KENYATAAN MEDIATUN MUSA HITAMBERHUBUNG ISU MEMALISUSULAN MAJLIS DISKUSI ANJURAN KERAJAAN NEGERI KELANTANBERTEMAKAN “POLITIK MALAYSIA: DAHULU DAN SEKARANG”
Pada jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan “PolitikMalaysia: Dahulu dan Sekarang”. Profesor Agoes dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai Moderator. Format diskusi menyamai program “HARD TALK” BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh Moderator. Sepanjang dua jam, Moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa Moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.
Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:
- Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr. Mahathir berada di negara China dan saya adalah Pemangku Perdana Menteri.
- Saya bertanggung jawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.
- Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.
Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:
- Saya menegur Moderator dengan mengatakan sebagai seorang Profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.
- Pada hari peristiwa Memali (ia itu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya Pemangku Perdana Menteri. Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “My God” yang mengejutkan hadirin.
- Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak Polis tentang dua perkara:
(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi;(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah
Namun saya mengambil tanggung jawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak Polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.
4 Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.
Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku. Pada hari kejadian, saya bersama Pemangku Ketua Polis Negara (KPN) telah menemui Perdana Menteri di pejabat beliau dan Pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi Polis di Memali yang melibatkan kematian 4 anggota Polis dan 14 orang awam. Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr. Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:
- Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri Perdana Menteri sendiri.
- Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.
- Dengan menangguhkan lawatan ke Negara China, Dr. Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam Negeri.
Dr. Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke Negara China. Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap. Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.Kesimpulannya ialah:
- Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.
- ISU UTAMA dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan Pemangku Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Tun Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali, dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari tersebut.
- Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di Mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Tun Dr. Mahathir masih Perdana Menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan PerdanaMenteri. Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. Tetapi tidak ada media yang sedia melaporkan fakta ini.
Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh Parti Pas. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan Menteri; tidak ada pihak baik daripada Kerajaan, begitu juga Parti UMNO yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.
Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya. Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa.
Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ILAHI memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya.
Saya bersyukur ke hadrat ILAHI yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.
Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negativ, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru keatas diri saya. Saya serahkan segala-galanya kepada ALLAH yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada Nya saya memohon petunjuk dan keadilan.TUN MUSA HITAM4 APRIL 2014
Ini pula respons dari Tengku Razaleigh ketika diajukan soalan mengenai kemelut Mahathir / Musa selepas satu majlis di Kelab Sultan Sulaiman pada 4/4/2014 @ 10.00 pm
"One of them must be telling the truth...har har har har "
Close the forum le bang.....semua dah tua...entah bila ajal ....
ReplyDeleteMUSA IS TELLING THE TRUTH HA HA HA HA
ReplyDeleteAjal tetap ajal tpi ajal yng di barkati itu yg di cari oleh musa hitam ha ha ha
ReplyDeleteKau kata si Agus tak berat sebelah ? ....ptui!
ReplyDeleteKenapa tidak kekal mempertahankan kewajaran kerajaan bertindak ke atas puak ibrahim libya...terutama kengganan ibrahim libya dan rakan2nya menyerah diri malah mula menyerang polis...seterusnya sudah jadi sejarah.
ReplyDeleteJika ibrahim libya menyerah diri...tiada pertumpahan darah berlaku...apakah penting mahathir ada dlm negara atau tidak?
Lebih baik musa ikut cara nik aziz - minta maaf secara am, tanpa fakta.
Bagaimana pula penderhakaan musa ke atas sultan johor, salah mahathir juga.
Terbaik.. dia sepatutnya mempertahankan tindakan beliau, bukan nya menuding jari kearah orang lain. Memang itu tugasan dan amanah yang diberikan untuk beliau laksanakan sebagai menteri dalam negeri
DeleteApa yg takut sangat pasal memali...dah jelas ibrahim libya fanatik mencemarkan kesucian islam sehingga mengkafikan saudara islam yg lain, malah menghalalkan darah anggota polis..ini fakta..rujuk pada kertas putih...Nampak sangat musa hitam takde kredibiliti sebagai pemimpin..yg sorang lagi, Kuli pun sama..dah tua tua pun masih penuh penyakit hati..
ReplyDeleteSeingat sya.....di peringkat awal pun al marhum ust fadzil nor pun tak setuju dgn tindakan ibrahim libya tu!
DeleteBukan salah sesiapa tapi salahkan org yg keluarkan 'fatwa' yg menjadikan pengikut ekstrem dan ganas.
ReplyDeleteFatwa yg dikeluarkan oleh seorang pemfitnah a.k.a. munafik.
ReplyDeleteHaji Hadi tak rasa apa-apa ke?
ReplyDeleteNak tunggu kifarah dulu?
Haji Hadi akan pulang mengadap Pencipta nya dengan tanggungan teramat berat.
Delete