Lokasi : Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Acara : Perhimpunan Perpaduan Melayu
Tarikh : 28/2/2015
Laporan penuh mengenai majlis ini boleh diperolehi di -
Pemerhatian saya :-
1. Kehadiran orang ramai memang jauh dari sasaran 20,000 orang. Dianggarkan sekitar 8,000-10,000 orang yang kebanyakan nya terdiri daripada mahasiswa dan penuntut IPTA sahaja yang berjaya dibawa ke majlis. Wakil Melayu pembangkang juga tidak kelihatan walaupun ada ura-ura penganjur akan menjemput mereka
2. Tidak kelihatan kelibat orang-orang lama yang biasa bergerak dijalanan bagi menuntut dan mempertahankan kepentingan Melayu kelihatan dalam kumpulan jemputan utama. Kemanakah pergi nya wakil-wakil NGO Melayu / Islam yang begitu lantang memperjuangkan hak Melayu ? Tidak kah mereka dijemput atau penganjur sendiri tidak mengenali mereka ?
3. Kemana kah pergi nya wakil PEKIDA, PERKASA, ISMA dan sebagai nya yang begitu sinonimos dengan perjuangan Melayu / Islam. Siapa pula penganjur ? Apa kuasa atau kemampuan mereka untuk menyatukan Melayu ??? Banyak persoalan yang ditimbulkan dikalangan kenalan wakil media yang saya sendiri tak terjawab.
4. Bagi saya penganjur harus membuktikan kewibawaan mereka dalam kerja-kerja NGO Melayu sebelum berangan besar untuk meraih populariti dengan majlis seperti ini. Perjalanan majlis lebih mirip kepada majlis anugerah yang biasa diadakan oleh stesen-stesen TV. Gimik-gimik hiburan yang tidak boleh diserap sebagai pengisian majlis PERPADUAN MELAYU.
5. Banyak wang dibelanjakan, tetapi rata-rata kami yang hadir pulang dengan tahap kesedaran dan keinsafan yang tidak berubah... tiada touch points yang memberi impact. Wakil media yang lain pun hanya fokus kepada ucapan Perdana Menteri sebagai matlamat tugasan mereka.
6. Bagi mahasiswa dan penuntut yang hadir mereka mungkin terhibur dengan 'time-out' hujung minggu, tetapi adakah mereka benar-benar faham isu semasa yang membelengu perpaduan Melayu ?
7. Bak kata seorang kenalan saya... sebusuk busuk nya jemput lah "Rani Kulup a.k.a Ayahanda Arka" baru lah nampak ada NGO Melayu / Islam yang diiktiraf penganjur.
8. Bagi saya penganjuran majlis ini tidak membawa sebarang 'practical sense' jika semua NGO Melayu yang sudah berpaksi lama tidak dihimpunkan dalam satu majlis walaupun hanya untuk seketika dan untuk bergambar saja. Majlis ini lebih kepada acara syok sendiri oleh penganjur yang mungkin mempunyai masalah 'networking' dengan NGO Melayu. Wallahualam...
Ikuti perbincangan di Facebook
Ikuti perbincangan di Facebook
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
Malis perhimounan pelajar pelajar kot bro... Apa pun ... Ok lah.....mereka ada budget besar... Ngo ngo kami ini ibarat hantu raya tak bertuan....kami pertahankan tanpa rasa takut bos marah bos tak suka sebalikknye kami buat ikhlas kerana bangsa dan agama ... Buatlah janji tujuan tetap sama... Mereka ada kabel yg lagi baik dari kami... Rezeki merekalah... Apa pun teruskan perjuangan demi islam melayu dan pertiwi
ReplyDeletekalau buat ikhlas,cakap pun misti dgn gaya yg ikhlas.bukan soal rezeki bukan soal kabel.
DeleteWalaupun aku tak hadhir dalam perhimpunan tersebut ,tapi hati aku tetap bersama mereka,sangat mengharapkan perpaduan orang Melayu dan Islam.Namun aku insafi bahawa ianya merupakan satu harapan yg amat sukar utk di capai,kerana masalah sikap umat Melayu itu sendiri.
ReplyDelete70% yang hadir adalah ahli PERKASA, 10% ahli PEKIDA, 10 % adalah ahli NGO Melayu yang lain. Kalau kita angkat bendera PERKASA dan PEKIDA, serta NGO lain, tuduh macam-macam pula.
ReplyDeleteWAAAAH KALAU BETUL PERKASA DIJEMPUT NAIK KAN SAJALAH BENDERA PERKASA. IPTA & AJENSI LAIN SEMUA PUN BAWA BANNER DAN BENDERA MASING MASING. NGAKU SAJALAH .. PERKASA DAN LAIN LAIN NGO TELAH DISISIHKAN OLEH PENGANJUR YANG TAKUT NGO LAIN CURI PERHATIAN PM . GILER GLEMER BTN DENGAN DR HASAN MAT TUH.
DeleteApahal Hishammuddin tak cium keris masa tu? Najib pula patutnya menyampaikan Tarian Singa bersama Rosmah, tanda 1Malaysia.
ReplyDeleteNgo2 tau dr hasan mad x blh percayai. Berangan nak jadi menteri. Dia hijack ide orang dan form mpm
ReplyDeleteGuna taktik ukec utk jadi payung pada ngo2 lain.
Mpm pun tak ada sangat ahli dan tak daftar pun!!!!
sikap begini lah slah satu punca Melayu tak akan bersatu.
DeleteCERITA HIJACK NI BUKAN CERITA BARU. KALAU KAKI TAK PERNAH TURUN KE PADANG MANALAH NAK TAU GAME TU CAM MANA. NAK MUDAH KERJA HIJACK JE LAH
DeleteWakil PPIM pun tak nampak muka.
ReplyDeleteKalau hidup kita tak ikut sunnah, mana bisa ujudnya keiklasan membuat sesuatu kerana Allah semata2. Tanpa nawaitu kerana Allah susah nak dapat Rahmat Allah utk perpaduan Melayu ataupun Islam
ReplyDeleteKalau buat pehimpunan melayu kemudian berpilih-pilih NGO melayu untuk turut serta, itu bukan perhimpunan perpaduan Melayu namanya.Begitu lah sebaliknya jika NGO Melayu yang dijemput tapi engan hadir akibat tidak sebulu dengan pihak-pihak tertentu dalam perhimpunan tersebut maka........belum lagi berjaya perhimpunan Melayu tersebut. Syabas NGO Cina yang dilihat berjaya menyatupadukan kaum mereka tanpa mengira fahaman politik,suku kaum,kedudukan dsbnya.
ReplyDeleteDEMA CENCEL DATANG BILA DAPAT TAU YG PM AH JIB GOR YG SELAMA INI BEGITU MENGECEWAKAN MEREKA TERUTAMA DALAM ISU ISA ,AKTA HASUTAN DAN ORDINAN DARURAT.MEMANG PATUT PUN DEMA BOIKOT,PATUT SANGAT!
ReplyDeleteOh Melayuku Oh Pemimpinku
ReplyDeleteMelayuku berseloka bersindir pun sudah
Kekecewaan diluah pelbagai arah
Hakikatnya faham sokongan dah lemah
Waima parah Pemimpinku tak kesah
Maklum pun tidak apa lagi nak bertindak
Melayuku kecewa bak air menggelodak
Pemimpinku tersengeh dibuai mimpi
Penasihat tersenyum fulus meningkat lagi
Melayukuku merintih setiap hari
Pemimpinku pekakkan telinga kanan dan kiri
Namun tak kesah tak pun dihirau
Seolah tidur hadhari terkena pukau
Melayuku berhimpun malam semalam
Pemimpinku perasan sokongan kuat
Yang hadir berhimpun kononnya puluhan ribu
Jutaan tak sokong ramailah sangat
7 amanat Pemimpinku untuk Melayuku
Agama, Raja dan maqasid syariah
Insan kukuh dan bangsa peneraju
Sifat mazmunah institusi keluarga indah
Memang melayuku perlu Pemimpinku
Malangnya indah khabar dari rupa
Alangkah baik dipraktik PM dahulu
Insyallah rakyat tak gundah gulana
Sesal dahulu selalunya pendapatan
Sesal kemudian huh...adious bye bye
Sombong bodoh jangan Pemimpinku amalkan
Melayuku tersungkor kampung tergadai
HIDUP MALAYSIA
HIDUP MMMY
Dalam pemikiran saya,penyatuan melayu amat rumit kerana perbezaan political philosophy,matalamat individu,berlainan pandangan dan latarbelakang.bagi saya,matalamat MPM semalam,kalau hanya dapat menengahkan 7 asas perpaduan yang disediakan oleh MPM untuk disuarakan oleh pemimpin negara semalam dan mendapat liputan yang meluas sudah mencukupi,sebagai asas permulaan untuk semua individu melayu,NGO melayu dan badan politik melayu untuk berbincang samaada ingin diperbaiki dan disetujui sebagai asas titik pertemuan.hendak bawa semua secara terbuka bukan mudah,disebabkan implications yang munkim timbul.setelah disetujui,tiap-tiap pemimpin melayu yang tidak menepati 7 asas itu patut ditolak,tidak kira dari mana badan NGO atau badan politik.saya sungguh berharap setiap melayu,sama ada cerdik pandai,media dll,to look at the substance rather than who leads the event or who attended the event or the form,even hanya 10 orang datang menghadirinya.
ReplyDeleteNik Mohd Amin
Via Whatsapp
Salam Dato' Nik. Saya rasa program ini seharusnya dijadikan all inclusive dan bukan nya exclusive event kalau niat nya
Deleteuntuk penyatuan dan perpaduan Melayu. 7 maqasid seharusnya dibentangkan kepada semua stakeholders dan dipersetujui sebelum di umumkan kepada dunia.
Biar lah ambil masa sedikit untuk mencapai kesepakatan semua daripada berbalah siapa yang layak dan tak layak berada dalam
'exclusivity' berdasarkan kemampuan kelompok NGO menerima dan mengaplikasikan ketujuh tujuh maqasid tersebut. Ini akan menyebabkan keadaan huru hara dan jurang yang bertambah luas antara kumpulan Melayu.
Memang senang kata tolak.. on paper... tetapi kalau dah mula tolak, akhirnya MPM akan berada dalam exclusive zone bersendirian
dengan tiada 'takers' kepada apa yang mereka tawarkan.... Apa saja yang kita ingin tawarkan kepada massa banyak bergantung kepada persepsi yang terbina daripada apa yang penawar paparkan... apa guna bikin program dalam skala besar jika ianya bukan bertujuan untuk buat 'wayang' ?
There must be an element of salesmanship walaupun dalam hal perpaduan. Sepuluh kali Perdana Menteri bercakap pasal Maqasid pun tidak akan membawa impak jikalau orang ramai tidak yakin dengan penganjuran program tersebut... Kita perlu ingat tiap tiap jemputan itu mempunyai followers mereka yang tersendiri. Penganjur seharusnya mengenali dan memberi pengiktirafan kepada ikon ikon sedia ada sebelum pengikut mereka pula tertarik dan menerima apa yang ingin disampaikan.
Dalam majlis semalam ada Menteri yang disuruh duduk dalam kelompok penonton di galeri atas dan bukan nya bersama jemputan kenamaan lain. Begitu lekeh dan tidak teliti pihak penganjur sehinggakan petugas tidak mengenali Menteri yang dijemput hadir. Wallahualam..
Matang Sdr Jinggo mengulas. Tahniah. Semoga istiqamah bersama perjuangan Jemaah NGO. Terbukti benar apa Sdr katakan selama ini. Tidak perlu menjadi ahli tapi roh perjuangan mesti ada pada setiap Melayu beragama Islam. Terima kasih bagi pihak semua NGO yang saling mengenali.
Delete...Birdman...
Perpaduan Melayu/Islam sudah menjadi wajib dalam keadaan sekarang. Dikala kutbah jumaat pun dimonitor dan dikritik oleh orang2 kafir(DAP), kita masih bertelagah. Kepada orang2 Melayu semua, usah dihirau pada PAS, usah dihirau pada PKR. Mereka hanya opputinist. Hudud yang PAS jajakan hanya untuk nyawa politik, untuk undi. Bukan mereka ikhlas pun. PKR hanya mempergunakan PAS dan DAP. Itu adalah realiti politik Melayu. Sebagai seorang Melayu/Muslim bersatulah dibawah UMNO parti terbesar orang2 Melayu/Islam. Tidak pun Melayu/Islam tergugat semasa UMNO kukuh dahulu. Tidak pun orang2 Cina melampau seperti sekarang.
ReplyDeleteYa kami setuju perpaduan itu wajib bagi umat Melayu. Tetapi kami tak mahu melihat opportunist yg cuba ambil kesempatan. Perpaduan boleh dicapai dengan perkingsian ikhlas. Berusaha lah mencari kefahaman dan kesepakatan dengan kelompok pejuang Melayu yg sedia ada kalau masih mahu jadi peneraju dalam gerakan perpaduan. Jangan pilih bulu dan sisih menyisih.
Deletetakkan macam tu ko kira pai 8000-10000 orang...alang2 nak kencing baik kata Ada 3.5 juta orang.....hahaha jangan marah nanti melayu tak bersatu....
ReplyDeleteKerajaan yang dibentuk mesti bertulang belakangkan Melayu. Jangan pilih pemimpin yang hobinya main belakang. Lagi bahaya jika pemimpin yang suka main depan belakang .
ReplyDeleteTengoklah semangat BERKOBAR kononnya masa perhimpunan agung UMNO yg. baru berlepas - lepas perhimpunan; habuk pun TAKDAK! Mana dia suara mahupun perjuangan ISLAM/MELAYU lantang jenerasi muda yg. sampai ada tak sabaq dah nak MERAMPAS kuasa dari yg. berusia - kononnya kita ni ketinggalan zaman?!
ReplyDeleteISLAM/umatnya di TANAH MELAYU pusaka nenek moyang kita ini serta diserata dunia terutamanya di Barat/ISrael masih diHINA, diPIJAK, diROMPAK dan diBUNUH dlm. GENOSID yg. terus meningkat! Bahkan baca saja Harian Metro; hampir harian ada terperinci umat Islam di Malaysia ni, termasuk pekerja asing ISLAM; disyaki MAJORITI mangsa kemalangan jlnraya/industri terutamanya akibat KECUAIAN dan KEBUASAN pemilik industri TAMAK/BONGKAK nak mampos! Mahupun, umat Islam/Melayu asyik terpaksa meminta sedekah sampai nak sekolah ada yg. tak mampu serta membiayai rawatan perubatan yg. makin MAHAL nak mampos - yg. herannya mana pi TABUNG BANTUAN PESAKIT MISKIN?!
Begitu juga anak-anak pelarian ISLAM terutamanya masyarakat ROHINGYA yg. tak diBENAQkan BERSEKOLAH - apahal susah sgt. nak beri kerakyatan pd. mereka sedgkan ISrael dan S'pura (juga India di masa hadapan , di Kashmir) boleh memberi BERJUTA Bukan Islam, kerakyatan dgn. amat mudah utk. MENGURANGkan jumlah umat Islam?! Sedgkan kalau mengikut keadilan dlm. ISLAM; kita harus membantu sesama ummah apalagi sbg. NEGARA ISLAM MERDEKA! Bahkan aku syaki si pelarian Myanmar yg. Bukan Islam makin diberikan kemudahan termasuk pekerjaan - lihat saja kedai-kedai di LRT atau sbg.pengawal keselamatan! Kem. Sumber Manusia-BANGANG tu harus diPANTAU kerana disyaki melakukan DISKRIMINASI pd.pelarian ISLAM!
Nek Tempoyak.
majlis tu macam syok sendiri je....tak de matlamat dan tak de halatuju...hanya laungan semata2. setuju dengan admin tiada pengisian...mungkin hayat DS najib di tampuk no 1 sudah tergugat...pendapat saya perpaduan orang melayu hanya boleh dilakukan di masjid secara berjemaah tanpa parti politik, tanpa pangkat, tanpa darjat
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteDATUK YIP KUM FOOK sangat jahat kerana menggunakan polis dan gangster untuk menghalau sami Buddha keluar dari kuil, memaksa semua sami Buddha keluar dari kuil secepat mungkin, dll.
Kemudian Sami Buddha perlu keluar dari Kuil kerana mereka atau pasukan DATUK YIP KUM FOOK kuat dan garang, beberapa sami perlu ke hotel untuk berehat, dan beberapa penganut membawa sami ke rumah mereka di Kepong Baru
Kalau ada yang tak percayakan kami, sila hubungi Ah Wah, Selayang...Bob Tan, Ah Chuah, dll.... adalah saksi kejadian pada hari tersebut.
Segala-galanya tidak akan dilupakan oleh penganut Buddha di Taman Desa Jaya, Kepong, dan kami akan menghantar maklumat ini kepada dunia Buddha(Buddhist) dan Dunia Buddha Sangha dan juga berkongsi di internet
Oleh Yap, Taman Desa Jaya, Kepong
Re- shared by Datuk Kim and Friends, Taman Desa Jaya…Kepong