Friday 14 November 2014

Kes samun dan bunoh ditempat awam

Lokasi : Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur

Acara : Bomba & Penyelamat mencari mangsa bunoh yang tolak kedalam tasik

Tarikh : 13/11/2014


Kejadian ini berlaku di tasik belakang kondominium yang saya duduki dan rakaman visual dilakukan dari jarak antara 100-170 meter dari balkoni unit saya. Ikuti laporan Harian Metro dibawah ini 



Kuala Lumpur: Seorang bekas pekerja syarikat produksi maut dipercayai ditikam sebelum ditolak ke dalam lombong di Taman Ibu Kota, Setapak, di sini, malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, mangsa Khairul Fadzmi Shahrulnizam, 19, bersama lima lagi rakannya dikatakan sedang duduk di pondok berhampiran lombong di lokasi kejadian sebelum didatangi 20 lelaki bermotosikal yang dikatakan cuba menyamun mangsa dan lima lagi rakannya yang lain. 

Menurut rakan mangsa yang mahu dikenali sebagai Abu berkata, kira-kira 20 lelaki yang memakai topi keledar itu bertindak menyerang mereka berenam menggunakan senjata jenis kayu, rantai besi, batang besi dan helmet sebelum mengarahkan kesemua mangsa menyerahkan barang berharga.

"Dia (Khairul) enggan menyerakan telefon bimbit miliknya dan cuba melawan. Saya sempat lihat dia ditikam di bahagian perut sebelum ditolak ke dalam lombong," katanya. 

Sementara itu, menurut jurucakap polis daerah Wangsa Maju berkata mayat mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 2 pagi selepas usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan bersama pasukan bomba pada jam 12.30 tengah malam.


1
 2
 3
 4 Palang besi terpaksa dipotong untuk membolehkan 'floodlight' dibawa masuk
 5  Orang ramai membantu anngota penyelamat megusung masuk 'floodlight'
 6
 7
 8
 9  Isyarat mayat sudah dijumpai
 10  Dua penyelam menarik keluar mayat dari dalam tasik
  

2 comments:

  1. samun,tikam,campak dlm kolam,
    peeeerghhhhh kejamnya manusia

    ReplyDelete
  2. Orang ramai mulai sekarang patut beri perhatian sepenuhnya dan berjaga-jaga apabila terdapat kumpulan bermotosikal, tidak kira samada kumpulan sebegini beriadah atau berlgar dimana-mana. Bantu lah pihak polis untuk situasi sebegini kerana kumpulan begini memang berani kerana mereka ramai. Polis mungkin tak mampu untuk menyediakan jumlah anggota yang ramai pada setiap ketika terutamanya apabila berhadapan dengan dengan gerombolan bermotosikal yang sebegitu ramai. Apa-apa pun ini bukan disebabkan cuba meniru "KL Gangster'. Kalau tiru filem ganas hong kong mungkin juga.

    ReplyDelete