Thursday, 12 March 2015

Izzah hina Hakim dalam Dewan Rakyat mungkin tidak kebal undang-undang

Lokasi : Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur

Acara : Laporan Polis keatas Nurul Izzah kerana menghina Hakim dan sistem kehakiman

Tarikh : 12/3/2015




LAPURAN POLIS
Oleh ZULKIFLI BIN NOORDIN


Balai : Jalan Dang Wangi
Daerah : Dang Wangi
Kontinjen : Kuala Lumpur
No Repot : Dang Wangi/006551/15
Tarikh : 12.03.2015
Waktu : 14.14hrs
Pengadu : Zulkifli Bin Noordin

Pengadu Menyatakan:

Semasa saya berada di pejabat di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur semalam 11 Mac 2015, saya telah menerima satu link videoklip YouTube beralamat di https://youtu.be/RbSMNVMhD0. Setelah membukanya saya dapati ianya adalah satu petikan ucapan Nurul Izzah Binti Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai semasa menyampaikan ucapan dalam Bahas Titah DiRaja dalam sidang Dewan Rakyat pada 10 Mac 2015 yang telah membuat ucapan kononnya atas alasan membaca teks kenyataan bapanya Anwar Bin Ibrahim seperti berikut:

“Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, Hakim-Hakim menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan”.

“Mereka diberi peluang untuk menebus diri dengan bertindak membetulkan kesilapan badan kehakiman yang lampau, mengembalikan kemuliaan dan mengukir nama baik sebagai pembela sebenar keadilan. Sebaliknya mereka memilih untuk kekal dalam kegelapan”.

Dan selepas beliau ditegur Tuan YDP Dewan mengenai Peraturan 36 (8) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Nurul Izzah Binti Anwar menyambung:

“Saya hargai, kerana itu saya akan menunggu, apabila Ahli Parlimen Padang Serai membawa usul untuk membahaskan perilaku jahat Hakim-Hakim dalam Mahkamah Persekutuan yang saya harap akan diluluskan oleh pihak Yang DiPertua”.

Saya percaya Nurul Izzah Binti Anwar membuat kenyataan ini dalam konteks mempertikai penghakiman lima (5) orang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah pada 10.02.2015 menolak rayuan bapanya Anwar Ibrahim dan mensabitkan beliau dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan mengekalkan hukuman penjara selama 5 lima (5) tahun.

Saya sesungguhnya percaya kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar ini bukan sahaja menghina dan mencera Yang Arif Hakim-Hakim tersebut dan merupakan suatu kenyataan yang “highly contemptuous”, malah ianya berbaur hasutan kerana boleh membawa kepada rakyat dan orang ramai mempertikai dan memandang hina, dan mencurigai integriti, kewibawaan dan kredibiliti Hakim-Hakim Mahkamah tersebut kerana dituduh sebagai:

1. tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik;
2. menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman;
3. menjual diri mereka kepada syaitan;
4. memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan;
5. memilih untuk kekal dalam kegelapan;
6. usul perilaku jahat Hakim-Hakim dalam Mahkamah Persekutuan.


Saya percaya kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar itu tidak dilindungi oleh kekebalan sesorang Ahli Parlimen seperti diperuntukkan dibawah Perkara 63 Fasal (2) Perlembagaan berdasarkan Perkara 63 Fasal (4) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa kekebalan seseorang Ahli Parlimen dibawah “Fasal (2) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan dibawah Akta Hasutan 1948”; dan ini disahkan oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes Datuk Mark Koding v. Pendakwaraya [1982] 2 MLJ 120 FC.

 Min 5.22 **Kenyataan berbaur hasutan yang menyentuh (1) Raja Raja Melayu  (2) Kaum Melayu dan Agama Islam (3) Hakim dan Sistem Kehakiman (4) beberapa Suruhanjaya

Saya dengan ini memohon pihak Polis untuk menjalankan siasatan terhadap Nurul Izzah Binti Anwar dan memohon pihak Pendakwa Raya mengambil tindakan pendakwaan sekiranya didapati ucapan Nurul Izzah Binti Anwar ini sememangnya melanggar mana-mana peruntukkan dibawah Akta Hasutan 1948.

Saya sesungguhnya membuat lapuran ini untuk memastikan integriti dan kewibawaan badan kehakiman dan Hakim-Hakim Mahkamah terpelihara dan terbela.

Sekian lapuran saya.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
21 Jamadil Awal 1436 / 12 Mac 2015





1
2
3
4
5


18 comments:

  1. Masak lah si NoRule (Nurul) bila sampai hujah bergegar-gegar... bila Azalina jawab di hari kedua... aleh-aleh berubah jadi wanita muslimah yang cakapnya bersopan santun ala-ala wanita melayu terakhir.... dasar pemBangsat.....

    ReplyDelete
  2. Budak ni cakap apa di parlimen. Dia bahas apa. Dia siang2 hilang arah. Dia cuma baca hasad dan sakit hati orang lain di parlimen. Bolih ke perasaan 50,000 penjenayah atau banduan dibaca di parlimen oleh wakil2 mereka. Speaker control dewan macam mana.

    ReplyDelete
  3. Peguam Zulkifli Nordin sahaja yg banyak memberi komen atau tidak balas segera mempertahan undang2, Raja , Melayu , institusi kehakiman Perlembagaan. Yang lain dimana? . Tidur saje ke...dpt nikmat satelah org lain buat kerja barua. Malulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TUAN. SAYA SETUJU DAN SOKONG PENUH. MANA HERO2 KEBANGSAAN DAN PARA PEGUAM YANG LAIN.

      Delete
  4. Kepala otak macam gang TIBAI ni saja yg boleh lawan balik otak pembangkang dalam Parlimen. Mana perginya TIBAI sekarang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya TIBAI hidup lagi ke dah mampus? . Hoi tuan2 budak bertina ini jadi pemimpin kita ke Apa jadi Nur Izzah blow job?

      Delete
    2. Kalau tidak silap, TIBAI telah dibubarkan setelah Anwar dijatuhkan hukuman.
      Murshidul Amnya sendiri yang mengistiharkan perbubaran itu.

      Delete
  5. Aku sokong polis ambik tidakan undang2 yang sepatutnya jika apa yang anak puaka Anwar Al Juburi buat tu salah. Anak puaka tu memang patut dihukum dan jangan bagi peluang kepada sesiapa yang cuba menghasut Kedaulatan Undang2 negara dan bersembunyi disebalik kekebalan Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus . Bagi dia pulak merasa pakai uniform pesalah. Teresa Cock udah meras

      Delete
    2. Setuju 100%

      Delete
  6. Mana peguam dan bijak pandai dan pemidato Pemuda Umno.? Kamu orang semua tidor buat air liur basi je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kita heran semua ini. sepetutnya speaker control. Tanya nur izzah kau nak cakap apa. disini tak bplih baca text ucapan peliwat, penjenayah atau banduan.

      Delete
  7. sokong Zul Nordin...terbaik. Syabas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang macam Zulkifli Nordin patut lantik dia jadi Senator bawa dia masuk di parlimen. Barulah parlimen akan bergegar. Dari kalangan Barisan lembik2, tak berani, tak ada skills ,tak ada substance. Malaysia kini di timpa sial segala sial.

      Delete
    2. Kalau geng TIBAI dan 'pengkhianat' Anwar diberi tempat orang Umno marah,sepertimana Dato Zaharin yg di lantik jadi Duta ke Indonesia.Tapi mereka tak namapak kesannya bila Dato Zahrin jadi duta ke Indonesia,Anwar mula hilang kuku di Indonesia dan makin kurang berulang alik menghasut kesana,kerana gerak gerinya di pantau rapi oleh Dato Zahrin

      Delete
    3. Setuju dengan pemerhatian ini

      Delete
  8. Nurul Izzah sudah besar kepala. Dia fikir negara ini hanya bapak peliwat dia punya. Syabas Zulkifli Noordin di atas tindakan anda untuk menyelamatkan negara ini daripada syaitan jenis manusia bernama Nurul Izzah.

    ReplyDelete
  9. Harapan rakyat umum agar sebarang penghinaan, fitnah dan pembohongan terhadap badan penghakiman dikenakan tindakan berat. Jangan pilih bulu. Nurul berbuat kemudian atas arahan bapa beliau yang penjenayah seks. Ikut arahan memang sedap tanpa periksa implikasi undang-undang. Apabila berbuat ikut emosi dan hawa nafsu dan oenuh kesombongan, maka terima lah padah. Lepas ini Nurul tak perlu pegang lilin di luar penjara....Nurul boleh duduk dalam penjara. Kot-kot boleh minta sel penjara bersebelahan.....

    ReplyDelete