jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Lokasi : Dataran PPR Kg Baru Air Panas, Setapak, KL
Tarikh : 20/11/2016
Video 1 - Gotong royong untuk membersihkan kawasan kediaman bagi menghindarkan penyakit vektor yang dibawa oleh nyamok aedes dan juga penyakit yang dibawa oleh tikus dengan kerjasama Kemneterian Kesihatan Malaysia.
Video 2 - Himpunan BERSIH 5.0 adalah haram dan ahli UMNO yang terlibat samada dalam kumpulan baju kuning ataupun merah akan dikenakan tindakan jika terbukti mereka terlibat.
Acara : Majlis Pelancaran Rasmi Pertubuhan Perintis Malaysia (#MyPerintis)
Tarikh : 14/11/2015
Ikuti cerita sebenar mengapa Tun Dr Mahathir berjumpa dua kali dengan kumpulan G25 yang pada kali kedua nya mendapat komen negatif dan celaan oleh Taufik Tun Ismail.
Menurut Tun M, beberapa NGO Cina berjumpa beliau dengan tujuan hendak menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Najib Razak melalui protes jalanan. Tun M berpendapat bahawa sekiranya hanya NGO Cina sahaja yang terlibat, maka mudah lah bagi pihak yang menyokong Najib untuk mengeksploitkan protes tersebut menjadi isu perkauman seperti yang telah kita lihat dalam Himpunan Baju Merah.
Tun M berpendapat lagi baik sekiranya protes tersebut diwakili oleh pelbagai kaum. Dalam usaha mendapat pandangan orang ramai melalui NGO atau perkumpulan yang credible beliau telah berjumpa G25 sebanyak dua kali. Ikuti penerangan beliau.
Ini kenyataan dan pandangan rasmi Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agng UMNO dan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau hanya memberi sokongan dan kelulusan kepada Baju Merah untuk berhimpun di Padang Merbok dibawah slogan Himpunan Rakyat Bersatu.
SILA RUJUK DAN TONTON VIDEO DIBAWAH UNTUK KETEPATAN KANDUNGAN UCAPAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan Rabu lalu sebagai satu manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah dan kepimpinan negara daripada dikutuk dan dihina. Najib juga akui himpunan itu hanyalah himpunan untuk pertahankan dirinya yang kebelakangan ini dikutuk dari segenap penjuru alam.
Berucap ketika merasmikan Himpunan Silat PESAKA Merdeka 2015 Najib pada masa sama meyifatkan perhimpunan itu membawa mesej saling menghormati dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar...tak buat apa..tiga kali tampar..tak buat apa..tapi empat kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga.
"Orang Melayu boleh bangun bila maruah mereka tercalar, bila pemimpin dihina, dikutuk dan dipermalukan. Cukup jangan sesiapa ulang perbuatan durjana seperti ini," katanya.
Najib menegaskan walaupun orang Melayu mempunyai hak untuk marah susulan beberapa perhimpunan haram sebelum ini, namun masih mampu untuk berkumpul secara bertamadun.
Kata Najib, walaupun sebelumnya perhimpunan orang Melayu dimomokkan dengan kekecohan, namun perhimpunan tetap berlangsung aman.
"Tidak ada sepanduk yang menghasut kaum lain, ada tidak?"
"Ada tidak gambar keris berdarah? Ada tak gambar pemimpin pemimpin pembangkang yang kita pijak-pijak gambarnya? Tidak ada, tidak ada. Kita bukan orang yang buat himpunan atau demonstrasi jalanan," jelas Najib.
Najib dalam ucapannya turut mengingatkan bahawa kerajaan tidak akan boleh ditukar melalui demonstrasi jalanan.
Beliau turut menyeru seluruh masyarakat untuk tidak termakan 'racun' yang ditaburkan dari dalam dan luar, mahupun di alam maya yang mahu mengoncang kerajaan.
Turut hadir Pengerusi Pesaka, Tan Sri Ali Rustam, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.
Najib pada majlis itu turut mengisytiharkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara
*****************************************
PS - Dalam jarak masa selang sehari PESAKA telah berjaya menggembirakan PM Najib Razak dalam dua majlis perhimpunan besar melibatkan orang Melayu. Selain upah penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu, PESAKA juga mendapat pengiktirafan dan lain-lain bentuk ganjaran yang tidak diumumkan. Tahniah saya ucapkan kepada PESAKA. Terbukti melawan arus tidak mendatangkan untung apa-apa.
Kepada mereka-mereka yang masih melawan arus gunakanlah kesempatan dan masa berbaki yang masih ada sebelum PRU14, untuk mencari rezeki sambil menggembirakan dan menyakinkan PM Najib Razak bahawa beliau masih mendapat sokongan padu rakyat Malaysia. Ubah lah pendekatan kamu semua, jangan persia siakan baki masa yang masih ada. PM Najib Razak perlu di beri keyakinan bahawa keadaan persekitaran masih selamat .
Letak lah apa pun syarat dan harga sekalipun untuk khidmat anda asalkan jangan beri syarat untuk PM Najib Razak melepaskan jawatan, InsyaAllah saya yakin usul anda akan diberi pertimbangan.
Tahniah kepada Ali Rustam dan PESAKA kerana berjaya menganjur perhimpunan Melayu seragam (berbaju merah) terbesar yang pernah saya hadiri dalam tempoh 17 tahun sejak kebangkitan REFORMASI... Selama ini Anwar Ibrahim saja yang mampu menarik lautan manusia pelbagai kaum.
Tahniah juga kepada Annuar Musa kerana berani memberitahu dan menggembirakan PM Najib Razak bahawa 250,000 orang menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu ini (walaupun Padang Merbok sejak zaman REFORMASI hanya boleh memuatkan 50,000 orang sahaja)
Tahniah juga kepada kepada Jamal Md Yunos kerana berjaya menjadi nadi penggerak kepada perhimpunan ini walaupun berlainan slogan.
Tahniah juga kepada kumpulan Melayu berbaju merah yang berjaya menunjuk taring harimau Melayu di kawasan kommersial Jalan Petaling. Pasti nya peniaga-peniaga Cina rasis dan chauvanist berfahaman DAP kecut telor melihat kehebatan dan keberanian pendekar Melayu bertempur dengan pihak FRU selama hampir 2 jam.
Tahniah juga kepada PDRM kerana berjaya menghalang para demonstran berbaju merah dari memasuki kawasan Plaza Low Yatt dan seterusnya menghalang mereka dari menerjah masuk kedalam Petaling Street.
Tahniah ! Tahniah ! Tahniah ! Melayu sudah bangkit.... Hidup Melayu ! Hidup Melayu ! Hidup Melayu !
Tetapi......
BOTTOMLINE....matlamat Himpunan Rakyat Bersatu gagal dari segi jumlah peserta.. Walau sejuta orang UMNO atau penyokong UMNO berbaju merah yang berarak ala-ala demonstran BERSIH 4.0 sekalipun, kurang 50,000 orang sahaja yang berjaya hadir di Padang Merbok. Komposisi yang hadir pun hampir 100% Melayu, Mamak, Jawa dan seangkatan nya yang beragama Islam.. Mana perginya rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India bukan Islam ? Bersatu kah rakyat Malaysia jika mereka tidak terlibat sama ?.. Tiada kah usaha untuk menarik mereka ? Atau mereka telah ditakut takutkan dengan pelbagai kenyataan yang berbaur ugutan dan ancaman
BOTTOMLINE .... Perkiraan kejayaan penganjuran hanya diambil kira di Padang Merbok. Sekiranya peserta tersasar ketempat lain untuk bershopping , makan atau bertempur dengan FRU, itu amat dikesali dan terpaksa diterima oleh penganjur bahawa mereka tidak termasuk dalam jumlah yang hadir di HIMPUNAN RAKYAT BERSATU.. Permit himpunan hanya untuk lokasi di Padang Merbok, bukan di Jalan Conlay, bukan di PWTC, bukan di Masjid Negara bukan di Masjid Wilayah dan bukan nya di Petaling Street.
Saya ulangi kenyataan saya yang terdahulu, mengapa tidak diusahakan hantar jumlah yang diperlukan untuk memenuhi Padang Merbok terus dengan bas dan selebihnya boleh lah berarak sekeling Kuala Lumpur kalau teringin sangat nak tiru apa yang BERSIH 4.0 sudah lakukan.
BOTTOMLINE .... Adakah penganjuran HIMPUNAN RAKYAT BERSATU ini meletakkan Melayu dan kerajaan yang disokong on a higher moral ground ?. Mereka kata BERSIH 4.0 salah, haram dan sebagai nya... Tetapi dengan perarakan provokasi melintasi kawasan perniagaan Bukit Bintang dan Petaling Street menunjukkan mereka tidak lebih daripada meniru apa yang BERSIH 4.0 buat.. Rupa-rupanya mereka ini mencemburi dan teringin sangat nak berarak seperti BERSIH 4.0. Apa kata sekiranya BERSIH 4.0 didaftarkan dan memohon untuk menganjur perhimpunan yang sama dan berarak ala-ala baju merah ? Dimana pihak berkuasa nak letak muka ?
Saya bukan bantah usaha menyatu dan membangkitkan semangat Melayu, tetapi usaha tersebut jangan lah seperti 'Mengata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih' . Lain kali buat saja di Stadium Bukit Jalil. Bayang kan kalau seratus ribu peserta baju merah memenuhi stadium tersebut.
Penganjur sepatut nya bantu Melayu dan kerajaan membuktikan mereka lebih BAIK dan bukannya lebih HEBAT dari BERSIH 4.0.. Peluang sudah terlepas, banyak wang sudah dibelanjakan... hanya PM Najib Razak sahaja yang berjaya digembirakan. Tetapi kalau itu lah matlamat nya saya tutup entry in dengan ucapan TAHNIAH sekali lagi.
Ini kenyataan rasmi IPKL, bukan kenyataan saya
IPKL teah menghantar pembetulan selepas kenyataan diatas. Polis KL menganggarkan seramai 50,000 orang peserta menyertai perhimpunan secara keseluruhan nya. Jumlah awal yang diberi adalah untuk jumlah yang hadir di Padang Merbok sahaja
Acara : Sidang media PESAKA mengenai "Himpunan Rakyat Bersatu"
Tarikh : 12/9/2015
Ringkasan kenyataan Ali Rustam
1. Himpunan Rakyat Bersatu pada 16/9/2015 belum mendapat sebarang persetujuan dari DBKL untuk menggunakan Padang Merbuk sebagai venue perhimpunan. Permohonan telah dibuat pada 8/9/2015
2. Jemputan juga dihntar kepada UMNO dan PAS untuk menyertai Perhimpunan yang bertujuan untuk perpaduan, keamanan dan mempertahankan prinsip Rukun Negara.
3. Sejak kebelakangan ini ada pihak pihak yang sudah mula menghina prinsip-prinsip Rukun Negara. PESAKA rasa terhina dengan perbuatan perbuatan penghinaan ini setelah pelbagai laporan Polis dan kenyataan media dibuat. Apakah orang silat hanya bertanding silat dan memerhati sahaja apabila pemimpin-pemimpin negara dihina dengan memijak gambar mereka. Mengapa perlu tumbangkan kerajaan melalui gerakan jalanan. Gunakanlah peti undi dibawah sistem demokrasi.
4. Program perhimpunan aman ini akan diisi dengan ucapan-ucapan dari pemimpin-pemimpin
5. PESAKA akan hanya menjadi penganjur rasmi sekiranya mendapat permit untuk menganjurkan perhimpunan ini. Jika tidak mereka akan menarik diri.
6. PESAKA rasa maruah mereka sudah tercabar apabila pihak BERSIH dengan angkuhnya telah mengadakan perhimpunan haram berulang kali.
7. PESAKA hanya bertanggungjawab keatas perhimpunan dan apa yang berlaku di Padang Merbuk. Mereka tidak terlibat dalam perarakan Baju Merah yang membawa slogan Kebangkitan Maruah Melayu.
8. Tiada T-shirt diedarkan dan peserta bebas memakai apa saja warna yang menjadi pilihan.
9. Perhimpunan ini tidak terhad kepada Melayu sahaja dan semua warga Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan dijemput hadir.
TERBARU SUA PERKASA baru sahaja memaklumkan bahawa PERKASA telah menerima jemputan dari PESAKA pada awal pagi tadi dan mengesahkan bahawa ahli-ahli PERKASA dibenarkan menghadiri perhimpunan di Padang Merbuk dengan memakai baju PERKASA. Mereka yang ingin menyertai perarakan baju merah dari Bukit Bintang tidak dibenarkan memakai baju PERKASA .. NOT SANCTIONED
Video kenyataan penuh Presiden PESAKA pada sidang sidang media