File pic
MAJLIS KONSULTANSI PERPADUAN NEGARA GAGAL BERPERANAN
DAN WAJAR DIBUBARKAN
Sebagai presiden JATI, saya ingin merakamkan kekesalan
kami terhadap Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang telah mengecam
tindakan JAIS menyerbu Persatuan Bible Malaysia dan berikutan dengan itu
merampas lebih 300 ratus Bible berbahasa Melayu dan Iban.
Seperti yang diketahui penubuhan MKPN adalah untuk
mencari solusi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan
perpaduan antara kaum di negara ini. Dalam mesyuarat sulungnya, majlis tersebut
melalui Pengerusinya telah merakamkan rasa kesal dan berharap kejadian seperti
itu tidak berlaku lagi. Beliau juga menempelak tindakan JAIS sebagai tidak
menghormati penyelesaian 10 perkara yang dibuat oleh pihak Kerajaan.
JATI berpandangan bahawa tindakan yang dilakukan oleh
JAIS adalah wajar dan selaras dengan peruntukan Enakmen Agama Bukan Islam
(Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 dan bertepatan dengan
kehendak Perlembagaan Persekutuan. Yang menjadi punca masalah ialah pihak
gereja yang didalangi oleh Paderi Lawrence Andrew yang dilaporkan secara
terang-terangan menyanggah keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa
Kalimah Allah tidak boleh diguna pakai oleh penganut-penganut agama selain
daripada Islam.
Paderi Lawrence terus membelakangi keputusan Mahkamah
Rayuan dan dengan bongkak terus meminta gereja-gereja Katolik di seluruh negeri
Selangor terus menggunakan Kalimah Allah sepertimana yang dilaporkan melalui
portal Malaysian Insider. Acara mingguan agama di gereja pada hari Ahad yang
lalupun dilaporkan dengan sengaja menggunakan Kalimah Allah. Tindakan
sedemikian jelas menunjukkan bahawa pihak gereja cuba “memerangi” dikri yang
dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bahawa Kalimah Allah sama
sekali tidak boleh digunapakai oleh penganut bukan Islam di negeri itu.
Bagi JATI juga, penyelesaian 10 perkara yang sering
diperkatakan itu adalah tidak relevan dalam konteks Negeri Selangor. Bagi
Negeri Selangor, yang relevan adalah Enakmen Agama Bukan Islam 1988. Mana
mungkin 10 penyelesaian itu dapat mengenepikan sebuah Enakmen yang telah mendapat
perkenan Tuanku Sultan dan telahpun diwartakan oleh Kerajaan Negeri.
Sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan di pihak
pimpinan MKPN sepatutnya terlebih dahulu meneliti fakta yang digariskan di atas
di samping mendapatkan penjelasan mereka yang faham peruntukan undang-undang
yang berkait langsung dengan tindakan yang dilakukan oleh JAIS. JATI difahamkan
bahawa MKPN tidak mendapatkan maklumat secara langsung daripada JAIS dan
tindakan mencela Jabatan yang cuba menjalankan tanggugjawabnya amat tidak kena
pada pada tempatnya. Dari segi logiknya yang patut menerima celaan bukan JAIS
badan yang diamanahkan untuk menjaga martabat dan keagungan Islam tetapi celaan
sepatutnya ditujukan kepada pihak gereja dan paderi Lawrence Andrew yang
menjadi dalang kepada isu yang sedang hangat diperkatakan yang secara
terang-terangan telah menghasut ketegangan agama dan menghina keputusan
Mahkamah Rayuan.
Pada anggapan JATI, sebagai badan induk perpaduan
Negara, badan tersebut seharusnya beroperasi dan bertindak atas prinsip
kebijaksanaan, keadilan dan berhemah tinggi. Kenyataan yang dikeluarkan oleh
pimpinan Majlis itu jelas membayangkan bahawa Majils tersebut di awal-awal lagi
tidak dapat menghayati hakikat bahawa mereka perlu menunjukkan sifat matang,
adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak untuk memungkinkan Majis tersebut
diterima oleh 28 juta rakyat Malaysia yang majoritinya adalah masyarakat Melayu
Islam.
Sekiranya tindakan sulung ini tidak dapat menyemai
keyakinan rakyat terhadap kebolehan dan kemampuan Majlis Konsultansi itu, maka
kewujudan majlis tersebut dengan sendirinya sudah diwarnai dengan bibit-bibit
hitam yang menggugat kewibawaan mereka.
Sekiranya inilah tatacara mereka mengendalikan majlis
konsultansi tersebut, JATI berpendapat adalah lebih baik Majlis Konsultansi
seperti ini dibubarkan sahaja setidak-tidaknya dapat menyelematkan wang Negara
dalamana rakyat sedang dibebani dengan kenaikan kos hidup yang melampau.
DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, Kuala Lumpur
7 JANUARI 2014
|
tengok la sapa ahlinya....
ReplyDeleteYe lah liberals macam betina bernama Marina Mahathir tuh..
DeleteSetuju sangat sangat MKPN dibubarkan...ahlinya termasuk Wardina dan Marina Mahadzir bukan lah boleh dipercayai niat mereka ini. kalau asyik mengkritik kerajaan saja ..boleh kah dipercayai? Ada udang galah di sebalik batu pun kerajaan tak sedar lagi. Apa nak jadi kepada pengurusan kerajaan kita di Putrajaya ni!
ReplyDeleteds najib sengaja mencipta racun untuk diri dan politiknya sendiri. sikit2 racun sudah menjalar memakan diri...
ReplyDelete