Google+ Followers

Saturday, 25 October 2014

Apa lagi dosa atau kesalahan yang boleh dicuci dengan air?

Lokasi : Batu 3 Jalan Tapah/Bidor, Perak

Acara : Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim

Tarikh : 23/10/2014


Kalau ikut apa yang Anwar Ibrahim cakapkan larangan memegang atau menyentuh anjing tiada hukuman dalam hudud berlainan dengan larangan meminum arak yang boleh mensabitkan seseorang itu dihukum sebat. Cukup sekadar membersih dan menyamak tangan atau bahagian yang tersentuh anjing sedangkan arak cuma perlu dihilangkan dengan air dan tidak langsung perlu disamak.

Apa nak dipanggil pendapat ini ?.. Adakah ianya pemikiran diluar kotak ? Atau pemikiran simplistik bagi seseorang yang memahami secara mendalam hukum hakam Islam ? Apa yang Anwar tekankan ialah dosa yang boleh disabitkan hukuman seperti meminum arak tidak dipandang berat oleh majoriti umat Islam tetapi perkara remeh seperti menyentuh anjing diheboh hebohkan.

Saya ada mendengar arwah guru saya berkata dengan berwuduk segala dosa kecil akan tersuci dengan sendiri nya melainkan syirik, zina, bunuh orang dan sebagainya yang dikategorikan dosa besar.

Terfikir dibenak kepala saya apa lagi dosa atau kesalahan yang terlepas dari hukuman, cukup sekadar dengan mengambil wuduk, mandi atau membersih bahagian anggota tubuh badan yang terlibat...