Google+ Followers

Wednesday, 8 April 2015

Tiga nama besar yang menjadi sumber inspirasi Tun Dr Mahathir

Lokasi : MaGIC, Cyberjaya

Acara : Syarahan "Vision 2020 : Mistakes made, lesson learnt and ways to move forward"

Tarikh : 4/4/2015


Kita mengkagumi Tun Dr Mahathir dan menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi.
Nabi Muhammad SAW, Peter the Great (Russia) dan Nelson Mandela adalah tiga nama besar yang Tun jadikan sumber inspirasi .

Nabi Muhammad dikagumi kerana beliau menyatukan puak-puak Arab yang berbalah dan menukar budaya mereka dan yang paling penting ialah Al-Quran yang ditinggalkan Rasulallah. Peter the Great pula seorang yang tidak beradab dan kasar tetapi beliau telah berjaya menukar dan menjadikan Russia satu negara yang mundur kepada satu kuasa dunia. Nelson Mandela pula telah dipenjara selama 30 tahun tetapi beliau mempunyai keperibadian yang tinggi. Beliau tidak berdendam dan tidak patah semangat dan sanggup bekerjasama dengan kaum kulit putih yang memenjarakan beliau.