Wednesday 3 September 2014

DAP-PAS-PKR jelas derhaka Titah Tuanku Sultan, tak reti bahasa Melayu mudah




KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada isu penamaan calon MB Selangor oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS.

Ternyata bahawa PKR & DAP telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Wan Azizah, manakala PAS mengemukakan dua nama iaitu Wan Azizah & Azmin Ali.

1. Pertama, ini adalah penderhakaan kepada titah Tuanku yang telah menitahkan supaya mereka mengemukakan tidak kurang daripada dua nama.

2. Kedua, kedua-dua nama ini tidak layak menjadi MB. Bukan kerana kedua-duanya anak kelahiran Singapura & bukan anak Selangor. Tetapi kedua-duanya tidak mempunyai kewibawaan & integriti untuk menduduki jawatan MB ini.

3. Ketiga, ini membuktikan sebenarnya entiti yang dinamakan 'Pakatan Rakyat' sebenarnya adalah 'Pecahan Rakyat'. Bagaimana mereka boleh mengaku sebagai sebuah 'pakatan' sedangkan dalam soal pokok seperti siapa patut menjadi MB pun mereka berpecah!

Sebenarnya secara tidak rasmi Pakatan Rakyat sudah berkubur, secara rasminya mereka memang tidak ujud.

Saya cadangkan kepada Tuanku supaya menolak kesemua senarai yg dikemukakan kerana ianya tidak mematuhi titah Tuanku.

Jelas mereka tidak memahami bahasa Melayu yang mudah!

Elok dititahkan mereka patuhi titah Tuanku. Selagi mereka tidak faham erti mentaati titah seorang Raja yang berdaulat, elok jangan dilayan mereka ini.

Sekian terima kasih!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
08 Zul-Qaedah 1435
03 Sept 2014

4 comments:

  1. Kali ni aku setuju dgn ZN, bernas jgk cakap ko kali ini tak merapu seperti sebelum-sebelumnya.
    Sultan bukan hanya untuk org Melayu shj tetapi untuk semua. Kaum lain yg jadi warganegara harus sentiasa ingat Rukunegara. Dalam isu ini perkara kedua rukunegara khususnya.
    Jadi sepatutnya tidak timbul isu dimana seseorang yg dilahirkan tidak mempunyai Sultan tidak boleh menghormati negeri lain yg mempunyai Sultan.
    Status sultan dengan ketua menteri adalah berbeza

    ReplyDelete
  2. Cikgu kasim menulis di papan tulis suatu permasalan metamatik bagi kelas pemulihan seperti berikut X >2. Apakah nilai X sebenar. Gun Ang dan Annor bagi jawapan X = 1 manakala Muso pula dengan konfiden bagi jawapan X = 2. Cikgu mengatakan kesemua jawapan itu salah... Gu

    ReplyDelete
  3. Gu Ang sangat tidak puas hati lalu mengajak gurunya berdebat. Gu Ang kata beliau guna aplikasi Excel. Annor melopong tak tahu apa-apa manakala Muso pula bertegas yang jawapanya betul kerana telah berbincang dengan kekawannya dengan begitu lama.

    ReplyDelete
  4. Mantap le Zul. Lama tak dengar ceramah.

    ReplyDelete