Showing posts with label hasutan. Show all posts
Showing posts with label hasutan. Show all posts

Sunday, 3 October 2021

Puak Kafir beramai ramai buat laporan Polis keatas Ustaz Syakir Nasoha yang dikatakan mengancam penganut agama lain melalui ceramah beliau

Acara : Laporan Polis keatas Ustaz Syakir Nasoha kerana dikatakan mengancam penganut agama lain melalui ceramah beliau

Lokasi : IPD Sentul, Kuala Lumpur

Tarikh : 3/10/2021


HEBAHAN MEDIA 

02 October 2021

Jemputan kepada semua rakan2 Editor /Wartawan media 

Tajuk 

 Laporan polis massa mengenai Ustaz Syakir Nasoha yang mengatakan bahawa penganut Hindu dan Buddha sedang menunggu untuk membunuh umat Islam di Malaysia.  Dia mewujudkan kerusuhan dan ketidakharmonian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

 * Tarikh: 03/10/2021 *

 * Tempat: IPD Sentul *

 * Masa: 1.00pm *

Harap maklum 

 PIC 

 YB.Ronnie

________________________________________________________________________________________________________

Video 1 - 3,000 laporan Polis dijangka akan dibuat diseluruh negara keatas Syakir Nasoha kerana dikatakan mengancam keselamatan penganut agama lain dalam ceramah beliau.


Video 2 - Kes Ustaz Syakir Nasoha - Pihak kafir kurang yakin pihak berkuasa mampu menguatkuasakan undang-undang kalau melibatkan pendakwah Islam yang menghina atau mengancam penganut atau agama lain. Walau pun sudah ditangkap keputusan akhir nya akan hanya NFA ( no further action)



______________________________________________________________________________________________________________

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Sunday, 3 December 2017

Najib Razak hasut rakyat "bertumpah darah" untuk selamatkan beliau?

Acara : Jelajah Semarak Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat (Parlimen Tambun)

Lokasi : Hadapan pejabat PPBM, Meru, Ipoh, Perak

Tarikh : 3/12/2017




Video 1 - Pengerusi PPBM Perak, Peja Azumu menafikan pandangan umum bahawa PPBM Perak kaku dibawah kepimpinan beliau..



Video 2 - Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mendesak PDRM melakukan siasatan keatas apa yang dikatakan hasutan oleh Najib Razak supaya rakyat terutamanya orang UMNO untuk bertumpah darah (blood shedding) untuk menyelamatkan UMNO / BN atau beliau sendiri ? Apa akan jadi jika HINDRAF, MIC dan MCA pun berakata benda yang sama ? Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.



#suasana360

********************************************************************************************************************************

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15


Saturday, 13 August 2016

Bunuh Melayu - Wira Perkasa desak pengesahan Amerika mengenai dakwaan Ketua Menteri Melaka

Acara : Penyerahan memorandum oleh Wira Perkasa kepada Kedutaan Amerika

Lokasi : Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur

Tarikh : 12/8/2016



Video 1 -  Wakil Wira PERKASA hari ini menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika bagi mendesak penjelasan mengenai dakwaan Ketua Menteri Melaka bahawa Amerika Syarikat sedang merancang untuk menyerang Malaysia dan membunuh orang Melayu.. Pagi tadi Wira PERKASA telah membuat satu laporan Polis mengenai isu yang berbangkit.

*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5


Wednesday, 20 July 2016

Anwar jadi saksi Tian Chua dalam kes hasutan

Acara : Perbicaraan hasutan Tian Chua

Lokasi : Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Tarikh : 20/7/2016


Percubaan mendapatkan foto imej terbaru Anwar Ibrahim hari ini gagal kerana beliau telah dibawa masuk melalui lorong dalam, tidak seperti biasa melalui lorong awam. Hari ini Anwar menjadi. dalam perbicaraan kes hasutan terhadap Tian Chua.. Seluruh keluarga Anwar turut hadir.

*************************************

Video 1 - Keadilan akan sokong parti baru Dr M sekiranya ia tidak bersekongkol dengan UMNO


********************************************************************************


1
 2
 3
Koperal Polis yang mengawal Holding Room Saksi meninjau situasi diluar
 4
 5
 6
Kagum sungguh Koperal Polis terhadap MB Selangor
7
 8
 9
 10
11
  12
Sempat Kak Wan mengusik... "Watch out he is from the other side....the very dark side".. Tak kan Kak Wan tak tau saya ni from the White Side (CANON) dan bukan nya the Dark Side (NIKON) .. hehe
 13
Sempat Kak Wan mengusik... "Watch out he is from the other side....the very dark side".. Tak kan Kak Wan tak tau saya ni from the White Side (CANON) dan bukan nya the Dark Side (NIKON) .. hehe
 14
 15
 16


Sunday, 12 April 2015

Musa Hassan anggap Tun M tidak menghasut tetapi cuma bertanya dan bukan menuduh

Lokasi : Shah Motel, Petaling Jaya, Selangor

Acara : Sidang media oleh Tan Sri Musa Hassan mengenai POTA (2015) anjuran
NGO, Malaysian Crime Care Community (MCC)

Tarikh : 9/4/2015


Rakyat Malaysia boleh mengkritik kerajaan kalau mereka rasakan kerajaan melakukan perkara yang tidak betul tetapi tidak lah sehingga menghasut orang ramai untuk membenci seseroang pemimpin atau kerajaan. Tan Sri Musa berpendapat bahawa Tun Dr Mahathir bukanlah 'political extremist' kerana teguran beliau tidak berbentuk hasutan dan hanyalah berbentuk pertanyaan untuk mendapatkan penerangan dari pihak kerajaan.

Dalam isu 1MDB kerajaan telah pun memberi jawapan bahawa auditor akan menyiasat , jadi kita tunggu lah untuk laporan auditor. Dalam polimik Sirul pula, Musa memberi nasihat untuk laporan Polis dibuat segera sekiranya ada bukti dan keterangan baru kerana kes tersibut telah pun disiasat rapi dan diputuskan oleh Mahkamah.

Dalam isu Altantuya, Tun Dr Mahathir tidak menuduh Najib terlibat tetapi beliau hanya meminta penjelasan. Oleh itu tidak timbul isu beliau menghasut sesiapa untuk menuduh Najib terlibat.






Friday, 3 April 2015

Nasib baik pejabat The Malaysian Insider tak kena bakar

Lokasi : Menara KLK, Mutiara Damansara, Selangor

Acara : Demonstrasi aman oleh Jaringan Melayu Malaysia bagi membantah
laporan The Malaysian Insider yangtidak benar mengenai keputusan Hudud
oleh Majls Raja Raja Melayu

Tarikh : 2/4/2015


Jaringan Melayu Malaysia menjadi NGO yang pertama membuat himpunan aman didepan pejabat The Malaysian Insider yang terletak di Mutiara Damansara sambil mendesak supaya tindakan diambil keatas jutawan Tong Kooi Ong pemilik The Malaysian Insider, The Edge dan BFM Radio.

Selepas Solat Jumaat pada 3/4/2015, kumpulan yang sama akan membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi keatas Tong Kooi Ong bagi membolehkan siasatan dibuat keatas beliau berkenaan kegiatan menghasut dan memfitnah  melalui ketiga tiga rangkaian syarikat media yang dimiliki beliau.

TMI dalam satu laporan yang siarkan pada 25 Mac lalu, mendakwa mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.

Terdahulu Pengarang Urusan Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa Melayu, Amin Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana, Zulkifli Sulong telah pun ditahan Polis setelah serbuan dibuat oleh pasukan dari SKMM pada petang 30/3/2015.




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 
 9
10
 11