Sunday 25 January 2015

Sesi Town Hall Parlimen Setiawangsa berjalan lancar

Lokasi : Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur

Acara : Sesi "Town Hall" Parlimen Setiawangsa bersama Menteri Wilayah Persekutuan

Tarikh : 24/1/2015


Sesi Town Hall ini adalah inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membolehkan rakyat jelata berinteraksi bersama Menteri dan Datuk Bandar dalam matlamat untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi keselesaan wargakota. Sesi pertemuan ini akan diadakan mengikut kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan.

Dalam sesi kali ini isu-isu yang dibawa oleh wakil-wakil penduduk antara lain ialah penebangan pokok sekitar KL, lif rosak, pintu gerbang yang tak membawa faedah, jalan rosak, pembinaan pusat komuniti baru, penyediaan kemudahaan untuk kaum yang bukan beragama Islam.

Ikuti penerangan Tengku Adnan mengenai sistem Majlis Perwakilan Penduduk yang telah diperkenalkan bagi kluster penduduk dalam Kuala Lumpur.



Kementerian Wilayah Persekutuan telah pun mengambil langkah penjimatan dalam perbelanjaan Kementerian dan agensi-agensi nya. Ini bagi menjayakan usaha kerajaan dalam penstrukturan semula perbelanjaan negara berlatarbelakangkan kemerosotan harga minyak mentah dunia dan juga penyusutan nilai matawang Ringgit Malaysia.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9


1 comment:

  1. Congrat Menteri WP. Sangat pro-active dan banyak turun padang. Pasti nya pasukan Datuk Bandar kepanasan dan tak boleh alpa.

    ReplyDelete