KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
PRESIDEN JATI, MALAYSIA
Kenyataan
YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa sewaktu membentangkan kertas kerja di dalam
Seminar Dakwah Islamiyyah anjuran MUAFAKAT di PWTC kelmarin telah menimbulkan
berbagai reaksi daripada pimpinan PAS dan DAP.
Pimpinan
PAS menganggap kenyataan YB Ustaz Nasharuddin sebagai pendapat peribadi tidak
mewakili parti. Sementara pimpinan DAP mahu melihat pimpinan tertinggi PAS
mengambil tindakan terhadap YB Ustaz Nasharuddin yang menyentuh kaitan DAP
dengan pembentukan Malaysia sebagai Negara Kristian.
Bagi
saya YB Ustaz Nasharuddin hanya mengulangi pendirian beliau terhadap masalah
besar yang sedang dihadapi oleh PAS. Antaranya PAS terpaksa tunduk kepada DAP
dan PKR berhubung dengan Negara Islam dan Hudud. PAS juga didakwa menjadikan
isu Negara Islam sebagai isu kedua manakala mendapatkan kuasa dengan menawan
Putrajaya sebagai matlamat utama.
Ustaz
Nasharuddin tidak berganjak dari segi posisi yang beliau ambil mengenai
penguasaan DAP dan PKR terhadap PAS dan juga penghinaan terhadap Islam yang
dilakukan oleh pimpinan DAP dan PKR.
Ada
di antara pimpinan PAS seperti biasa mendakwa Ustaz Nasharuddin mempunyai
agenda politik tersendiri yang dikaitkan dengan agenda UMNO.
Jelas
kelihatan pimpinan PAS benar-benar ketandusan modal sehingga mengambil jalan
pemikiran yang paling mudah dan dangkal bahawa sebarang kenyataan yang
bertentangan dengan kemahuan golongan parasit dalam PAS pada setiap ketika
dikaitkan dengan UMNO.
Adakah
kenyataan-kenyataan yang hampir serupa nadanya yang keluar dari mulut Ketua
Dewan Ulama, Timbalan Murshidul Am PAS dan lain-lain pemimpin yang mengeluarkan
kenyataan yang agak keras mengenai halatuju PAS dewasa ini juga dikaitkan
dengan UMNO? Adakah semua pendapat yang menyelar PAS sudah tergelincir daripada
landasan perjuangan menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud juga
didalangi oleh UMNO? Adakah suara-suara yang semakin lantang di kalangan ahli
dan penyokong PAS di merata tempat menyuarakan ketidakrelaan mereka menjadi
kuda tunggangan DAP dan PKR juga kerja UMNO?
Pimpinan
PAS yang tidak sedarkan diri ini perlu melihat ke arah cermin menyaksikan wajah
sendiri disamping melihat kerja-kerja 2
lagi rakan kongsi mereka DAP dan PKR. Kedua-dua rakan kongsi ini dikatakan begitu licik dan semakin berani
mengutuk dan menghina Islam.
Reaksi
pemimpin-pemimpin tahap kedua dan tahap ketiga dalam hierarki PAS seperti yang
di lapurkan bagi saya tidak lebih daripada memberi gambaran darjah kecelaruan
dan kegoyahan PAS untuk menghadapi PRU ke 13. Saya mendapat tahu dalam
perjumpaan-perjumpaan yang diadakan di berbagai peringkat, pimpinan tidak dapat
berhujah dan memberi jawapan yang memuaskan kepada ahli dan penyokong parti
terutama yang berkaitan dengan isu PAS terpaksa tunduk kepada kandungan Buku
Jingga dan mengenepikan Kitab Allah yang menghendaki hambaNya melaksanakan
tatacara hidup berpaksikan Islam.
Sekali
lagi saya menyokong pendirian dan ketegasan yang ditunjukan oleh YB Ustaz
Nasharuddin. Dalam banyak hal saya sependapat dengan beliau terutama dalam perkara-perkara
yang bersifat fundamental seperti Negara Islam dan Hudud. Juga termasuk usaha
mempertahankan maruah Islam. Saya bersetuju kita tidak perlu berkompromi dalam
perkara-perkara pokok ini.
Saya
gembira melihat Majlis Syura Ulama telah mula kembali berwibawa. Saya harap Majlis
Syura Ulama dapat mengambil tindakan drastik dalam masa terdekat membebaskan
PAS daripada musuh-musuh Islam dari luar dan golongan parasit dari dalamnya.
Pejabat Operasi Jati
Taman Tun Dr Ismail,
10 Oktober 2012
No comments:
Post a Comment