Showing posts with label perumahan awam. Show all posts
Showing posts with label perumahan awam. Show all posts

Friday, 18 November 2016

BERSIH 5.0 - Dataran Merdeka dan Padang Merbok off limits

Acara : Majlis Penyerahan Kunci (RUMAWIP) Residensi Rampai

Lokasi : Residensi Rampai, Taman Seri Ramapi, Kuala Lumpur

Taruikh : 16/11/2016



Video 1 -  Menteri WP minta semua pihak yang ingin berhimpun hujung minggu ini supaya bertindak secara rasional samada kumpulan BERSIH 5.0 mahupun kumpulan baju merah atau pun kumpulan mana mana sekalipun yang teringin hendak berhimpun.

Yang pasti DBKL tidak akan membenarkan Dataran Merdeka digunakan oleh mana mana pihak sekalipun. Begitu juga dengan Padang Merbok yang akan dibaik pulih untuk kegunaan sukan Rugby.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO mengesahkan bahawa UMNO tidak terlibat didalam penajaan atau memberi galakan kepada mana mana kumpulan yang menentang BERSIH 5.0.

Jika ada mana mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan semasa Himpunan hujung minggu ini, mereka akan berdepan dengan tindakan pihak berkuasa tanpa sebarang campurtangan pengurusan UMNO.

Mengenai dakwaan BERSIH bahawa pilihanraya umum dijalankan secara tidak adil dan bersih, Ku Nan menyanggah dan bertanya bagaimana pula pihak pembangkang dapat memenangi hampir 80 kerusi Parlimen sekiranya PRU itu tidak dijalankan secara telus dan bersih ...



*********************************************************************************

Terdahulu Tengku Adnan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci kepada 161 orang pembeli Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) Residensi Rampai.

 Unit unit yang berkeluasan 850 kaki persegi dijual pada harga RM299,999 seunit lengkap dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air Residensi Rampai telah berjaya disiapkan 7 bulan lebih awal dari jadual yang dirancang.

Residensi Rampai ini adalah usahasama antara DBKL dengan pemaju Pancaran Nilai Sdn Bhd. Ianya dibangunkan diatas tapak seluas 1.84 ekar meliputi 1 blok 21 tingkat dengan kapasiti 322 unit dimana 161 unit daripanya adalah adalah RUMAWIP

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
8
 9
 10
 11




Wednesday, 2 December 2015

Pemaju perguna Ahli Parlimen untuk bantah projek perumahan DBKL

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Perasmian Konvensyen Kebangsaan
KESEJAHTERAAN SOSIAL KOMUNITI BANDAR  :
KE ARAH PENGUKUHAN AGENDA BERPAKSIKAN RAKYAT



Ada pemaju perumahan menjadi dalang yang mempergunakan Ahli Parlimen untuk bantah projek perumahan yang dijual pada harga yang rendah demi rakyat.




Wednesday, 29 January 2014

DBKL ada skim untuk penyewa sukar bayar

Lokasi : Institut Latihan DBKL, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Penyampaian Sumbangan kepada
1. Surau Perumahan Awam dan PPR DBKL
2. Skim Bantuan Sewa Rumah (Perumahan Awam dan PPR)

Tarikh : 28/1/2014


DBKL telah memperkenalkan Skim Bantuan Sewa Rumah / Tunggakan PPR / RA DBKL sebagai salah satu inisiatif untuk membantu golongan miskin yang tidak mampu membayar sewa rumah dan mempunyai tunggakan sewa yang tinggi.

Dana bagi Skim Bantuan Sewa Rumah ini berjumlah RM17.33 juta iaitu 10% daripada hasil jualan Perumahan Awam / PPR MTEN. Sejak ianya dilancarkan  pada Jun 2012 seramai 1,644 orang telah layak untuk menerima bantuan dibawah Skim tersebut. Ianya melibatkan perbelanjaan berjumlah RM4.25 juta.

Hari ini seramai 350 orang terdiri daripada golongan ibu tunggal, keluarga berpendapatan rendah, warga emas dll menerima surat pengesahan penerimaan skim bantuan sewa rumah ini.

Tengku Adnan turut juga menyampaikan bantuan kepada 57 surau Perumahan Awam dan PPR DBKL untuk memperkasakan penganjuran program-program dan aktiviti berbentuk kesedaran kepada golongan sasar seperti golongan remaja di komuniti sekitar surau terbabit.



 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10