Tuesday 3 September 2013

Syed Hamid Albar ada, kenapa bebankan Hisham?

Lokasi : Lobby SME Building, KL Sentral

Acara : Rumah Terbuka Aidil Fitri Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Tarikh : 3/9/2013 @ 2.00 pm


Peluang mengikuti operasi-operasi dan program SPAD sejak kebelakangan ini telah mendekatkan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar, mantan Menteri kanan dalam kabinet Tun Dr Mahathir dulu. Dari pemerhatian saya Syed Hamid dalam usia menjangkau 70 tahun amat bertenaga, komited dan teliti dengan tanggungjawab beliau sebagai Pengerusi SPAD. Hands on approach beliau telah meletakkan SPAD sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang cekap dan tangkas.

Daripada membebankan DS Hishamuddin dengan portfolio Pengangkutan, alangkah baik sekiranya Syed Hamid ini dilantik sebagai Menteri Pengangkutan. Dengan pengalaman luas beliau sebagai menteri kabinet ditambah pula dengan pendedahan terus yang beliau perolehi sebagai Pengerusi SPAD, saya yakin Syed Hamid dapat memberi sumbangan yang besar kepada kecekapan pentadbiran Najib Razak. Ini cuma buah fikiran saya, pembaca-pembaca budiman boleh memberi dan berkongsi pandangan mengenai Syed Hamid. 


1  YB P. Kamalanathan (Parlimen Hulu Selangor)
 2   Some tips from Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD
 3
 4
 5  Yang di tengah - Puan Sri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin
 6  Bersongkok - Mejar Jeneral (B) Dato' Paduka Che Hasni Che Ahmad, Ketua Bahagian, Penguatkuasaan SPAD
 7


3 comments:

  1. hisham jadi ketua puteri pun tak layak. dia terlalu lembut untuk jawatan tu. heheh

    ReplyDelete
  2. saya biasa bertugas dibawah Tan Sri semasa KDN dulu. Memang tegas, sharp dan cerewet dalam tugas. Very old school. We need this kind of leader.

    ReplyDelete
  3. Patut ujudkan Kementerian Amaran untuk Hisham. heheheheh

    ReplyDelete