Google+ Followers

Thursday, 3 October 2013

Gomo realistik jangka Kak Ijat akan menang



Berdepan dengan reliati politik semasa blogger Papagomo telah mengeluarkan kenyataan berikut di SINI
Saya yakin kebanyakan perwakilan Wanita yang akan mengundi nanti sudah pun membuat keputusan siapa yang hendak dipilih sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO.


Papa Gomo menyokong Shahrizat Jalil bagi jawatan Ketua Wanita Umno Malaysia.

Fokus utama pada PRU14 akan datang adalah kemenangan Barisan Nasional dan tunjang bagi gerak kerja yang dilakukan ini memerlukan satu saf ataupun barisan yang kuat terutamanya daripada jentera Wanita Umno Malaysia. Tanpa wanita umno pastinya jentera yang ada tidak mampu untuk memastikan kemenangan mutlak BN pada PRU14 nanti.

Ada yang mempertikai kreabiliti Kak Jat jika sekali lagi dilantik Ketua Wanita Umno. Tidak cukup dengan itu ada juga yang menyatakan jika Kak Jat dilantik maka Umno akan tumbang pada PRU14 kelak. Apakah benar dakwaan tersebut?

Untung nasib politik belum tentu dapat kita gambarkan sepenuhnya kerana didalam politik ini ianya akan berubah tanpa diduga. Dalam pekara ini Gomo melihat kepentingan untuk umno terus menjalankan gerak kerja bagi menghadapi PRU14 akan datang dan tunjang utamanya adalah Wanita yang terletak diatas kepala ketua Wanita Umno.

Waktu ini barisan kepimpinan dan juga pergerakkan wanita dibawah cukup efektif dalam melaksanakan tugas. Malah kewibawaan Shahrizat selaku Ketua Wanita Umno berjaya menyatupadukan wanita yang ada. Berbelas PRK pada penggal lalu dan gerak jentera Wanita cukup efektif dan pada PRU13 yang lalu pun wanita umno antara faktor kemenangan penambahan kerusi UMNO.

Apa akan berlaku jika ketua Wanita bertukar pada pemilihan kali ini? Shahrizat Jalil kalah dan ianya tidak menjejaskan apa apa buat Shahrizat Jalil. Tetapi kepada pergerakkan wanita dibawah? Saf kepimpinan yang lain? 3 tahun selepas pemilihan ini andaikata ketua Wanita bertukar maka ianya akan menjadikan 3 tahun untuk wanita Umno membentuk satu lagi barisan dan kepimpinan yang baru. Tidak cukup dengan itu pastinya diperingkat bahagian akan menjadi lebih panas kerana ianya akan melibatkan team A dan team B. Ini akan berlaku jika ketua Wanita yang ada bertukar.

Gomo bercakap dari segi melihat gerak kerja yang akan datang dalam isu Ketua Wanita Umno ini. Matlamat utama adalah jentera yang padu bagi PRU14 kerana pada PRU nanti ini merupakan satu pekara yang teramat penting bagi menarik seberapa ramai orang Melayu untuk bersama UMNO dan Barisan Nasional.

Lim Guan Eng sendiri mengakui gerak kerja Wanita cukup hebat dibawah kepimpinan Shahrizat Jalil. Dan kita harus ingat isu NFC yang terpalit ke atas Shahrizat Jalil adalah hasil kerja jahat dan agenda DAP yang mahu melemahkan jentera wanita UMNO. Atas semangat dan kekuatan Shahrizat Jalil dan Wanita Umno usaha DAP untuk melemahkan wanita tidak menjadi dan hasilnya PRU13 membuktikan jentera Wanita begitu efektif membantu kemenangan Barisan Nasional.

Dato Sri Najib Tun Razak Perdana Menteri juga mengakui gerak kerja Shahrizat Jalil pada PRU 13 yang lalu. Jika tidak mana mungkin PM melantik Shahrizat Jalil sebagai penasihat wanita bagi YAB Perdana Menteri? Itu bukti bahawa Wanita Umno kuat dibawah kepimpinan Shahrizat Jalil dan itu juga signal kepada semua untuk bersama dengan Wanita Umno bagi menghadapi PRU14 kelak.

Gomo bukan membodek ataupun dibayar oleh Shahrizat Jalil mahupun sesiapa sekalipun. Namun apa yang Gomo terjemahkan adalah usaha gerak kerja yang perlu dilakukan umno untuk menghadapi PRU14 kelak. Ini zaman kepimpinan Najib Razak dan beliau tahu apa yang mahu dilakukan agar PRU14 Melayu dan Bumiputera mendapat mandat penuh dari rakyat untuk BN mentadbir negara.

Kepada yang berang dengan sokongan Papa Gomo kepada Shahrizat Jalil ini diharap dapat berfikir secara waras. Apakah kita mahu jentera wanita berpecah belah sehinggakan gerak kerja yang sepatutnya dibuat untuk PRU14 hancur berkecai?

Matlamat utama kita adalah UMNO menang PRU14 akan datang. Fokus kepada MELAYU & BUMIPUTERA