Showing posts with label kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label kalimah Allah. Show all posts

Friday, 1 August 2014

Allah has no bearing on Christian's worship

Lokasi : Ballroom Menara Felda, Kuala Lumpur

Acara : Iftar Ramadan

Tarikh : 3/7/2014


Perutusan khas kepada Christian extremist. The non usage of the word Allah won't have any bearing on their worship of God....  Ikuti perutusan sepenuhnya dari Zulkifli Noordin





Wednesday, 7 May 2014

Kalau beria-ia nak guna Kalimah Allah terima jugalah Hudud

Lokasi : Menara Tan & Tan, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media selepas penyerahan warkah kepada Kedutaan Brunei oleh Perkasa

Tarikh : 5/5/2014


Nota :-

1. parti-parti politik tak henti henti beri komen negatif dan menentang Hudud
2. pihak media juga tidak membantu memberi penjelasan sebenar
3. dalam negara demokrasi umat islam juga patut diberi kebebasan untuk
menentukan apa yang terbaik untuk mereka
4. pihak-pihak yang menentang sepatutnya memberi masa untuk jawatankuasa
teknikal untuk membuat kajian dan rumusan sebelum membuat andaian
5. hukum Islam tidak zalim. Dunia telah pun menerima dan mengamalkan 
sistem dan perundangan kewangan Islam yang melibatkan perbankan
dan pembiayaan Islam yang tidak menekan dan memeras
6. mengapa pihak kafir Kristian beria-ia nak guna Kalimah Allah tetapi
tidak mahu menerima syariat atau perundangan Islam?  


  


Tuesday, 28 January 2014

Isu Kalimah Allah - Kerajaan ada pendekatan

Lokasi : Ballroom Hotel Concorde, Kuala Lumpur


Tarikh : 27/1/2014 


Kerajaan mengambil pendekataan berpaksikan Resolusi Penyelesaian 10 Perkara yang dipersetujui semasa kemelut membenarkan Injil berbahasa Melayu di bawa masuk ke Malaysia. Resolusi tersebut pula  bersandarkan Perlembagaan dan Enakmen Negeri. ..Ianya  bagaimanapun tidak terpakai di negeri negeri yang mempunyai Enakmen mereka tersendiri yang menyentuh penyebaran agama bukan Islam.. Resolusi tersebut hanya melibatkan kebenaran membawa masuk Injil berbahasa Melayu dan tidak menyebut secara spesifik penggunaan Kalimah Allah..





Solutions to address Bible issue (The Star 3/4/2011)
Press statement by Datuk Seri Idris Jala, Minister in the Prime Minister’s Department, on a 10-point solution.
THE Government confirmed that it has been in dialogue with the Christian groups to look into their specific requests on the Bahasa Malaysia/Indonesia Bible and also other religious issues. Taking into account the polarity of views of the different religious groups, including the Muslims, the Government decided on a 10-point solution.
 »I hope this 10- point solution will be received positively« DATUK SERI IDRIS JALA
1. Bibles in all languages can be imported into the country, including Bahasa Malaysia/Indonesia.
2. These Bibles can also be printed locally in Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak. This is a new development which should be welcomed by the Christian groups.
3. Bibles in indigenous languages of Sabah and Sarawak such as Iban, Kadazan-Dusun and Lun Bawang can also be printed locally and imported.
4. For Sabah and Sarawak, in recognition of the large Christian community in these states, there are no conditions attached to the importation and local printing of the Bible in all languages, including Bahasa Malaysia/Indonesia and indigenous languages. There is no requirement for any stamp or serial number.
5. Taking into account the interest of the larger Muslim community, for Peninsular Malaysia, Bibles in Bahasa Malaysia/Indonesia, imported or printed, must have the words “Christian Publication” and the cross sign printed on the front covers.
6. In the spirit of 1Malaysia and recognising that many people travel between Sabah and Sarawak and Peninsular Malaysia, there should be no prohibitions and restrictions for people who bring along their Bible and Christian materials on such travels.
7. A directive on the Bible has been issued by the Ketua Setiausaha (KSU) of the Home Ministry to ensure proper implementation of this Cabinet decision. Failure to comply will subject the officers to disciplinary action under the General Orders. A comprehensive briefing by top officials, including the Attorney-General (AG), will be given to all relevant civil servants to ensure good understanding and proper implementation of the directive.
8. For the impounded Bibles in Kuching, Gideon, the importer can collect all the 30,000 Bibles free of charge. We undertake to ensure the parties involved are reimbursed. The same offer remains available for the importer of the 5,100 Bibles in Port Klang, which have already been collected by the Bible Society Malaysia (BSM) last week.
9. Beyond the Bible issue, the Govern­ment wishes to reiterate its commitment to work with the Christian groups and all the different religious groups in order to address inter-religious issues and work towards the fulfilment of all religious aspirations in accordance with the Constitution, taking into account the other relevant laws of the country. In order to bring urgency to this work, the Prime Minister will meet the representatives of the Christian Federation of Malaysia (CFM) soon to discuss the way forward.
10. The Christian ministers in the Cabinet will meet on a regular basis with representatives of the various Christian groups in order to discuss their issues and work with the relevant ministries and the PM in order to resolve them.
I hope this 10-point solution will be received positively by the Christian groups as being fair and reasonable. We have to look for a solution that deals with the Bible issue and also put a way forward to handle other issues raised by the Christian groups.
I think the Bible issue is very unfortunate, and in the spirit of Lent, it is time for sacrifice, reconciliation and forgiveness.
In our history, as a young nation, we achieved a lot in a short period of time, but we have our shortcomings.
The Government and our civil servants are not perfect as indeed all human beings are “beautifully imperfect” in the eyes of God.
And for all our shortcomings in handling the Bible issue, I hope the Christians would find it in their hearts to forgive us.
In my Church at SIBKL, we have been praying for a Christian revival to take place in our country. For all the hurt that exists as a result of our differences, I believe that we need healing, forgiveness and reconciliation in this country.
The Bible says in Matthew 18:21-22 – Then Peter came to Jesus and asked, “Lord, how many times shall I forgive my brother when he sins against me? Up to seven times?” Jesus answered: “I tell you, not seven times, but seventy-seven times.”

Najib seru semua bertenang hadapi provokasi

Lokasi : Hotel Concorde, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media khas selepas Majlis Peluncuran Buku Maps of Malaya and Borneo

Tarikh : 27/1/2014



MENGENAI INSIDEN DI PULAU PINANG PM TELAH MENGARAHKAN PERBUATAN PROVOKASI YANG BOLEH MENJEJASKAN  ANTARA KAUM DAN AGAMA DIBANTERAS OLEH PIHAK BERKUASA.

KERAJAAN MENGUTAMAKAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN BERDASARKAN PENGUATKUASAAN THE RULE OF LAW.

PM BERHARAP TIADA PIHAK BERTINDAK BALAS UNTUK MENGERUHKAN  LAGI SUASANA. BIARLAH PIHAK BERKUASA  YG MENGAMBIL TINDAKAN SELANJUTNYA. JANGAN LAH ADA PIHAK YG MELATAH  DALAM APA JUA KEADAAN




Saturday, 25 January 2014

Himpunan Melayu / Islam Pasir Salak sokong PM

Lokasi : Dataran PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan umat Melayu / Islam dari Pasir Salak, Perak bagi menyatakan sokongan kepada Najib Razak.

Tarikh : 24/1/2014 @ 5.00 pm


Lebih 3,000 orang Melayu / Islam yang kebanyakan nya ahli UMNO Bahagian Pasir Salak telah turun beramai-ramai menaiki 50 buah bas sewa untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Najib Razak dalam isu Kalimah Allah dan Akta ISA.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10


Wednesday, 8 January 2014

Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional wajar dibubarkan

File pic
MAJLIS KONSULTANSI PERPADUAN NEGARA GAGAL BERPERANAN DAN WAJAR DIBUBARKAN


Sebagai presiden JATI, saya ingin merakamkan kekesalan kami terhadap Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang telah mengecam tindakan JAIS menyerbu Persatuan Bible Malaysia dan berikutan dengan itu merampas lebih 300 ratus Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Seperti yang diketahui penubuhan MKPN adalah untuk mencari solusi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan perpaduan antara kaum di negara ini. Dalam mesyuarat sulungnya, majlis tersebut melalui Pengerusinya telah merakamkan rasa kesal dan berharap kejadian seperti itu tidak berlaku lagi. Beliau juga menempelak tindakan JAIS sebagai tidak menghormati penyelesaian 10 perkara yang dibuat oleh pihak Kerajaan.

JATI berpandangan bahawa tindakan yang dilakukan oleh JAIS adalah wajar dan selaras dengan peruntukan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 dan bertepatan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan. Yang menjadi punca masalah ialah pihak gereja yang didalangi oleh Paderi Lawrence Andrew yang dilaporkan secara terang-terangan menyanggah keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Kalimah Allah tidak boleh diguna pakai oleh penganut-penganut agama selain daripada Islam.

Paderi Lawrence terus membelakangi keputusan Mahkamah Rayuan dan dengan bongkak terus meminta gereja-gereja Katolik di seluruh negeri Selangor terus menggunakan Kalimah Allah sepertimana yang dilaporkan melalui portal Malaysian Insider. Acara mingguan agama di gereja pada hari Ahad yang lalupun dilaporkan dengan sengaja menggunakan Kalimah Allah. Tindakan sedemikian jelas menunjukkan bahawa pihak gereja cuba “memerangi” dikri yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bahawa Kalimah Allah sama sekali tidak boleh digunapakai oleh penganut bukan Islam di negeri itu.

Bagi JATI juga, penyelesaian 10 perkara yang sering diperkatakan itu adalah tidak relevan dalam konteks Negeri Selangor. Bagi Negeri Selangor, yang relevan adalah Enakmen Agama Bukan Islam 1988. Mana mungkin 10 penyelesaian itu dapat mengenepikan sebuah Enakmen yang telah mendapat perkenan Tuanku Sultan dan telahpun diwartakan oleh Kerajaan Negeri.

Sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan di pihak pimpinan MKPN sepatutnya terlebih dahulu meneliti fakta yang digariskan di atas di samping mendapatkan penjelasan mereka yang faham peruntukan undang-undang yang berkait langsung dengan tindakan yang dilakukan oleh JAIS. JATI difahamkan bahawa MKPN tidak mendapatkan maklumat secara langsung daripada JAIS dan tindakan mencela Jabatan yang cuba menjalankan tanggugjawabnya amat tidak kena pada pada tempatnya. Dari segi logiknya yang patut menerima celaan bukan JAIS badan yang diamanahkan untuk menjaga martabat dan keagungan Islam tetapi celaan sepatutnya ditujukan kepada pihak gereja dan paderi Lawrence Andrew yang menjadi dalang kepada isu yang sedang hangat diperkatakan yang secara terang-terangan telah menghasut ketegangan agama dan menghina keputusan Mahkamah Rayuan.

Pada anggapan JATI, sebagai badan induk perpaduan Negara, badan tersebut seharusnya beroperasi dan bertindak atas prinsip kebijaksanaan, keadilan dan berhemah tinggi. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan Majlis itu jelas membayangkan bahawa Majils tersebut di awal-awal lagi tidak dapat menghayati hakikat bahawa mereka perlu menunjukkan sifat matang, adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak untuk memungkinkan Majis tersebut diterima oleh 28 juta rakyat Malaysia yang majoritinya adalah masyarakat Melayu Islam.

Sekiranya tindakan sulung ini tidak dapat menyemai keyakinan rakyat terhadap kebolehan dan kemampuan Majlis Konsultansi itu, maka kewujudan majlis tersebut dengan sendirinya sudah diwarnai dengan bibit-bibit hitam yang menggugat kewibawaan mereka.

Sekiranya inilah tatacara mereka mengendalikan majlis konsultansi tersebut, JATI berpendapat adalah lebih baik Majlis Konsultansi seperti ini dibubarkan sahaja setidak-tidaknya dapat menyelematkan wang Negara dalamana rakyat sedang dibebani dengan kenaikan kos hidup yang melampau.


DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, Kuala Lumpur
7 JANUARI 2014

FB entry : https://www.facebook.com/minaq.jinggo/posts/10152121508569663?notif_t=like

Kenyataan Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional dikecam

Lokasi : Pejabat MUAFAKAT, Taman Melawati, Selangor

Acara : Sidang Media NGO Islam mengecam kenyataan Majlis Konsultansi  Perpaduan Nasional (MKPN) berhubung serbuan dan rampasan injil berbahasa Melayu oleh pihak JAIS..

Tarikh : 7/1/2014 @ 3.00 pm

Video kenyataan penuh gabungan NGO Islam


KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN MELAYU-ISLAM
Selasa 05 Rabi’ul Awal 1435 / 07 Januari 2013
Kami mengecam keras kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional (MKPN) yang mengadakan perbincangan semalam mengenai isu kalimah ALLAH dan perampasan bibel versi Bahasa Melayu oleh JAIS baru-baru ini.
Dalam kenyataan yang disampaikan oleh Pengerusi MKPN Tan Sri Samsudin Osman seperti yang dilapurkan oleh media cetak dan elektronik termasuk media portal dan siber, MKPN dipetik sebagai mengkritik JAIS atas alasan kononnya tindakan JAIS itu adalah satu ‘blatant disregard for the agreed 10-Point Resolution‘ yang kononnya dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan dipersetujui oleh pihak kristian.
Kami mengecam tindakan dan kenyataan MKPN itu atas alasan-alasan berikut:
1. Pihak JAIS langsung tidak dipanggil menghadiri mesyuarat tersebut, atau diberi peluang memperjelaskan tindakan mereka atau membela diri mereka. Pada kami ini adalah satu pencabulan hak asasi dan pelanggaran prinsip keadilan sejagat (natural justice) yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah badan yang ditubuh untuk tujuan memupuk perpaduan nasional;
2. Tindakan JAIS adalah dalam menguatkuasakan peruntukkan undang-undang jenayah iaitu Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang berkuatkuasa didalam Negeri Selangor. Seksyen tersebut dengan jelas melarang penggunaan beberapa kalimah termasuk kalimah ALLAH dan menjadikan pelanggarannya suatu perlakuan jenayah;
3. Tindakan JAIS bukannya merampas bibel versi Bahasa Melayu per se, tetapi merampas penerbitan yang melanggar Seksyen 9 tersebut, iaitu disyaki mengandungi perkataan-perkataan yang dilarang penggunaannya termasuk kalimah ALLAH. Ini adalah satu kesalahan jenayah yang, jika cukup bukti, boleh dikenakan tindakan pertuduhan jenayah di Mahkamah Jenayah sivil;
4. Oleh itu, tidak timbul soal JAIS harus berbincang atau berunding dengan mana-mana pihak yang disyaki melakukan suatu perlakuan jenayah. Sebagaimana agensi penguatkuasaan yang lain, tugas, tanggungjawab dan bidang kuasa JAIS adalah untuk menguatkuasakan undang-undang dan mencegah sebarang perlakuan jenayah;
5. Sama juga seperti agensi penguatkuasaan yang lain seperti polis dan lain-lain. Contohnya pihak polis tidak menahan sesebuah kenderaan per se, tetapi menahan kenderaan itu kerana disyaki membawa dadah. Adakah perlu diwajibkan pihak polis berunding dengan pemandu tersebut sebelum mengambil tindakan? Namanya pun agensi penguatkuasaan, maka tindakan JAIS menguatkuasakan undang-undang adalah dalam bidangkuasanya dan menjadi tanggungjawab dan kewajipan yang harus dilaksanakan.
6. Sekiranya mana-mana OYDS (Orang Yang Di Syaki) atau OKT (Orang Kena Tuduh) merasakan mereka mempunyai pembelaan dalam mana-mana prosiding pertuduhan jenayah, maka mereka mempunyai hak mengemukakan pembelaan tersebut didalam Mahkamah dalam prosiding tersebut. Tidak timbul soal hak asasi dan hak membela diri mereka dicabuli atau dilanggar!
7. Berkaitan 10-Point Resolution yang dijadikan sandaran oleh MKPN, ianya sudah dihujahkan di Mahkamah Rayuan dengan panjang lebar dalam isu kalimah ALLAH. 10-Point Resolution itu adalah berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimpotan bible versi bahasa Melayu kedalam negara ini. Ia langsung tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah ALLAH.
Sebagai pihak yang berbidangkuasa didalam hal-ehwal impot-ekspot dan perdagangan antarabangsa, Kerajaan Persekutuan berhak memberi kelonggaran atau syarat kepada mana-mana pihak yang mahu membawa masuk atau mengimpot apa juga barangan daripada luar.
8. Dan sebagaimana dalam soal kemasukan dan impot-ekspot barangan luar kedalam negara ini, ianya wajib mematuhi undang-undang negara. Dan undang-undang negara melarang penggunaan beberapa kalimah dan perkataan tertentu dalam mana-mana penerbitan termasuk kalimah ALLAH. Maka membawa masuk atau mengimpot mana-mana penerbitan yang mengandungi perkataan atau kalimah yang dilarang adalah prima facie satu pelanggaran undang-undang yang boleh dikenakan tindakan termasuk merampas bahan penerbitan itu dan dikenakan pertuduhan jenayah di mana-mana Mahkamah Jenayah sivil;
9. Selanjutnya, 10-Point Resolution tersebut hanyalah dasar dan polisi Kerajaan. Mana-mana pihak yang mempunyai sedikit asas pengetahuan perundangan akan sedar bahawa dasar dan polisi Kerajaan tidak boleh melanggar, bercanggah atau bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara. Dan jika ianya bercanggah, bertentangan atau melanggar mana-mana undang-undang negara, ianya tidak terpakai dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Kami kesal melihat pihak MKPN seolah-oleh tergesa-gesa dan gopoh dalam menangani isu ini. Mengapa pihak MKPN tidak memanggil semua stake-holder dan pihak yang berkepentingan untuk memberi penjelasan atau hujah masing-masing sebelum MKPN membuat sebarang keputusan?
Apa yang kami khuatirkan ialah kelak nanti timbul persepsi seolah-olah MKPN dipenuhi oleh golongan tertentu yang mewakili suara kumpulan tertentu dan sekadar menjadi mouthpiece kepada pihak berkepentingan.
Jika persepsi ini berlaku, maka tanggungjawab legal dan moral MKPN untuk menjadi sebuah badan tanpa kepentingan bertujuan untuk mencari kata sepakat dalam mencapai dan memupuk perpaduan nasional dan keharmonian antara pelbagai agama dan kaum akan gagal; malah sebaliknya akan dilihat lebih mengeruhkan keadaan lagi.
Pada kami MKPN telah gagal dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara matang, profesional dan berhemah dengan mematuhi lunas-lunas hak asasi dan prinsip keadilan sejagat (natural justice).
Mengapa isu ini langsung tidak dilihat dari perspektif umat Islam? Apakah umat Islam di Malaysia ini sudah tidak ada hak dalam mempertahankan aqidah dan hak asasi kami untuk menganut, mengamal dan melaksanakan agama Islam dengan aman dan harmoni sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan?
Apakah umat Islam di Malaysia sudah tiada hak didalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama bagi Persekutuan?
Satu perkara yang perlu kami tegaskan ialah kita tidak pernah menghalang umat kristian untuk menganut, mengamal dan melaksanakan kepercayaan mereka. Malah kita berbangga Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam merupakan antara negara yang mengamalkan sifat toleransi agama dan kaum yang sangat tinggi, dan begitu akomodatif terhadap agama dan bangsa lain walaupun kita menjadi tunjang pemerintahan sejak zaman Kesultanan Melayu sehinggalah era pemerintahan moden ini.
Dan antara rahsia besar pengekalan keamanan dan keharmonian serta perpaduan unik ialah kerana sikap umat Melayu-Islam yang cukup bertolak ansur dan toleran.
Oleh itu kita berharap tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menguji kesabaran dan sikap toleran umat Melayu-Islam, terutama dalam hal berkaitan bangsa Melayu dan agama Islam. Kerana tiap kesabaran ada hadnya; dan mencabul dan menghina agama Islam dan bangsa Melayu adalah sempadan yang rapuh yang memungkinkan pelbagai perkara berlaku.
Oleh itu kita memberi amaran kepada semua pihak supaya bersikap rasional dan matang dalam menjaga keharmonian antara agama dan perpaduan nasional yang telah kita bina begitu lama. Jangan sampai ianya tercemar dek kerana nafsu dan keghairahan segelintir antara kita yang tidak langsung mengerti untuk menghormati sensitivit dan hak orang lain.
Sekian terima kasih
KENYATAAN INI ADALAH MEWAKILI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BERIKUT:
  1. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia – MUAFAKAT
  2. Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara – PERKASA
  3. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam – PEMBELA
  4. Persatuan Peguam Muslim Malaysia – PPMM
  5. Jalur Tiga – JATI
  6. Peguam Pembela Islam – PPI
  7. Institut Pemikiran Tradisional Islam – IPTI
  8. Ikatan Muslimin Malaysia – ISMA
  9. Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia – ASWAJA
  10. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  11. Persatuan Angkatan Islamiah Malaysia (P.A.I.M.)
  12. Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
  13. Pertubuhan Professional Muslim (Pro-Muslim)
  14. Persatuan Nur Alamiyyah
  15. International Muslim Consumer Association (IMCA)
  16. Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID)
  17. Persatuan Jaringan Kaseh Ixora Putrajaya (JKIP)
  18. Gabungan Bela Hak Insan Pinang (GABUNGAN)
  19. Badan Anti IFC (BADAI)
  20. Sekreteriat Dakwah Pulau Pinang (SDPP)
  21. Raudhatul Huda Pulau Pinang (RH)

Monday, 18 November 2013

Tuntutan COMANGO membahayakan Islam

Lokasi : Kediaman Dr Hasan Ali, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media mengenai  titah Sultan Selangor berhubung penggunaan Kalimah Allah di Selangor dan juga mengenai tuntutan COMANGO di UNHRC

Tarikh : 16/11/2013  @ 11.00 am



Kenyataan penuh JATI yang menyokong titah Sultan Selangor yang memperakukan keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat pada 14/10/2013 berhubung penggunaan kalimah Allah. JATI juga mengumumkan akan menganjurkan sesi penerangan mengenai bahayanya tuntutan COMANGO di UNHRC, Geneva untuk menjadikan Malaysia sebuah negara liberal yang mengamalkan kebebasan untuk 'murtad' dan kebebasan mengamalkan seks songsang dalamana LGBT akan dihalalkan..  

1
 2  Aidit Ghazali, Timbalan Presiden JATI
 3  Dr Hasan Ali, Presiden JATI
 4
 5
 6
 7  Azizan Abdul Majid, Bendahari JATI
 8
 9  Norman Toha, Setiausaha Agung JATI
 10
 11


Wednesday, 11 September 2013

Isu kalimah Allah - Pemerhatian peguam aktivis

Lokasi : Istana Keadilan, P2 Putrajaya


Tarikh : 10/9/2013 @ 4.30 pm - (Part 2)



Pemerhatian dari peguam dan juga aktivist politik dan kemasyarakatan, Sdr Khairul Azam @ Azam Buzze


Isu Kalimah Allah - Masih Ada Muslim sokong Kristian

Lokasi : Istana Keadilan, P2 Putrajaya


Tarikh : 10/9/2013 @ 4.30 pm - (Part 2)


Ada manusia Islam yang masih menyokong penggunaan kalimah Allah oleh puak Kristian. Zulkifli mencadangkan sesuatu dilakukan untuk menguatkan lagi kesedaran umat Islam sebelum keputusan dibuat mahkamah.



Isu Kalimah Allah - Mahkamah tangguh keputusan

Lokasi : Istana Keadilan, P2 Putrajaya

Acara : Himpunan umat Islam bagi memberi sokongan kepada pasukan peguam yang mewakili
kerajaan dan NGO Muslim dalam kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang 
membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Herald.

Tarikh : 10/9/2013 @ 4.30 pm - (Part 2)


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menangguhkan ke satu tarikh lain keputusan rayuan kerajaan terhadap kebenaran yang diberi kepada Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan Herald - The Catholic Weekly. 

Panel Ketua Hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali membayangkan keputusan rayuan itu akan diumumkan Oktober ini.




Abu Bakar Yahya , YDP PERKASA Selangor

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13


Isu Kalimah Allah - Kehadiran umat Islam meningkat

Lokasi : Istana Keadilan, P2 Putrajaya

Acara : Himpunan umat Islam bagi memberi sokongan kepada pasukan peguam yang mewakili
kerajaan dan NGO Muslim dalam kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang 
membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Herald.

Tarikh : 10/9/2013 @ 10.30-1.00 pm (part 1)


Majlis zikir

Seruan dari Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia


Kehadiran umat Islam menggalakan




1/26
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9  Sdr Tun Faisal Ismail (baju belang), calun Pemuda UMNO untuk kerusi Majlis Tertinggi UMNO
 10