Saturday 11 July 2015

Tun M diraikan kenalan rapat di hari lahir beliau

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Solat Isyak / Tarawikh dan Moreh

Tarikh : 10/7/2015


Petang tadi saya berbuka puasa dahulu di Majlis Iftar media di DBKL.. Selepas solat maghrib saya bergegas untuk bersolat Isyak dan Tarawikh bersama Tun Dr Mahathir dan tetamu beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana. Terdahulu selepas berbuka Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah telah diraikan di satu majlis menyambut hari lahir beliau yang ke-90.

Saya terpanggil untuk berkongsi dengan semua rakyat Malaysia rakaman kandid saat-saat kemesraan yang ditunjukkan Tun suami isteri bersama Tan Sri Hanapiah, rakan terapat mereka sebelum mereka semua berangkat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana.

Ini sedikit maklumat mengenai Tan Sri Hanapiah bin Hussain :-


  • dilahirkan pada 16/4/1927 di Yan, Kedah
  • anak Melayu pertama menjadic Chartered Accountant
  • Pengasas firma perakaunan yang pertama iaitu Hanapiah, Raslan, Mohamad & Partners
  • Pengarah Urusan LUTH yang pertama  (1964)
  • Pengerusi FAMA yang pertama (1965) 
Seperti rakan karib beliau, Tun Dr Mahathir , Tan Sri Hanapiah juga mempunyai pemikiran yang cerdas dan tajam.. a rarity amongst very senior citizens... Saya doa kan beliau sentiasa sihat sepanjang hayat..




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
8
 9
 10
 

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
27 
 28
 29
 30
 31
 32
33
 34
 35
 36
 37
 38
 39
 40
 41
 42
 43
 44


13 comments:

  1. Fantastic pictures! Terbaik. from ahmadt (pahit manis)

    ReplyDelete
  2. Thanx for the pictures posted,..

    ReplyDelete
  3. Abang Jinggo yang gambo no 3 tu

    Orang honcho bank ke?

    Heheh

    ReplyDelete
  4. Terharu dan Gembira melihat Ayahanda Tun Dan Ibunda Tun Siti...sihat dan gembira. How rakyat wish..Ayah Tun masih mentadbir tanah air tercinta ini...How I wish dapat bertemu Ayah Tun lagi...Alhamdulillah..dan Terimakasih banyak-banyak Ayah Tun dan Ibu Siti.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih saudara. Cantek.

    ReplyDelete

  6. Apabila pulang kampung atau berjumpa saudara mara pada hari raya ini maka topik perbualan yang diutamakan adalah menyebarkan pentingnya "Najib wajib letak jawatan!"

    Jika mereka bertanya kenapa?
    Maka jawablah; Najib sudah tidak layak mentadbir kerana pentadbirannya telah tercemar dengan pelbagai skandal, bala dan malapetaka yang menimpa rakyat dan negara Malaysia. Maruah agama dan bangsa kita tercabar, diperkotak katik oleh pemikiran liberal terlampau Najib!

    Sebagai contoh; GST, skandal 1MDB,Kenaikan harga barang, kawalan harga minyak yang membebankan dan menyusahkan malahan rakyat tidak boleh berbelanja (bukan sakan) seperti zaman Tun Mahathir. Bala dan malapetaka terlalu kerap dibawah pentadbiran Najib seperti Banjir, insiden lahad datu, kapalterbang terhempas dan sebagainya. Perlakuan dan tindak tanduk DS Rosmah menambahkan lagi pelbagai masalah bertingkat tingkat sebagai contoh, majlis perkahwinan anaknya, bunga hanya untuk yang terpilih, apa pula rakyat marhaen dapat faedahnya? Kenapa pula Najib membela dan menjaga hati kaum cina, mempersoalkan agama islam dan penyebaran agama evangalista yang tidak terkawal dan berleluasa? Kenapa ISA dihapuskan? Kenapa Najib perlu kowtim dengan singapura?

    Yakinkan mereka; bahawasanya rakyat hanya mahukan kepimpinan diubah dan bukan pula umno mahupun BN. Pengganti beliau tidak semestinya TS Muhyidin, terdapat ramai lagi calon yg berkelayakan. Pemberian BR1M tetap diteruskan tetapi diutamakan adalah kepada kaum melayu, bumiputra dan yang benar2 memerlukan.

    Yakinkan lagi kepada mereka; Bahawa yang utama adalah perjuangan, kepentingan alif ba ta dan maruah, perpaduan ummah dikalangan kaum melayu dan bumiputra terpelihara.

    Ingatlah Saudara dan saudariku,
    Sematkan dihati masing2 bahawasanya perjuangan kita bukanlah kerana ingin mendapatkan habuan dan laba , tetapi adalah ikhlas demi masa depan anak2 kita dan sudah pasti demi alif ba ta!

    Kepada bloger chai upahan ahjibgor,
    Bertaubatlah, kembalilah ke pangkal jalan tinggalkan ahjibgor tu, mohon maaf kepada Tun Mahathir dan seluroh rakyat marhaen malaysia.mohon maaf secara rambang di hari raya di blog masing2 , kosong2 dan sebagainya adalah tidak terpakai dan tidak di terima, kerana kamu diupah, dibayar untuk melindungi pemimpin yang tercalar, tidak bersih, tidak cekap dan tidak amanah!

    ReplyDelete
  7. Nicely taken pictures of TDM syabas. Now I can follow TDM here at yr blog tq.

    ReplyDelete