Monday 9 March 2015

Janji Najib mengenai 1MDB menyakinkan Ketua Bahagian UMNO

Lokasi : Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media selepas perjumpaan Solidariti Ketua Bahagian UMNO 
Bersama Presiden UMNO

Tarikh : 8/3/2015


Perjumpaan dua kali setahun ini menarik minat media kerana serangan bertali arus keatas Presiden Parti dan juga Perdana Menteri Malaysia sejak kebelakangan ini samada dari luar mahupun dari kalangan ahli dan bekas kepimpinan UMNO sendiri,. 

Ada juga khabar angin yang menimbulkan spekulasi bahawa Najib Razak hanya berseorangan berhadapan dengan semua serangan tanpa mendapat sokongan dari Menteri Kabinet yang lain dan juga dari kalangan Ketua Ketua Bahagian UMNO. Najib dijangka akan rebah dari kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat. Begitu lah desas desus yang hebat dimainkan penentang beliau. 

Mutakhir isu 1MDB, isu Altantuya / Sirul, isu harta peninggalan Tun Razak selain daripada isu yang tak pernah putus putus dengan soal pembawakan diri Rosmah Mansor rancak sakan dimainkan dan dikitar semula oleh penentang Najib dan Rosmah.

Dalam keadaan semasa apa saja kelainan akan menjadi spekulasi. Muhyiddin yang tidak dapat hadir kerana urusan lain juga menimbulkan tanda tanya.

Perjumpaan ini dianjur dan diatur oleh Ketua-Ketua Bahagian yang telah 'bermesyuarat dan bersidang' melalui komuniti Telegram mereka. Mereka telah melantik Ismail Sabri untuk menjadi 'Penghulu' dan jurucakap bagi majlis kali ini.


Video 1 : IMDB jadi salah satu agenda utama dan Ketua-Ketua Bahagian berpuas hati dengan penerangan dan perancagan Najib Razak


Video 2 : 1MDB akan diaudit dan disiasat oleh badan professional dengan telus

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9


2 comments:

  1. Mengapa terlalu fokus pada 1MDB,adakah kerana benar-benar prihatin atau kerana terpengaruh dgn tomahan Pakatan?.Kalau benar-benar prihatin saya rasa ada lebih baik tumpukan pada sesuatu yg memang sudah berkali-kali gagal walau sudah berbagai cara di laksanakan utk memperbaikinya,seperti PERWAJA dan PROTON.Jeling juga pada Litar F1 di Sepang yg sudah agak sunyi.

    Mungkin saya silap nanti,tapi saya tidak begitu bimbang berkaitan dgn 1MDB kerana usurniaga utamanya adalah berkaitan dgn hartanah dan janakuasa tenaga.Banyak entity perniagaan yg berjaya di negara ini adalah hasil dari memperolehi hak utk membena dan mengurus janakusa tenaga dan ada juga syarikat yg sudah tenat kembali bertenaga dengan mengalih operasinya ke bidang hartanah.Jadi mengapa 1MDB terlalu di momokan dengan isu negetif?.Rasa saya sebenarnya ramai para pengkritik sangat terkilan kerana 1MDB tidak menjadi hak mereka.

    Sekadarkan perjalan syarikat misti di urus dgn baik,tapi 1MDB memang bukan '1man show',lagi pun logik nya pihak pengurusan perlu berhati-hati kerana sebarang kesilapan dan kesalahan mereka amat mudah di kesan,kerana !MDB memang berurusan dgn perniagaan yg berpotensi dan bukannya luarbiasa,jika rugi semua orang pun tahu ianya adalah kelemahan pengurusan.Ianya bukan seperti urusniaga jual beli mata wang yg boleh melibatkan kerugian RM 13 billion tapi kesilapan tersebut boleh di lepaskan kepada spekulator matawang yg berniat jahat,tidak juga seperti perniagaan membuat kereta yg kononnya perlu berhadapan dgn persaingan sengit pengeluar dunia hinggakan harganya perlu disubsidi oleh rakyat.

    Semuga 1MDB berjaya.

    ReplyDelete