Showing posts with label jati. Show all posts
Showing posts with label jati. Show all posts

Tuesday, 19 August 2014

#langkahkhalid - Kualiti seorang pemimpin yg ada pada Khalid

Lokasi : Kediaman Dr Hasan Ali, Taman Tun Dr Ismail, KL

Acara : Sdiang media JATI (Jalur Tiga)

Tarikh : 14/8/2014


Ini pandangan ikhlas dari bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas EXCO Selangor yang sudah biasa bekerja dibawah pentadbiran Khalid Ibrahim.


1
 2


#langkahkhalid - Jangan guna politik rimba selesai isu MB

Lokasi : Kediaman Dr Hasan Ali, Taman Tun Dr Ismail, KL

Acara : Sdiang media JATI (Jalur Tiga)

Tarikh : 14/8/2014


Kita sebagai masyarakat bertamaddun jangan jadi mangsa dan terperangkap dalam permainan polemik politik. Pertukaran MB ada adab, cara dan peraturan tersendiri bukan melalui politik rimba..


1
 2


Monday, 18 August 2014

#langkahkhalid - Bai'ah halang khianat pemimpin PAS

Lokasi : Kediaman Dr Hasan Ali, Taman Tun Dr Ismail, KL

Acara : Sdiang media JATI (Jalur Tiga)

Tarikh : 14/8/2014


Dr Hasan Ali menerima berita 'pengkhianatan' ADUN Morib dan Hulu Kelang dengan keraguan kerana beliau yakin dengan kaedah bai'ah dalam PAS yang dapat menghalang perkara-perkara pengkhianatan seperti yang disebutkan berlaku


1
 2


Friday, 15 August 2014

JATI - Kebijaksanaan Sultan dalam kemelut MB

Lokasi : Kediaman Dr Hasan Ali, Taman Tun Dr Ismail, KL

Acara : Sdiang media JATI (Jalur Tiga)

Tarikh : 14/8/2014


"Rakyat Selangor harus bersyukur  rakus untuk merampas kuasa.  Allah SWT jua yang telah menyematkan permata keikhlasan dan pemikiran luhur di pihak istana dan Tan Sri Khalis Ibrahim sendiri untuk menyelamatkan negeri daripada kegilaan dan nafsu serakah Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Didoakan agar pihak Istana, pimpinan Negeri yang baru dan rakyat amnya terus diberi petunjuk supaya negeri tercinta ini sentiasa berada dibawah limpahan rahmat dan redha Allah SWT."


1
 2
 3
 4
 5
 6


Thursday, 17 July 2014

Khalid Samad hanyalah boneka penghancur Islam

Lokasi : Kediaman Dr Hasan Ali @ Taman Tun Dr Ismail, KL

Acara : Sidang media JATI mengenai kebiadaban Khalid Samad terhadap Sultan Selangor

Tarikh : 16/7/2014


Mana boleh Khalid Samad samakan diri beliau dengan RasulAllah yang menegakkan syiar Islam sedangkan beliau menjadi boneka kepada anasir yang cuba memecah belah dan menghancurkan Islam... Ikuti kenyataan Timbalan Presiden JATI, Dato' Aidit Ghazali.


1
2



JATI anggap Khalid Samad ada gangguan mental

Lokasi : Kediaman Dr Hasan Ali @ Taman Tun Dr Ismail, KL

Acara : Sidang media JATI mengenai kebiadaban Khalid Samad terhadap Sultan Selangor

Tarikh : 16/7/2014


Min 4:25  Khalid Samad menghidap gangguan emosi dan mental.... dalam kata lain hampir gila laaa...


1
 2
 3


Friday, 13 June 2014

Ngeh Khoo Ham terlalu biadab dalam isu murtad


KENYATAAN AKHBAR JATI MENGENAI KENYATAAN BIADAB
YB NGEH KOO HAM DALAM ISU MURTAD
  
Mewakili JATI, saya ingin memberi komenter hadap kenyataan biadab yang dibuat oleh YB Datuk Ngeh Koo Ham mengenai masyarakat Islam sepatutnya memberi laluan kepada orang-orang Islam yang mahu menukar agama atau pun murtad. YB Ngeh telah mengemukakan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan sebagai asas kepada kenyataan yang dikeluarkan itu.

Dalam penelitian kami, YB berkenaan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bukan sahaja bertentangan dengan semangat peruntukan Perlembagaan tetapi lebih daripada itu, beliau seolah-olah sengaja tidak mahu memahami darjah sensitiviti masyarakat Islam terhadap isu-isu sensitif yang beliau pernah kemukakan.

JATI menganggap YB tersebut :

a. Gagal memahami semangat peruntukan Perlembagaan terhadap maksud sebenar Artikel 11. Artikel ini hendaklah turut dibaca bersesekali dengan Fasal(4) dan(5) dalam mana kebebasan memilih dan menganut mana-mana agama bagi orang Islam sebenarnya sudah dilindungi oleh peruntukan tersebut.Masyarakat Islam bukan sahaja dilarang keras untuk menukar agama atau murtad malah adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang untuk mendedah kan kepada masyarakat Melayu perkara-perkara yang membawa kepada mereka meninggalkan agama asal mereka. Selain daripada itu Enakmen-Enakmen Negeri perlu juga di ambil kira dalamana Enakmen-Enakmen tersebut dirangka selari dan serasi dengan peruntukan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kes-kes pemurtadan tidak akan berlaku dikalangan masyarakat Islam.

b. Kelihatan YB Ngeh begitu jahil walau pun telah lama bercampur dengan masyarakat Islam. Beliau sepatutnya telah menyedari bahawa di dalam Islam murtad merupakan kesalahan Jenayah Syariah di antara yang paling besar dan berat dengan menyediakan hukuman yang setimpal bagi mereka yang berhasrat untuk melakukannya.

c. Sebagai pemimpin yang mewakili sebahagian besar rakyat berbilang kaum, adalah tidak wajar bagi YB berkenaan memain danmemutar belitkan peruntukan Perlembagaan dengan membuat tafsiran sendiri. Tafsiran beliau jelas bertentangan dengan Perlembagaan, Enakmen Negeri dan yang paling penting pandangan beliau bertentangan dengan kefahaman masyarakat Islam mengenai isu tersebut. Pandangan beliau juga yang semesti nya beliau mengetahui adalah bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah yang menjadi asas utama sistem Perundangan Islam.

d. YB Ngeh kelihatan seperti seolah-olah ingin terus mencabar kesabaran umat Islam dan warga Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. JATI tidak nampak kenyataan YB Ngeh itu memberi apa-apa nilai positif terhadap perhubungan antara rakyat yang berlainan agama, keturunan dan fahaman politik di Negara ini.

e. Kenyataan YB Ngeh juga dilihat mempunyai ciri-ciri persamaan dengan tuntutan COMANGO yang menjadi “musuh” nyata kepada umat Islam Negara ini. Dibimbangi antara mereka mempunyai strategi yang lebih jauh untuk melobi diperingkat antarabangsa untuk memberi tekanan berterusan kepada kerajaan Malaysia untuk tunduk kepada tuntutan hak asasi yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Negara kita.

Jelas kelihatan bahawa gesaan dan tuntutan seperti ini bukan sahaja digerakkan melalui pertubuhan dan kesatuan seperti COMANO dan lain-lain NGO yang bersekutu dengan mereka tetapi di sana sini seolah-olah telah tertanam beberapa individu yang akan mengemukakan hujah-hujah yang tidak dapat tidak akan membakar semangat perkauman dan mencetuskan pergolakan antara agama yang sudah tentu menimbulkan malapetaka kepada Negara dan rakyat yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan.

Pihak-pihak yang berwajib perlu meneliti kenyataan-kenyataan dan gesaan-gesaan yang sedemikian agar setidak-tidaknya wujud mekanisme pencegahan yang boleh diyakini oleh rakyat. Malangnya,hingga kini kelihatan seolah-olah ada pihak-pihak yang boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sensitif seperti ini dan dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan yang diambil oleh mereka yang berautoriti.

Akhirnya, demi kesejahteraan dan keharmonian negara ini, JATI berpandagan YB Ngeh Koo Ham perlu segera menarik balik kata-kata beliau tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam di Negara ini. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, JATI ingin membuat cabaran kepada YB Ngeh agar tampil mengulangi kenyataan beliau tersebut di luar Dewan Rakyat bagi membolehkan tindakan yang sewajarnya dapat diambil keatas beliau sesuai dengan darjah keseriusan kenyataan yang telah dikeluarkan itu.


YB DATO DR HASAN BIN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI KL

12 JUN 2014


Tuesday, 4 March 2014

N25 Kajang - Pengundi Islam Kajang diminta tolak outright Anwar

Lokasi : Kediaman Dr Hasan Ali, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media NGO-NGO Islam mengenai PRK N25 Kajang

Tarikh : 3/3/2014


Antara intipati kenyataan media Dr Hasan Ali adalah seperti berikut :


Para pengkaji politik daripada kalangan NGO-NGO Islam telah mengenalpasti secara berfakta lebih 20 alasan syar'i mengapa pengundi DUN Kajang semestinya menolak Anwar Ibrahim . Antara alasan syar'i yang telah disenaraikan termasuklah :
1. Persoalan aqidah dalamana Anwar Ibrahim dikatakan berpegang dengan fahaman pluralisme yang menganggap tiada ada mana-mana satu agama lebih superior dari agama lain. Dalam ertikata lain Anwar Ibrahim menganggap status Islam sama saja dengan agama-agama samawi dan bukan samawi
2. Persoalan murtad dalamana Anwar Ibrahim dikatakan bersetuju bahawa memilih pegangan agama adalah hak individu apabila seseorang itu telah mencapai satu peringkat umur.
3. Persoalan penggunaan Kalimah Allah dalamana Anwar Ibrahim dilaporkan secara terbuka menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama lain termasuk melalui ucapan beliau didalam gereja baru-baru ini. Pandangan sedemikian amatlah bertentangan dengan titah Sultan Selangor dan keputusan Majis Fatwa Kebangsaan dan Negeri.
4. Anwar Ibrahim dalam beberapa ucapan menyentuh persoalan agama terutamanya dalam program-program diadakan diluar negara. Dengan lantang beliau mempamerkan sikap liberal beliau terhadap beberapa perkara asas berkaitan dengan amalan agama seperti amalan songsang LGBT dan beberapa tuntutan penyokong-penyokong gerakan Hak Asasi Manusia.
5. Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan gerakan Yahudi Antarabangsa di Amerika dan di Eropah. Pandangan beliau mengenai "two states solution" untuk menyelesaikan persoalan Palestin bukan sahaja tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam sedunia, pandangan sedemikian juga mendapat bantahan keras daripada pemimpin Hamas.

Ikuti kenyataan media penuh oleh Dr Hasan Ali.

1 Dr Aidit Ghazali, Pengerusi Yayasan Murni Aqidah
 2
 3  Haji Azril Mohd Amin, Pengerusi Muslim Upro
 4  Dr Hasan Ali, Presiden JATI  Malaysia
5
 6
 7
 8
 9
 10
 11  Ust Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, Timbalan Presiden Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang, dan Pengerusi PEMBELA
 12

Wednesday, 8 January 2014

Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional wajar dibubarkan

File pic
MAJLIS KONSULTANSI PERPADUAN NEGARA GAGAL BERPERANAN DAN WAJAR DIBUBARKAN


Sebagai presiden JATI, saya ingin merakamkan kekesalan kami terhadap Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang telah mengecam tindakan JAIS menyerbu Persatuan Bible Malaysia dan berikutan dengan itu merampas lebih 300 ratus Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Seperti yang diketahui penubuhan MKPN adalah untuk mencari solusi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan perpaduan antara kaum di negara ini. Dalam mesyuarat sulungnya, majlis tersebut melalui Pengerusinya telah merakamkan rasa kesal dan berharap kejadian seperti itu tidak berlaku lagi. Beliau juga menempelak tindakan JAIS sebagai tidak menghormati penyelesaian 10 perkara yang dibuat oleh pihak Kerajaan.

JATI berpandangan bahawa tindakan yang dilakukan oleh JAIS adalah wajar dan selaras dengan peruntukan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 dan bertepatan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan. Yang menjadi punca masalah ialah pihak gereja yang didalangi oleh Paderi Lawrence Andrew yang dilaporkan secara terang-terangan menyanggah keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Kalimah Allah tidak boleh diguna pakai oleh penganut-penganut agama selain daripada Islam.

Paderi Lawrence terus membelakangi keputusan Mahkamah Rayuan dan dengan bongkak terus meminta gereja-gereja Katolik di seluruh negeri Selangor terus menggunakan Kalimah Allah sepertimana yang dilaporkan melalui portal Malaysian Insider. Acara mingguan agama di gereja pada hari Ahad yang lalupun dilaporkan dengan sengaja menggunakan Kalimah Allah. Tindakan sedemikian jelas menunjukkan bahawa pihak gereja cuba “memerangi” dikri yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bahawa Kalimah Allah sama sekali tidak boleh digunapakai oleh penganut bukan Islam di negeri itu.

Bagi JATI juga, penyelesaian 10 perkara yang sering diperkatakan itu adalah tidak relevan dalam konteks Negeri Selangor. Bagi Negeri Selangor, yang relevan adalah Enakmen Agama Bukan Islam 1988. Mana mungkin 10 penyelesaian itu dapat mengenepikan sebuah Enakmen yang telah mendapat perkenan Tuanku Sultan dan telahpun diwartakan oleh Kerajaan Negeri.

Sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan di pihak pimpinan MKPN sepatutnya terlebih dahulu meneliti fakta yang digariskan di atas di samping mendapatkan penjelasan mereka yang faham peruntukan undang-undang yang berkait langsung dengan tindakan yang dilakukan oleh JAIS. JATI difahamkan bahawa MKPN tidak mendapatkan maklumat secara langsung daripada JAIS dan tindakan mencela Jabatan yang cuba menjalankan tanggugjawabnya amat tidak kena pada pada tempatnya. Dari segi logiknya yang patut menerima celaan bukan JAIS badan yang diamanahkan untuk menjaga martabat dan keagungan Islam tetapi celaan sepatutnya ditujukan kepada pihak gereja dan paderi Lawrence Andrew yang menjadi dalang kepada isu yang sedang hangat diperkatakan yang secara terang-terangan telah menghasut ketegangan agama dan menghina keputusan Mahkamah Rayuan.

Pada anggapan JATI, sebagai badan induk perpaduan Negara, badan tersebut seharusnya beroperasi dan bertindak atas prinsip kebijaksanaan, keadilan dan berhemah tinggi. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan Majlis itu jelas membayangkan bahawa Majils tersebut di awal-awal lagi tidak dapat menghayati hakikat bahawa mereka perlu menunjukkan sifat matang, adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak untuk memungkinkan Majis tersebut diterima oleh 28 juta rakyat Malaysia yang majoritinya adalah masyarakat Melayu Islam.

Sekiranya tindakan sulung ini tidak dapat menyemai keyakinan rakyat terhadap kebolehan dan kemampuan Majlis Konsultansi itu, maka kewujudan majlis tersebut dengan sendirinya sudah diwarnai dengan bibit-bibit hitam yang menggugat kewibawaan mereka.

Sekiranya inilah tatacara mereka mengendalikan majlis konsultansi tersebut, JATI berpendapat adalah lebih baik Majlis Konsultansi seperti ini dibubarkan sahaja setidak-tidaknya dapat menyelematkan wang Negara dalamana rakyat sedang dibebani dengan kenaikan kos hidup yang melampau.


DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, Kuala Lumpur
7 JANUARI 2014

FB entry : https://www.facebook.com/minaq.jinggo/posts/10152121508569663?notif_t=like

Monday, 18 November 2013

Tuntutan COMANGO membahayakan Islam

Lokasi : Kediaman Dr Hasan Ali, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media mengenai  titah Sultan Selangor berhubung penggunaan Kalimah Allah di Selangor dan juga mengenai tuntutan COMANGO di UNHRC

Tarikh : 16/11/2013  @ 11.00 am



Kenyataan penuh JATI yang menyokong titah Sultan Selangor yang memperakukan keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat pada 14/10/2013 berhubung penggunaan kalimah Allah. JATI juga mengumumkan akan menganjurkan sesi penerangan mengenai bahayanya tuntutan COMANGO di UNHRC, Geneva untuk menjadikan Malaysia sebuah negara liberal yang mengamalkan kebebasan untuk 'murtad' dan kebebasan mengamalkan seks songsang dalamana LGBT akan dihalalkan..  

1
 2  Aidit Ghazali, Timbalan Presiden JATI
 3  Dr Hasan Ali, Presiden JATI
 4
 5
 6
 7  Azizan Abdul Majid, Bendahari JATI
 8
 9  Norman Toha, Setiausaha Agung JATI
 10
 11


Friday, 12 April 2013

Pemimpin PAS sudah tidak kenal dosa pahala

Filr pic.

PERLAKUAN SUMBANG YANG DIKATAKAN MELIBATKAN PIMPINAN TERTINGGI PAS


Kelmarin dunia siber digemparkan dengan paparan perlakuan seks yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi PAS, Dato Mustapa Ali Setiausaha Agung Parti Islam itu. Video 11 minit 26 saat itu setakat ini tidak dapat diketahui siapa yang merakamnya digambarkan berlaku disebuah bilik hotel mewah dikatakan berlaku di ibu negara Kuala Lumpur.

Video tersebut diberitakan merakamkan adegan-adegan menjurus kepada perlakuan seks hinggalah hubungan seks yang sebenarnya. Paparan gambar secara berwarna disertai dengan rakaman video dan audio yang jelas dan terang menggambarkan dengan jelas siapa pelakunya.

Mereka yang telah melihat  akan terus dapat mengecam lelaki yang terlibat adalah dikatakan Dato Mustapa Ali. Sementara pasangan wanitanya kelihatan masih muda dan agak sofistikated.

Sejak dimuat naik di dalam blog, video itu terus disambut oleh para blogger yang lain yang kini menjadi paparan yang paling hangat dan dikembang luas hingga keperingkat menjadi “viral” yang sukar dibendung lagi.

Episod yang timbul dari sumber internet yang berkait dengan perlakuan seks serta melibatkan tokoh besar dalam sebuah Parti Islam sudah tentu menarik minat banyak pihak dan menjadikannya tarikan utama untuk ditonton. Itulah lumrah manusia.

Peristiwa ini meletup hanya tinggal 8 hari sahaja sebelum tarikh penamaan calon diikuti hari mengundi pada 5 Mei 2013. Sebelum ini PAS jenuh bersilat menepis beberapa isu besar yang para pemerhati politik merumuskan hampir semuanya tidak menyebelahi Parti Islam itu. Peristiwa pemecatan saya dan Ust Nasharudin Mat Isa, amanat Haji Hadi, doa menjahanamkan Umno, keceluparan Mursyidul Am, isu Kalimah Allah, penguburan negara Islam dan Hudud adalah di antara isu yang sukar di tebus kembali.

Video yang dikatakan melibatkan Dato Mustapa Ali ini dijangka akan memberi pukulan maut kepada PAS. Dari paparan imejnya Presiden PAS tidak ada ruang lagi untuk sekadar mengatakan itu besi. Sementara pimpinan PAS sukar mencari alasan munasabah untuk meyakinkan ahli, penyokong dan pengundi Melayu Muslim khasnya bahawa video itu adalah bikinan musuh politik untuk melenyapkan PAS.

Melihat kepada paparan imej-imejnya, apapun alasan yang cuba diberi namun rakyat Malaysia yang rata-ratanya mempunyai ilmu dan pendedahan yang luas sudah mampu membuat rumusan dan keputusan bagi diri masing-masing.

Hari ini Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa cuba menjadi jaguh tampil mengeluarkan kenyataan seolah-olah persetankan isu video itu sambil cuba berselindung bahawa paparan itu adalah palsu dan berniat jahat. Beliau meminta supaya pimpinan PAS  tidak memberi perhatian kepada episod itu dan dengan angkuh mengatakan bahawa PAS tidak perlu menyiasat kesahihan video itu. Kenyataan ini dilihat bertentangan sama sekali dengan akhlak seorang Muslim sepertimana yang diperintahkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Al-Hujurat ayat 6 yang meminta kita supaya menyelidiki dan menyiasat dahulu sesuatu berita yang dibawa walaupun daripada orang-orang yang fasik.   
Manakala pimpinan yang lain termasuk yang lebih tinggi daripada Husam sehingga ini membisu seribu bahasa. Mungkin masih terkejut dan belum pulih daripada igauan ngeri disebabkan yang terlibat adalah dikatakan Setiausaha Agung parti yang kehadirannya dalam politik sinonim dengan perkembangan parti itu sendiri.

Ada beberapa perkara yang perlu direnungkan :

  1. Adakah wajar paparan yang menyalahi syarak itu berlaku kepada pimpinan besar parti boleh ditolak tepi dan cuba dimatikan begitu sahaja?

  1. Apakah dengan menolak tepi dan mematikan episod ini selari dengan tindakan-tindakan disiplin yang pernah di ambil kepada pimpinan dan ahli sebelum ini?

  1. Apakah tidak wujud double standard dan pendakwaan berpilih. Ada yang anak emas dan ada yang  anak tembaga dalam sebuah parti yang berlandaskan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas?

  1. Apakah dengan pendapat Husam itu akan melegakan pengundi dan penyokong serta bakal pengundi yang sebelum ini parti Islam itu tidak mampu lagi menanggung beban isu besar yang tidak terlerai?

  1. Apakah cadangan Husam itu akan diterima oleh rakan sejawat PAS di dalam dan di luar negara kerana paparan online realtime itu dapat ditonton sama sekelip mata dimana sahaja?

Saya masih ingat peristiwa yang mengakibatkan pemecatan seorang ahli parlimen PAS, Hashim Gera. Dalam satu majlis beliau telah dilihat menari lucu-lucuan. Pimpinan ketika itu yang tegas dan decisif telah bertindak memecat Hashim Gera daripada menjadi ahli parti.

Manakala dalam kes saya pula, sehingga hari ini saya tidak tahu apa kesalahan saya yang sebenarnya lantaran tidak ada pertuduhan yang dibuat ke atas saya. Saya telah dipecat daripada ahli parti tanpa diberi peluang untuk membela diri.

Ahli serta penyokong PAS dan bakal pengundi di negara ini juga sedang memerhatikan gelagat pimpinan PAS. Setakat kenyataan yang dikeluarkan oleh Husam Musa pada hemat saya tidak mampu menembusi minda masyarakat Malaysia yang berilmu dan begitu celik politik.

Saya cenderung untuk mengaitkan episod yang ramai menganggap sebagai peristiwa hitam ini dengan keputusan PAS menjalin hubungan kerjasama politik dengan DAP dan PKR. Rekod PKR yang tercemar dengan berbagai peristiwa yang hampir-hampir sama dengan kes yang dikatakan melibatkan Dato Mustapa Ali ini. Mungkin jangkitan langsung daripada pergaulan intim yang berlaku di antara pimpinan atasan dalam Pakatan. Saya bimbang kalau jangkitan ini akan menimbulkan penyakit yang lebih besar dan serius yang berkait langsung dengan aqidah yang selama ini menjadi agenda induk kepada perjuangan PAS.

Bagi saya persoalan yang besar di hadapan Parti Islam itu tidak lain daripada persoalan maruah. Imej yang mesti dipaparkan mewakili imej perjuangan Islam. Apa yang boleh diketengah PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam kalau hal yang seserius ini cuba ditangani secara sambil lewa sahaja. Mana dia dosa dan pahala dan mana dia syurga dan neraka yang sering dihujahkan oleh pimpinan-pimpinan besar PAS.

Sekurang-kurangnya bagi saya langkah seperti berikut harus di ambil :

  1. Dato Mustapa Ali sebagai orang yang dikatakan terlibat dalam perlakuan sumbang di dalam video tersebut harus tampil ke hadapan menafikan atau mengiyakannya;

  1. Sekiranya Dato Mustapa Ali menafikannya, beliau perlu sekurang-kurangnya bersumpah dengan nama Allah bahawa individu yang telibat dalam video tersebut bukan dirinya;

  1. Pimpinan PAS terutamanya AJK PAS Pusat atau Majlis Syura PAS perlu menyiasat dengan terperinci video tersebut dan tuduhan yang dilemparkan ke atas Setiausaha Agung parti Islam itu;

Sekiranya selepas siasatan terperinci dilakukan mendapati orang yang terlibat melakukan perlakuan seks itu adalah Dato Mustapa Ali, maka Jawatankuasa Disiplin parti harus mengambil tindakan segera memecat keahlian beliau. Cuma eloklah sekiranya sebelum dipecat, beliau dipanggil untuk membela diri. Janganlah diulangi kezaliman yang pernah berlaku ke atas diri saya dan Ust Nasharudin yang tidak pernah langsung dipanggil untuk membela diri.      

Sekiranya saranan seperti yang dikemukakan ini tidak dilakukan, saya berkeyakinan bahawa PRU yang ke 13 nanti akan menjadi antara PRU yang terburuk dalam sejarah PAS akibat penolakan pengundi-pengundi terutamanya pengundi Melayu Muslim yang sudah hilang keyakinan kepada integriti dan kredibiliti parti Islam itu. Maka akan tercatitlah nanti dalam sejarah politik tanahair seorang pemimpin besar yang menghabiskan masa muda dan tuanya memperjuangkan parti akhirnya menjadi petualang yang menyebabkan parti itu tersembam menyembah bumi.


DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Tmn Tun Dr Ismail, KL
12 APRIL 2013

Nik Aziz perlu muhasabah diri

Lokasi : Kediaman Dr Hasan Ali, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Acara : Sidang Media

Tarikh : 11/4/2013 @ 12.00 pm






Nik Aziz ambil alih tugas Allah tapi tak pasti mati Muslim


Lokasi : Kediaman Dr Hasan Ali, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Acara : Sidang Media

Tarikh : 11/4/2013 @ 12.00 pm


Timbalan Presiden JATI memberi respons mengenai pelbagai kenyataan Nik Aziz yang mempertikaikan keislaman orang UMNO.




JATI mewajibkan Melayu / Islam beri undi kepada UMNO / BN

Lokasi : Kediaman Dr Hasan Ali, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Acara : Sidang Media

Tarikh : 11/4/2013 @ 12.00 pm




Dr Hasan Ali membacakan kenyataan media (penuh)


1  Dato' Dr Hasan Ali, Presiden JATI
 2  Datuk Aidid Ghazali, Ketua Eksekutif dan Timbalan Presiden JATI
 3
 4
 5  Datuk Dr Sidek Baba, Naib Presiden JATI
 6
 7
 8
 9
 10
 11