Showing posts with label pemuda pas. Show all posts
Showing posts with label pemuda pas. Show all posts

Saturday, 2 May 2015

PRK P.44 - Penyokong PAS ugut boikot hari pengundian

Lokasi : Masjid Batu, Permatang Pauh

Acara : Demonstrasi

Tarikh : 1/5/2015


Demonstrasi hari ini dilakukan oleh sekumpulan penyokong PAS yang juga mewakili beberapa NGO yang pro-PAS. Mereka mendesak supaya Angkatan Muda Keadilan memohon maaf diatas kenyataan kenyataan melampau mereka yang menghina Presiden PAS, Haji Hadi Awang. Mereka juga mendesak PKR menyatakan pendirian mereka terhadap Hudud dan mendesak DAP supaya menghormati Hudud.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10


Sunday, 22 February 2015

Pemuda PAS masih tetap bersama Pakatan Rakyat ?

Lokasi : Perkarangan SOGO, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan #kitalawan

Tarikh : 21/2/2015


Nah untuk mematahkan tanggapan dan persepsi masyarakat bahawa PAS tidak lagi menyokong sebarang kegiatan PKR dan Pakatan Rakyat, penganjur telah berjaya membawa Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, Bendahari Pemuda PAS Malaysia untuk memberi ucapan di acara Himpunan #kitalawan minggu ini.

Fakhrulrazi telah berjanji akan membawa turun gerombolan Pemuda PAS untuk membantu Pakatan Rakyat dalam PRK Chempaka dan Permatang Pauh.

Tapi yang tak sedap nya ayat penghujung ucapan beliau "Yang baik datang dari Allah Taala , yang jahat datang daripada Najib dan Rosmah... Wallahualam.." Tak tergugat ke akidah ?
Bukan kah lebih tepat beliau katakan "Yang baik dan buruk semua nya dari Allah SWT. Kita reda dan terima kesemua ketentuan Illahi dengan hati terbuka.. InsyaAllah"


1
 2


Thursday, 6 November 2014

Pemuda UMNO WP setuju PAS sesat dan menyesatkan

Lokasi : Pejabat UMNO Wilayah Persekutuan, Medan Tuanku, KL

Acara : Sidang media Pemuda UMNO WP

Tarikh : 5/11/2014


Catatan ringkas:

1. Sidang media diadakan untuk 

a. mempertahankan kenyataan Tengku Adnan yang mendakwa PAS sesat dan mengancam ajaran Islam sebenar ketika menutup Multaqa Ulama Biro Agama UMNO baru-baru ini.
b. mencela kenyataan MP Sibu (DAP), Oscar Ling Chai Yew yang mendakwa konon nya sekolah agama antara punca perpecahan kaum 

2. Pemuda UMNO WP jemput Pemuda PAS untuk bermuzakarah mengenai isu PAS sesat

3. Pemuda UMNO WP mahu kajian semula mengenai kebersanan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina memandangkan ramai pelajar sekolah jenis tersebut langsung tidak boleh bertutur Bahasa Melayu.


Video 1 - Kenyataan penuh oleh Ketua Pemuda UMNO WP, Mohd Razlan Muhammad Rafii


Video 2 - Jemputan untuk bermuzakarah oleh Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO WP, Hj Ahmad Baidzawi bin Hj Saleh Hamdi


1
 2
 3
 4
 5


Monday, 11 August 2014

AMK & Pemuda PAS masih belum sepakat mengenai isu MB

Lokasi : Markas PAS, Taman Melewar, Gombak, Selangor

Tarikh : 10/8/2014


AMK dan Pemuda PAS masih belum sepakat mengenai isu MB Selangor. Selasa ini Shamsul Iskandar dan Suhaizan Kayat akan mengadakan pertemuan dengan Hadi Awang di Ibupejabat PAS bagi mencari jalan penyelesaian mengenai pendirian bersama Pakatan Rakyat.




Friday, 8 August 2014

Pemuda PAS Selangor kecewa kemelut berpanjangan

Lokasi : Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam

Acara : Solat Hajat Perdana "Munajat Selamatkan Gaza & Selangor Bumi Bertuah"
anjuran Geng Ustaz dan Dewan Pemuda PAS Selangor

Tarikh : 7/8/2014


Pemuda PAS kecewa kemelut MB Selangor berlarutan tetapi telah mengambil pendirian dan ketetapan untuk menyokong pentadbiran yang sedia ada dikekalkan sehingga hebis tempoh selari dengan keputusan Presiden Parti dan Majlis Syura..





Thursday, 31 October 2013

PRK N.20 - Pemuda PAS bantah BN guna jentera kerajaan

Lokasi : Markas PAS, DUN N20 Sg Limau

Acara : Sidang Akhbar harian PAS

Tarikh : 31/10/2013


Mari kita dengar apa kata calon Ketua Dewan Pemuda PAS pada pemilihan 2013 mengenai isu penggunaan jentera dan kelengkapan kerajaan dalam kempen BN di Sg Limau

1  Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria (berkopiah)
 2
 3  Suhaizan Kayat, Keua Pemuda PAS Johor dan Calon Ketua Dewan Pemuda PAS bagi pemilihan 2013
 4  Pemuda PAS Kedah akan menyerahkan memo bantahan kepada YDP Agung melalui Wisma Darul Aman selepas jam 2 pm hari ini
 5
 6


Sunday, 4 November 2012

Chua rujuk kepada Hudud PAS, bukan hina Islam




KENYATAAN RASMI PRESIDEN MCA MENGENAI ISU HUDUD VERSI PAS

1.   Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud PAS  bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.

2.   Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.

3.   Ingin saya tegaskan di sini bahawa,  ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi PAS,  MCA  sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk ( PAS ) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama ( Islam ).  Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu adalah agama Islam.

4.   Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak,Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap Hudud versi PAS pula Pakatan RAKYAT hendak melibatkan Yang di Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.

5.   Sekirannya Pakatan Rakyat benar–benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan protest umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini mendapat ramai pemimpin PAS yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.

6.   Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam Agama Islam dan pengamalannya di Malaysia.

7.   Sepertimana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi persekutuan.

8.   Hal  ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan Rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid-masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah Agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak Merdeka.

9.   Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam. Manifesto PAS 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan. “Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam. Oleh itu, dalam sesebuah Negara yang demokratik maka MCA hendak menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali Hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang ( PR 13 ) sepertimana PAS meletak manifesto Hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.

10.  MCA juga ingin mencabar pendirian PAS dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekirannya Negara Islam hendak ditubuhkan di Negara kita dan sama ada kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya , mereka juga perlu menyatakan pendirian mereka terhadap Tweeter Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This ( Protest Sam Bacile )?

11.  MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama – sama MCA menentang pelaksanaan Hudud Versi PAS atau tidak ? Sekirannya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu Hudud versi PAS maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan Hudud Versi PAS di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari  dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.

12.  Justeru itu, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletak Hudud versi PAS dalam manifesto mereka dalam Pilihan raya yang akan datang (PRU 13). Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia maka MCA akan menghormati kehendak rakayat Malaysia.

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek 
Presiden MCA 


Wednesday, 24 October 2012

Pemuda PAS serah memo bantahan kepada Soi Lek

Venue : Ibupejabat MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Event : Penyerahan memo bantahan oleh Pemuda PAS kepada Presiden MCA

Date : 24/10/2012 @ 3.00 pm


Berapi api amaran diberikan kepada Soi Lek... hendak ke dia akur kepada amaran dan ugutan?



1/20
 2.
 3.
 4.
 5. Ustazah selebriti
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.

Sunday, 23 September 2012

Kalau nak hentam jadilah pendahulu jangan pengikut

Minta pandangan pembaca semua... Apakah tindakkan Shamsul Iskandar mengeluarkan kenyataan menghentam Pemuda UMNO akan memberi pulangan yang baik kepada imej beliau, AMK atau PKR sendiri ? Seperti yang dapat kita lihat, rakyat Malaysia rata rata bersatu hati dalam isu penghinaan ini. Penyokong PAS dan UMNO nampak gayanya menahan diri dari melapaskan tembakan antara mereka sejak isu ini berbangkit..

Kenyataan lewat yang dikeluarkan hanya selepas Pemuda UMNO dan Pemuda PAS berbincang dan bersetuju kepada gerak kerja yang perlu dilakukan semasa menganjurkan bantahan aman keatas video 'Innocence of Muslims' dan penyiaran karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam sebuat majalah Peranchis. 




KENYATAAN MEDIA
20 SEPTEMBER 2012


BANTAHAN TERHADAP FILEM INNOCENCE OF MUSLIMS: AMK AKAN BERSOLIDARITI BERSAMA PEMUDA PAS

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mengalu-alukan inisiatif yang digerakkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (Pemuda PAS) untuk berhimpun di hadapan bangunan kedutaan Amerika Syarikat esok bagi menyuarakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina peribadi Rasulullah SAW.

AMK menyokong sepenuhnya inisiatif ini dan akan turut bersolidariti bersama-sama dengan rakan-rakan dari Pemuda PAS dalam perhimpunan yang dijadualkan pada petang esok.

Sehubungan dengan tindakan Pergerakan Pemuda UMNO yang turut merancang untuk mengadakan perhimpunan sama di Masjid Kampung Baru, AMK berpandangan bahawa tindakan tersebut tidak lebih dari gimik untuk meraih publisiti murahan.

Rakyat telah sedia maklum bahawa perjuangan Pemuda UMNO berkaitan isu penghinaan ke atas peribadi Rasulullah SAW tidak pernah konsisten, malah bersifat bermuka-muka dan sekadar bertujuan untuk mencari keuntungan politik.

Di mana Pemuda UMNO ketika bekas pemimpin tertinggi parti mereka sendiri memperlekeh amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan memperkecil hukum Hudud yang termaktub di dalam Al-Quran?

Di mana Pemuda UMNO bila mana pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina dan memperlekeh hukum Hudud?

Justeru AMK sekali lagi mengulangi sokongan dan solidariti terhadap Pemuda PAS dan akan turut bersama-sama berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat esok selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan yang dilakukan ke atas Rasulullah SAW.

Susulan daripada perhimpunan esok, AMK akan turut melancarkan program "Cahaya Muhammad" pada 25 September ini yang bertujuan untuk memberikan penerangan dan penjelasan sebenar tentang keperibadian serta sejarah perjuangan Rasulullah SAW.


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda KEADILAN


Friday, 21 September 2012

Nyatakan pendirian dan berdemo lah dengan aman

Venue : Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur

Event : Selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Date : 20/9/2012 @ 6.00 pm


Pendekatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai seorang Muslim dan seharusnya diikuti oleh tindakkan sewajarnya oleh PDRM dalam berhadapan dengan bantahan umat Islam Malaysia terhadap "Innocene of Muslims" dan provokasi kartunis Peranchis terhadap Islam dan Nabi Muhammad  SAW...



HIna Islam - UMNO dan PAS setuju asing lokasi demo


Venue : IbuPejabat Pemuda UMNO Malaysia, Tingkat 28, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur

Event : Sidang media mengenai demo bantahan terhadap "Innocence of Muslims" dan penghinaan terhadap Islam dan RasulAllah

Date : 20/9/2012 @ 10.30 am


Khairy menerangkan rasional disebalik keputusan dan persetujuan Pemuda UMNO dan Pemuda PAS untuk mengadakan demonstrasi di dua lokasi berasingan.



1.
 2.




Wednesday, 19 September 2012

JATI akan turun berdemo bersama Pemuda PAS

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN 
MOHAMED ALI,    PRESIDEN JATI




 JATI menyambut baik inisiatif yang di ambil oleh Pemuda UMNO dan Pemuda PAS untuk mengadakan demontrasi raksasa pada hari Jumaat 21 September 2012 ini. JATI menganggap tindakan ini amat wajar dan berbangga dengan komitmen dan keterlibatan golongan muda untuk mempertahankan maruah dan kesucian Islam.

Sebagai Presiden JATI saya menyeru supaya semua ahli JATI dan para penyokongnya untuk turut sama melibatkan diri dalam demontrasi tersebut. InsyaAllah saya sendiri bersama dengan barisan kepimpinan tertinggi JATI akan bersama-sama dengan umat Islam seluruhnya memberitahu dunia betapa tersinggungnya kita akibat daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab mencela, menghina dan menjatuhkan maruah Islam dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bagi kita bukan setakat berdemontrasi tetapi demi Islam, jiwa raga kita pun dihalalkan semata mata untuk menentukan Islam sentiasa berada dikemuncak kehidupan Muslim.

Melalui ruang ini saya mengajak rakan-rakan NGO dan seluruh umat Islam di negara ini untuk sama-sama bangkit menzahirkan bantahan kita terhadap mana-mana pihak dalam dan luar negara yang berterusan menghina dan mencabar status Islam yang paling agung di sisi Allah SWT.

Seperti dimaklumi tindakan mempertahankan maruah Islam merupakan satu jihad yang memerlukan pengorbanan dikalangan umat Islam tanpa mengira latarbelakang ideologi politik dan kedudukan dalam masyarakat. Inilah sunnah peninggalan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan langkah kecil yang di ambil ini melakar satu sejarah untuk diteladani oleh generasi muslim yang akan datang.


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
19 September 2012