Google+ Followers

Saturday, 4 April 2015

Pelancaran Karnival 'MY2nd Chance'

Lokasi : Dewan Tun Razak 3, PWTC, KL

Acara : Pelancaran Karnival 'MY2nd Chance'

Tarikh : 4/4/2015



"YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengilhamkan program itu menyatakan bahawa program ini tercetus kerana beliau serta kerajaan prihatin dengan warga kota yan  menghadapi kesukaran/halangan meneruskan hidup di bandar yang penuh cabaran, selain menjadi tumpuan rakyat Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur, yang mempunyai latarbelakang, budaya dan agama yang berbeza.  Sehubungan itu, program My2nd Chance ini dirancang dengan pemberian pelbagai peluang selaras lima teras fokus YWP iaitu Pendidikan, Ekonomi,Sosial, Agama dan Teknologi seperti berikut:-

  • Pendidikan (2,000 peluang memasuki IPTA/IPTS, biasiswa/bantuan, pinjaman pelajran dan sara hidup)
  •  Ekonomi (3,000 peluang pekerjaan - profesional/dari rumah, kaunseling pengurusan kredit/pinjaman, bantuan perniagaan, kursus kemahiran/keusahawanan)
  • Sosial (2,000 peluang ditemuduga/ditemuramah, diujibakat dalam bidang pengacaraan, muzik, kesenian/kebudayaan, sukan dan rekreasi, kebajikan dan pembetukan displin/semangat patriotisma)
  • Agama (1,000 bantuan untuk golongan asnaf, kursus - kursus sahsiah diri dan pembuangan rohani, serta panduan dan bimbingan agama)
  • Teknologi (3,000 peluang menjana pendapatan dari rangkaian antarabangsa melalui penggunaan internet)"



1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9