts

Friday, 22 December 2017

Dr Mahathir tidak diendahkan penganjur Himpunan Perpaduan Ummah

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm



Himpunan diadakan bagi menyatakan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestine dalam isu Baitulmaqdis yang diiktirafkan sebagai ibunegara Israel oleh Trump.

Adakah penganjur fahami apa yang hendak PM Najib Razak sampaikan kepada dunia dan rakyat Malaysia amnya.. Ini apa yang PM Najib katakan dalam ucapan beliau -

"Kerana ...tanpa mengira apa jua fahaman politik , betul Tuan Tuan ?
Tidak kira atas nama parti mana , betul Tuan Tuan ?
Tidak kira atas nama NGO, betul Tuan Tuan ?
Kita berhimpun kerana kita hendak menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia ini bersatu menentang pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel."

Jelas sekali penganjur gagal dalam penganjuran ini kerana apa yang diucapkan oleh PM Najib tidak selari dengan realiti... Pertama sekali nama besar yang digembar gemburkan, Hadi Awang Presiden PAS gagal hadir walhal ada laporan yang menyatakan bahawa beliau berkhutbah di Masjid Rusila.

Yang keduanya Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir (yang telah dilabelkan sebagai #pengkhianatbangsa) hadir di Masjid Putra untuk bersolat Jumaat tanpa diendahkan langsung oleh penganjur atau hos mahupun ahli jemaah kabinet yang lain. Mana pergi adab ? Saya pasti mereka sedar akan kehadiran Dr Mahathir melalui pegawai pegawai mereka, mustahil mereka tidak tahu. Lagipun pengumuman telah dibuat ketika Dr Mahathir tiba oleh pihak masjid. Saya yakin tiada jemputan diberikan kepada Dr Mahathir. Dia hanya hadir untuk bersolat Jumaat. Kalau dijemput sudah pasti penganjur akan menyediakan pegawai pengiring atau disambut sendiri oleh Hos.

Apa salah nya disapa Dr Mahathir walau dengan Salam sebaris sekalipun. Puluhan wakil media bersedia dengan perakam masing masing untuk merakam saat tersebut. Hos akan kelihatan matang politik dalam situasi win-win. Dr Mahathir kalau tidak dijemput sudah pasti tidak akan mendesak atau meminta slot untuk berucap kerana beliau seorang negarawan yang cukup masak dalam hal hal ini.

Dengan tidak mengendahkan Dr Mahathir, terlepas lah peluang penganjur untuk mengotakan apa yang PM Najib war warkan dalam ucapan beliau.. Dr Mahathir saya percaya hanya mengintai suasana perhimpunan selain menunaikan solat Jumaat bersama warga Putrajaya... beliau tidak rugi apa apa pun...





*************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12



Saturday, 26 November 2016

Dimana OIC ketika Islam Rohingya di bunuh beramai ramai di Myanmar ?

Acara : Perhimpunan Solidariti NGO bersama masyarakat Rohingya

Lokasi : Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak, KL

Tarikh : 25/11/2016


Video 1 - Dimana  OIC ketika Islam Rohingya dizalimi dan dibunuh oleh puak ekstrimis Buddha di Myanmar ? Terbukti ekstrimis Buddha ini lebih kejam dari Israel di bumi Palestine.




*********************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
6
 7
 8
9
 10

Saturday, 21 November 2015

Keujudan Negara Israel punca serangan militan

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Majlis Pelancaran Rasmi Pertubuhan Perintis Malaysia (#MyPerintis)

Tarikh : 14/11/2015


Apa saja alasan lain yang cuba diberikan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak Barat, Tun Dr Mahathir berpegang teguh kepada pandangan beliau bahawa punca sebenar serangan militan Islam adalah berpunca dari ujud nya negara Israel. Ikuti penerangan Tun Dr Mahathir mengenai konsep perjuangan yang diguna oleh militan Islam dalam menghadapi musuh yang lebih berkuasa.




Sunday, 3 August 2014

Tian Chua sokong tindakan boikot Israel

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Tarikh : 2/8/2014


Seruan untuk mengenakan tindakan yang lebih tegas dan 'concerted' keatas regim Zionis dari segi ekonomi.


1
2

Saturday, 2 August 2014

Sekitar himpunan Selamatkan Anak-Anak Gaza

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan aman "SELAMATKAN ANAK-ANAK GAZA" anjuran
Viva Palestina dan Aqsa Syarif

Tarikh : 2/8/2014


KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Ribuan rakyat berbilang kaum Malaysia membanjiri Dataran Merdeka di sini hari ini bagi menyertai perhimpunan aman 'Selamatkan Anak-anak Gaza'.

Perhimpunan anjuran dua badan bukan kerajaan - Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Aqsa Syarif itu bertujuan membantah kekejaman serangan Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Pengarah Aqsa Syarif Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata perhimpunan aman itu merupakan satu mesej kepada dunia bahawa rakyat Malaysia menolak sepenuhnya serangan Israel di Palestin.

"Kita berkumpul di Dataran Merdeka ini untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati kita, kita nak serangan zionis terhadap warga Palestin dihentikan sekarang.

"Seperti yang kita tahu ribuan penduduk Palestin yang tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam yang kebanyakannya adalah kanak-kanak dan orang awam.

"Ini adalah jenayah perang dan mereka ini (Israel) mesti dihadapkan ke mahkamah antarabangsa untuk dihukum," kata Hafidzi ketika berucap pada perhimpunan itu.

Pengarah VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata pihaknya dan Aqsa Syarif juga akan menghantar memorandum kepada pihak kedutaan Amerika Syarikat dan Mesir di Malaysia pada Isnin ini.

Katanya antara pengisian memorandum itu adalah untuk menyeru Amerika Syarikat menghalang tindakan Israel menyerang warga Palestin yang tidak berdosa.

"Untuk Mesir pula kami menyeru agar laluan Rafah dibuka sepenuhnya untuk menyalurkan bantuan ke Palestin.

"Sehingga kini hanya dua daripada 23 trak konvoi kami yang membawa bekalan perbuatan dan pembedahan dibenarkan masuk ke Gaza," katanya.

Musa turut menyatakan kerjasama di antara VPM, Aqsa Syarif dan beberapa badan bukan kerajaan negara luar telah berjaya menyediakan 23 trak ubat-ubatan dan bahan pembedahan bernilai RM2.5 juta untuk dihantar ke Gaza.

Malah pihaknya juga dalam perancangan untuk menghantar 20 ambulans ke kawasan itu.

-- BERNAMA


1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Saturday, 17 August 2013

Konflik Mesir menenggelamkan isu Palestine..

Lokasi : Dewan Tun Ismail, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Perhimpunan NGO-NGO Membantu Palestine

Tarikh : 15/8/2013 @ 12.00 pm


Kehadiran peserta pada perhimpunan satu hari ini agak mengecewakan. Mungkin ramai yang belum pulang dari beraya di kampung halaman, atau mungkin juga isu konflik di Mesir telah menenggelamkan isu Palestin buat masa ini.

Ajaran Syiah yang semakin menular di dalam negara dibawa bertujuan menimbulkan pergaduhan, kata bekas Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media hari ini sempena perhimpunan NGO membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia sudah berpecah kerana pelbagai fahaman politik dan isu penularan ajaran Syiah memberikan lebih banyak kesan buruk kepada masyarakat Muslim dalam negara.
"Di Malaysia, kita sudah berpecah kerana politik Sekarang kita ada pula Syiah dan Sunni.
"Syiah dan Sunni mesti bergaduh pastinya, mengapa mereka memiliki cara berbeza dalam menterjemahkan fahaman Islam kalau bukan untuk gaduh," kata Dr Mahathir apabila disoal mengenai fahaman Syiah yang semakin menjadi kontroversi di Malaysia.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertuah kerana majoritinya adalah penganut Sunni berbanding negara Arab yang ketika ini bergelut dengan kancah perang saudara akibat berlainan fahaman.
"Malaysia sangat bernasib baik kerana kita memiliki majoritinya adalah penganut Sunni Muslim, jadi kita tidak perlu bergaduh.
"Tapi sekarang orang mahu bawa Syiah, mahu bawa pelbagai bentuk ajaran supaya mereka dapat pecah-belahkan kita," katanya.
Apabila ditanya sama ada kerajaan bersikap terlalu menekan dan drastik ke atas penganut Syiah di Malaysia, Dr Mahathir berkata: "Terdapat pelbagai cara lain untuk menangani masalah ini."
Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini mengatakan terdapat seramai 250,000 penganut Syiah bergiat aktif dalam negara dan menegaskan penularan fahaman ajaran tersebut kian membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan umat Islam.
Setakat ini 10 negeri sudah mewartakan ajaran Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala empat negeri (Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak) masih dalam proses pewartaan.
Susulan tekanan ke atas penganut Syiah di Malaysia, Shia Right Watch (SRW) satu organisasi yang melindungi kepentingan pengikut Syiah sedunia menggesa layanan adil dari kerajaan terhadap pengikut syiah di negara ini.
Permintaan itu terkandung dalam surat yang dikirimkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Pada hujung bulan lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sesat secara keseluruhannya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau menegaskan perihal ibadah golongan Zaidiah yang terletak di bawah pecahan Syiah diterima kerana tidak berbeza dengan pegangan mazhab Shafie.
Mufti Perak itu juga mendedahkan terdapat kira-kira 70 mazhab yang terangkum dalam fahaman Syiah. Seorang ahli akademik dari sebuah universiti tempatan yang terlibat dalam kajian ketamadunan menyifatkan isu Syiah hangat diperkatakan berikutan krisis di Timur Tengah yang belum menemui jalan penyelesaian.
Jika isu itu terus diperbesarkan di Malaysia, katanya, tidak mustahil negara juga bakal berdepan kemelut perang saudara, malah mungkin mengheret kaum lain yang tidak terlibat dalam isu itu.
“Sebelum kejatuhan Presiden Mesir Mohamed Morsi, diskriminasi kaum  berlaku kepada penganut Kristian dan Syiah di sana. Empat orang berfahaman Syiah dibunuh dengan kejam dalam insiden itu,” katanya.
Ahli akademik itu menganggap serangan terhadap Syiah di negara ini disebabkan pengaruh golongan Salafi yang membenci golongan berkenaan walaupun mereka tidak mencetuskan huru-hara dalam negara.
Katanya, antara sebab kerajaan Kedah menggunakan pendekatan mengharamkan Syiah di negeri itu kerana bimbang provokasi tercetus antara pengikut Syiah dan ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri berkenaan. - 15 Ogos, 2013.
-TheMalaysianInsider..

1
 2  Kehadiran mengecewakan walaupun 9 NGO menghantar wakil mereka..
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
12 
 13
 14  Dewan Tun Ismail yang disekat setelah kehadiran peserta tidak menggalakan