Google+ Followers

Sunday, 22 March 2015

Pemandu teksi bermeter akan caj tambang baru

Lokasi :Petronas Jalan Cochrane, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) bagi menyatakan
sokongan kepada kenaikan tambang baru teksi yang diumumkan SPAD

Tarikh : 22/3/2015


Pemandu teksi bermeter yang bergabung dibawah satu Badan Bertindak akan menggunakan meter yang telah dikalibrat mengikut harga tambang baru kecuali diberitahu oleh Suruhanjaya Pengangkutan Pengangkutan Darat (SPA) untuk memberhentikan atau menangguhkan nya.

Menurut jurucakap ahli persatuan terpaksa menanggung kos sebanyak RM106 - RM110 untuk reset meter dan RM55 pula untuk pengesahan PUSPAKOM. Terdapat 22 persatuan pemandu teksi yang bergabung dibawah badan bertindak ini dengan jumlah keahlian mencecah 6,000.

Badan Bertindak ini berharap SPAD akan meningkatkan lagi aktiviti penguatkuasaan bagi menghalang teksi sapu dari 'mencuri' penumpang teksi bermeter.


1
 2
 3
4