Sunday 8 September 2013

Ku Li masih berhasrat bertanding

Lokasi : Kediaman Ku Li @ Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur

Acara : Sidang Media Tenku Razaleigh Hamzah

Tarikh : 6/9/2013 @ 12.00 pm



KUALA LUMPUR:  Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah terus berteka-teki mengenai desas-desus kemungkinan beliau akan menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno menentang Datuk Seri Najib Tun Razak pada pemilihan parti itu Oktober ini.
Sebaliknya Ketua Umno Bahagian Gua Musang berusia 76 tahun itu hanya mengesahkan berminat untuk bertanding jawatan di peringkat bawahan sahaja pada masa ini.
"Hasrat (bertanding) itu ada... untuk jawatan peringkat bawah. Kalau nak kata 'tidak', tak betul pula.
"Belum ada keputusan lagi, saya orang sebatang kara, tak ada siapa nak dirujuk untuk dapatkan nasihat, jadi belum buat (keputusan). Tunggulah sehingga hari penamaan calon nanti," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Jumaat.
Sidang media itu dihadiri puluhan pengamal media yang menjangkakan Tengku Razaleigh akan membuat pengumuman penting mengenai salah satu jawatan tertinggi dalam Umno yang bakal ditandinginya.
Namun jangkaan itu meleset apabila Tengku Razaleigh memaklumkan tujuan sidang media itu diadakan adalah bagi menjawab pelbagai soalan menjelang pemilihan Umno akan datang.
Sebelum ini Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Gua Musang yang disandangnya sejak 51 tahun lalu.
Beliau menyandang jawatan tersebut sejak 1962 ketika masih dikenali sebagai Bahagian Ulu Kelantan.
Pada masa sama, Tengku Razaleigh turut dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Gua Musang yang disandangnya sejak 1974 pada pilihan raya umum akan datang.
...mStar online

1/27
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10



11
12 
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28



1 comment: