Showing posts with label tengku razaleigh hamzah. Show all posts
Showing posts with label tengku razaleigh hamzah. Show all posts

Friday, 18 June 2021

YDPA & PM8 langgar sumpah jawatan jika "AS SOON AS POSSIBLE" disalah tafsir

KOMEN Y.B.M. TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

AHLI PARLIMEN GUA MUSANG

“As soon as possible”

Banyak pihak memberi pelbagai tafsiran kepada ungkapan ini. Ada yang berkata dalam Bahasa Inggeris, it means “it is like yesterday” atau “semalam”. 

Tengku Razaleigh menambah:

Perdana Menteri tidak boleh menasihat Yang di-Pertuan Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan sebab Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perkara 55 itu,  bertanggungjawab  memanggil Parlimen dalam masa 6 bulan daripada tarikh akhir persidangan Parlimen yang lepas. Jika tidak, Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri telah melanggar Perlembagaan dan sumpah jawatan.

17 June 2021

6 Zulqaedah 1442

Wednesday, 16 June 2021

Kegelisahan dan kekecewaan rakyat memerlukan camputangan YDPA dan Majlis Raja -Raja Melayu




KENYATAAN AKHBAR 

Y.B.M TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

AHLI PARLIMEN GUA MUSANG


KEADAAN NEGARA DI MASA KINI


1. Rakyat Malaysia terutamanya mereka yang miskin kini berada dalam keadaan terdesak dan kecewa. Mereka ketakutan terhadap perkara yang tidak dapat dikenalpasti dan curiga mengenai keadaan keselamatan diri. Mereka amat tertekan oleh kegelisahan mengenai masa depan.


2. Yang dianggap musuh tidak kelihatan dan ini menimbulkan kebimbangan. Ia mampu bertindak lebih bijak dan ini seolah-olah perjuangan melawan kuasa ghaib. Keadaan biasa tidak lagi wujud. Apa yang dapat diharap pada masa depan bergantung kepada sama ada kepimpinan negara dapat membawa perubahan.


3. Kepimpinan negara masa kini amat penting kesannya terhadap cara hidup rakyat. Sesungguhnya kita berada di dalam keadaan serba salah. Persoalan yang timbul adalah apakah negara ini dapat meneruskan kedudukannya sepertimana keadaan terdahulu. Kepimpinan seperti yang terdapat di masa lampau kini tidak relevan lagi. Di samping itu ia tidak dapat menangani berbagai masalah berkaitan dengan ekonomi yang dihadapi serentak termasuklah masalah pengangguran tinggi, kehilangan pendapatan dan kewangan semakin kurang untuk membiayai, sebagai contoh, makanan dan kesihatan.


4. Keadaan sebegini tidak pernah berlaku di masa-masa lampau. Pada masa dahulu keadaannya tidak serumit kini dan orang ramai lebih optimis. Kini mereka tidak lagi begitu.


5. Perlembagaan dan institusi-institusi negara tidak terbentuk untuk meghadapi keadaan yang sedang melanda kita. Sama ada institusi-institusi kenegaraan kita dapat menangani keadaan ini adalah suatu keraguan oleh kerana mutu kepimpinan pada masa kini menjadi tanda tanya.


6. Terdapat tiga kekurangan Dewan Rakyat, yang ditauliahkan oleh perlembagaan sebagai penentu muktamad untuk memilih Perdana Menteri daripada kalangan Wakil Rakyat, iaitu:

a) Ia tidak berfungsi secara menyeluruh oleh kerana sebahagian daripada Wakil Rakyat mempunyai kepentingan kewangan (sama ada secara terbuka atau pun secara senyap) dan hilang kelayakan mengikut Akta Majlis Parlimen (Kestimewaan dan Kuasa) 1952.

b) Dewan Rakyat kini dalam keadaan tergantung dan tiada pihak mempunyai majoriti untuk membuat keputusan.

c) Juga terdapat ahli-ahli yang tidak menepati peruntukan perlembagaan berkaitan dengan pemilihan mereka dan ini merupakan penipuan terhadap perlembagaan. Tidak terdapat peruntukan di dalam pelembagaan atau mana-mana undang-undang untuk menyelesaikan masalah ini. 


7. Kini perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat mengenai keadaan semasa semakin tebal, walau pun ia tidak disuarakan oleh mereka. Gelombang sepi ini mencerminkan kehilangan keyakinan oleh rakyat terhadap pemimpin mereka. Kita tidak harus membenarkan keadaan ini membiak.  


8. Maka itu, Raja-Raja Melayu bertanggungjawab untuk memainkan Peranan Keperlembagaan yang dianggap penting ketika negara berada dalam keadaan genting ini. Peranan ini timbul selaras dengan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong di hadapan Raja-Raja Melayu yang memilih baginda mewakili Majlis Raja-Raja Melayu. Peranan ini wujud selaras dengan Sumpah Jawatan itu.


9. Tanggungjawab ini memerlukan pemilihan seorang pemimpin tanpa kepentingan peribadi, parti politik mahu pun pertimbangan peribadi. Pemimpin tersebut semestinya mempunyai kemampuan, keupayaan, visi dan pemahaman mendalam mengenai keadaan semasa demi memimpin kerajaan yang mampu membantu kita mengatasi keadaan teruk yang melanda rakyat sekarang. 


10. Sekarang ini kita menghadapi krisis bertubi-tubi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Sistem ekonomi kita merudum. Di samping itu, kita mengalami krisis berkaitan dengan keperluan asas seperti bekalan makanan, keadaann kesihatan dan isu keselamatan. Kita ada dua pilihan, sama ada hadapinya dan selesai kesemua masalah atau menempuhi kegagalan. Sedia maklum bahawa kepimpinan mempunyai hubung kait rapat dengan kemajuan negara dan kehidupan rakyat yang baik. Lipatan sejarah banyak merakam kegagalan kepimpinan. Kita tidak harus beri peluang kepada kegagalan.


15th June 2021

4th Zulqaedah, 1442

Tuesday, 26 May 2015

Pakatan Rakyat terlalu lemah untuk ambil kesempatan keatas Najib

Lokasi : Auditorium Dewan Sivik MPPJ, P.Jaya, Selangor

Acara : Forum "Mencari Pemimpin Baru Malaysia" - anjuran NASIONALIS.my

Tarikh : 23/5/2015



Ikuti luahan kekcewaan dari mantan MB Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib yang kini menjadi ahli PAS mengenai keadaan semasa dalam PAS dan Pakatan Rakyat.  



Terdahulu semasa forum "Mencari Pemimpin Baru Malaysia" nama Ku Li telah diwar-warkan sebagai salah satu nama yang mungkin diketengahkan sebagai calon kerana beliau orang UMNO dan mempunyai pengalaman yang luas sebagai bekas Menteri. Ini hanya akan berlaku sekiranya UMNO / BN masih boleh mengekalkan kerusi majoriti di Parlimen. Namun sekiranya terjadi kerajaan perpaduan, calon lain akan dipertimbangkan.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 4 April 2014

Musa Hitam pertahan kenyataan dan tuntut keadilan



KENYATAAN MEDIA
TUN MUSA HITAM
BERHUBUNG ISU MEMALI
SUSULAN MAJLIS DISKUSI ANJURAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN
BERTEMAKAN “POLITIK MALAYSIA: DAHULU DAN SEKARANG”

Pada jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan “PolitikMalaysia: Dahulu dan Sekarang”. Profesor Agoes dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai Moderator. Format diskusi menyamai program “HARD TALK” BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh Moderator. Sepanjang dua jam, Moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa Moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.
Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:
  1.  Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr. Mahathir berada di negara China dan saya adalah Pemangku Perdana Menteri.
  2. Saya bertanggung jawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.
  3.  Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.
    Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:
  1. Saya menegur Moderator dengan mengatakan sebagai seorang Profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.
  2. Pada hari peristiwa Memali (ia itu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya Pemangku Perdana Menteri. Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “My God” yang mengejutkan hadirin.
  3. Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak Polis tentang dua perkara:
(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi;
(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah
Namun saya mengambil tanggung jawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak Polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.
4  Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.

Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku. Pada hari kejadian, saya bersama Pemangku Ketua Polis Negara (KPN) telah menemui Perdana Menteri di pejabat beliau dan Pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi Polis di Memali yang melibatkan kematian 4 anggota Polis dan 14 orang awam. Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr. Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:
  1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri Perdana Menteri sendiri.
  2. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.
  3. Dengan menangguhkan lawatan ke Negara China, Dr. Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam Negeri.

Dr. Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke Negara China. Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap. Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.
Kesimpulannya ialah:
  1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.
  2.  ISU UTAMA dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan Pemangku Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Tun Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali, dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari tersebut.
  3. Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di Mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Tun Dr. Mahathir masih Perdana Menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan PerdanaMenteri. Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. Tetapi tidak ada media yang sedia melaporkan fakta ini.

Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh Parti Pas. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan Menteri; tidak ada pihak baik daripada Kerajaan, begitu juga Parti UMNO yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.
Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya. Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa.
Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ILAHI memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya.
Saya bersyukur ke hadrat ILAHI yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.
Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negativ, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru keatas diri saya. Saya serahkan segala-galanya  kepada ALLAH yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada Nya saya memohon petunjuk dan keadilan.

TUN MUSA HITAM
4 APRIL 2014

Ini pula respons dari Tengku Razaleigh ketika diajukan soalan mengenai kemelut Mahathir / Musa selepas satu majlis di Kelab Sultan Sulaiman pada 4/4/2014 @ 10.00 pm

"One of them must be telling the truth...har har har har "


Sunday, 22 December 2013

Sekitar perasmian AGM Perkasa

Lokasi : Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Persidangan Agung Tahunan PERKASA

Tarikh : 22/12/2013


Tema

'Mendaulatkan Perlembagaan Negara & Agenda Ekonomi Bumiputera
Sejahtera Untuk Semua'


1/58
2
  3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 8 September 2013

Ku Li masih berhasrat bertanding

Lokasi : Kediaman Ku Li @ Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur

Acara : Sidang Media Tenku Razaleigh Hamzah

Tarikh : 6/9/2013 @ 12.00 pm



KUALA LUMPUR:  Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah terus berteka-teki mengenai desas-desus kemungkinan beliau akan menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno menentang Datuk Seri Najib Tun Razak pada pemilihan parti itu Oktober ini.
Sebaliknya Ketua Umno Bahagian Gua Musang berusia 76 tahun itu hanya mengesahkan berminat untuk bertanding jawatan di peringkat bawahan sahaja pada masa ini.
"Hasrat (bertanding) itu ada... untuk jawatan peringkat bawah. Kalau nak kata 'tidak', tak betul pula.
"Belum ada keputusan lagi, saya orang sebatang kara, tak ada siapa nak dirujuk untuk dapatkan nasihat, jadi belum buat (keputusan). Tunggulah sehingga hari penamaan calon nanti," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Jumaat.
Sidang media itu dihadiri puluhan pengamal media yang menjangkakan Tengku Razaleigh akan membuat pengumuman penting mengenai salah satu jawatan tertinggi dalam Umno yang bakal ditandinginya.
Namun jangkaan itu meleset apabila Tengku Razaleigh memaklumkan tujuan sidang media itu diadakan adalah bagi menjawab pelbagai soalan menjelang pemilihan Umno akan datang.
Sebelum ini Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Gua Musang yang disandangnya sejak 51 tahun lalu.
Beliau menyandang jawatan tersebut sejak 1962 ketika masih dikenali sebagai Bahagian Ulu Kelantan.
Pada masa sama, Tengku Razaleigh turut dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Gua Musang yang disandangnya sejak 1974 pada pilihan raya umum akan datang.
...mStar online

1/27
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10