Acara : Majlis Penyerahan Kunci (RUMAWIP) Residensi Rampai
Lokasi : Residensi Rampai, Taman Seri Ramapi, Kuala Lumpur
Taruikh : 16/11/2016
Video 1 - Menteri WP minta semua pihak yang ingin berhimpun hujung minggu ini supaya bertindak secara rasional samada kumpulan BERSIH 5.0 mahupun kumpulan baju merah atau pun kumpulan mana mana sekalipun yang teringin hendak berhimpun.
Yang pasti DBKL tidak akan membenarkan Dataran Merdeka digunakan oleh mana mana pihak sekalipun. Begitu juga dengan Padang Merbok yang akan dibaik pulih untuk kegunaan sukan Rugby.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO mengesahkan bahawa UMNO tidak terlibat didalam penajaan atau memberi galakan kepada mana mana kumpulan yang menentang BERSIH 5.0.
Jika ada mana mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan semasa Himpunan hujung minggu ini, mereka akan berdepan dengan tindakan pihak berkuasa tanpa sebarang campurtangan pengurusan UMNO.
Mengenai dakwaan BERSIH bahawa pilihanraya umum dijalankan secara tidak adil dan bersih, Ku Nan menyanggah dan bertanya bagaimana pula pihak pembangkang dapat memenangi hampir 80 kerusi Parlimen sekiranya PRU itu tidak dijalankan secara telus dan bersih ...
*********************************************************************************
Terdahulu Tengku Adnan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci kepada 161 orang pembeli Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) Residensi Rampai.
Unit unit yang berkeluasan 850 kaki persegi dijual pada harga RM299,999 seunit lengkap dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air Residensi Rampai telah berjaya disiapkan 7 bulan lebih awal dari jadual yang dirancang.
Residensi Rampai ini adalah usahasama antara DBKL dengan pemaju Pancaran Nilai Sdn Bhd. Ianya dibangunkan diatas tapak seluas 1.84 ekar meliputi 1 blok 21 tingkat dengan kapasiti 322 unit dimana 161 unit daripanya adalah adalah RUMAWIP
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
No comments:
Post a Comment