Google+ Followers

Friday, 25 April 2014

MH370: Kabinet luluskan penubuhan pasukan penyiasatan antarabangsa

Lokasi : Royale Chulan, Kuala Lumpur

Acara : Sidang Media MH370

Tarikh : 23/4/2014


MH370: Kabinet luluskan penubuhan pasukan penyiasatan antarabangsa


KUALA LUMPUR: Kabinet telah meluluskan penubuhan sebuah pasukan penyiasatan antarabangsa yang akan menilai punca kehilangan pesawat MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Katanya Kementerian Pengangkutan telah ditugaskan merangka terma rujukan bagi pasukan penyiasatan itu, sementara jawatankuasa kecil yang diketuai Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi ditugaskan menyelaras penubuhan pasukan tersebut.

"Saya juga ingin memaklumkan pasukan penyiasatan antarabangsa itu tidak akan melibatkan aspek jenayah yang mana berada di bawah Polis DiRaja Malaysia (PDRM)," katanya pada sidang media berkenaan Penerbangan Malaysia MH370 di Hotel Royal Bintang, hari ini.


1 Hishamuddin & Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan
 2
 3
 4
 5
 6
 7 Hishamuddin & Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan
 8  Datuk Azharuddin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
 9  Wakil CNN
 10
 11
 12
 13