Venue : Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor
Event : Konsert BERSIH 2.0
Date : 13/10/2012 @ 10.00 pm
8 Tuntutan Bersih 2.0
Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Jika benar BERSIH - Penting sekali hentikan menerima dana asing terutama dari Yahudi, hentikan mengadakan protes dijalanan yang mengganggu ketenteraman awam, hentikan memihak kepada pembangkang sahaja. Bersikap adil jangan nampak kesalahan dipihak kerajaan sahaja.
ReplyDeletepermintaan yg tidak munasabah dan tak mungkin akan dapat ditunaikan iaitu pemansuhan rasuah
ReplyDelete
ReplyDeleteBersih membuat pelbagai tuntutan mahukan piliharaya yang bersih. Kenapa Bersih lebih menyokong Pembangkang?. Dalam perhimpunan di Stadium Kelana Jaya yang kelihatan ramai hadir adalah bukan Melayu. Pemimpin pembangkang yang kelihatan hadir adalah Ronnie Liew dan Mad Sabu (semak blog Aku peduli apa). Hishamudin Rais kelihatan menulis “Jatuhkan Kerajaan BN. Jangan Lambat” dalam ruangan disediakan pihak Suaram. Jelas sekali tujuan Bersih adalah untuk menjatuhkan kerajaan BN. Kenapa Bersih perlu minta pihak luar campur tangan dalam PRU 13?.Kenapa A Samad Said sanggup menjatuhkan pemimpin Islam?
Semak pula pendedahan yang dibuat oleh blog My Massa mengenai persediaan bajet Pilihanraya PRU 13 Cabang Tumpat Kelantan. Dalam bajet yang disediakan ada peruntukan sebanyak RM 13000 kepada pengundi luar. Bayaran disediakan untuk pengundi Thailand sebanyak rm 25000. Kenapa Bersih tidak buat pendedahan kepada pihak SPR?. Kenapa Bersih hanya mencari kesalahan dipihak BN sahaja?.