Wednesday, 3 October 2012

Azmin Ali lebih layak jadi MB berbanding Khalid?



Azmin dan Khalid dirakam berbual bersama semasa menghadiri majlis pelancaran buku Tinderbox di Lake Club pada petang Selasa 2/10/2012


Kenyataan Media GAPS
Azmin Ali layak menjadi MB Selangor

GAPS berpendapat YB Azmin Ali layak dan sewajarnya menjadi Menteri Besar Selangor. Azmin merupakan ADUN Bukit Antarabangsa yang disenangi oleh penduduk dikawasan nya.

Selain itu Azmin juga seorang ahli politik yang berpengalaman dan telah menjadi ADUN lebih 10 tahun. Dari segi hirarki parti, beliau adalah Timbalan Presiden PKR serta pengerusi PKR negeri Selangor.

Beliau juga mempunyai kelayakan akademik yang baik dimana beliau mempunyai ijazah sarjana dari sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat.

GAPS percaya rakyat selangor memerlukan seorang MB yang boleh membuat keputusan berdasarkan kejituan, pengalaman politik dan visi masa depan negeri serta kepentingan rakyat berbanding dengan MB sekarang yang dilihat cenderung dan menjadi boneka DAP di negeri Selangor.

Banyak keputusan MB yang dibuat dalam masa empat tahun ini adalah sangat tersasar dan menzalimi rakyat seperti rampasan tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang akhirnya mahkamah membuat keputusan bahawa rampasan ini adalah tidak adil dan tidak sah dimana YBK telah diberikan semula semula hak keatas tanah yang dirampas itu.

Skandal Talamgate dan Skandal Bas Rasuah yang hangat diperdebatkan sekarang juga meyakinkan lagi GAPS bahawa jawatan MB Selangor akan bertukar milik sebelum DUN Selangor dibubarkan menjelang march 2013.

Kegagalan PKR, DAP dan PAS menukar MB sebelum PRU 13 ini akan menjadikan rakyat sangat muak, jelek dan merasa ditipu kerana disajikan dengan MB yang terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan. Yang demikian pakatan ini dijangka tewas besar dalam PRU ini.

Kerusi MB Selangor adalah kerusi panas, ia akan sentiasa mengelagak apabila MB mengkhianati kepercayaan dan keyakinan rakyat. Rakyat Selangor mempunyai pengalaman menukar kerajaan dan saya yakin rakyat Selangor sekarang ini juga mempunyai keupayaan untuk menukar Menteri Besar yang telah songsang dari arus kebenaran dan keadilan.



Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Shah Alam




1 comment:

  1. Pic # 2 yang kat bawah menceritakan karektor sebenar Khalid Ibrahim. Dia saja yang pandai kira dan pandai tadbir, orang lain kena belajaq dengan dia. Tu yang dia dok habaq kat Azminn..Adoi sabaq saja la Miiinn

    ReplyDelete