Saturday 28 March 2015

Christopher Leong jangan fikir boleh terlepas dari tindakan undang undang

Lokasi : IPD Petaling Jaya, Selangor

Acara : Laporan Polis keatas Christopher Leong oleh YuktesVijay

Tarikh : 27/3/2015


Kelmarin dalam Parlimen Menteri Nancy Shukri telah memberi jawapan bahawa tiada tindakan telah diambil keatas mantan Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong kerana tiada laporan Polis dibuat keatas beliau. Laporan yang dimaksudkan ialah keatas kenyataan yang dibuat oleh Christopher ketika mengulas keputusan Mahkamah Pesekutuan dalam Kes Liwat 2.0

Yuktes Vijay bekas pembantu peguam Anwar Ibrahim dalam Kes Liwat 2.0 telah bertindak sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab dengan membuat laporan Polis seperti dikehendaki untuk membolehkan siasatan dibuat keatas Christopher. 

Walaupun sudah hampir dua bulan kenyataan tersebut dibuat, Christopher tidak boleh dibiarkan terlepas begitu sahaja kerana kenyataan beliau begitu mengelirukan sehingga boleh dinaggap sebagai hasutan dari anggota badan professional yang seterusnya menyebabkan keyakinan keatas sistem kehakiman negara terhakis..


1
 2
3
 4
5
6. Syabas PDRM / Khalid Abu Bakar diatas kecekapan dan kesungguhan dalam membuat penyiasatan yang berkaitan kes berprofil tinggi. Ini screeshot Facebook yang diperolehi tak sampai tiga jam selepas laporan dibuat


No comments:

Post a Comment