Showing posts with label syed saddiq. Show all posts
Showing posts with label syed saddiq. Show all posts

Wednesday, 21 July 2021

Syed Saddiq adalah seorang tokoh muda yang berprinsip, berintegriti, anti rasuah serta jatidiri yang amat rendah diri



BERANI KERANA BENAR YB SYED SADDIQ!!


Saya doakan YB Syed Saddiq akan dipelihara oleh Allah SWT dan menghindarkan beliau dari segala bentuk fitnah oleh kalangan tertentu yang gagal untuk memaksanya menyokong mereka.


YB Syed Saddiq adalah seorang tokoh muda yang berpotensi dan disebabkan oleh prinsipnya yang tidak mahu memihak kepada segala bentuk salah-laku maka satu gerak-kerja untuk membunuh kareer politiknya sedang dijalankan oleh kerajaan ‘tebuk atap’ PN.


Adalah diharapkan YB Syed Saddiq akan kental menghadapi fitnah ini dan sama sekali tidak akan tunduk pada sebarang tekanan yang sedang dilalui olehnya masakini.


Pada tahun 2016 di zaman kerajaan kleptokrasi saya juga telah dianiayai serta difitnah oleh mereka namun tetap kental dengan prinsip tidak menggadai maruah diri bagi menyebelahi para pengkhianat negara.


Sebagai orang pertama di negara kita yang didakwa bawah Akta SOSMA di mana saya ditahan dalam lokap serta penjara Sg Buloh selama dua bulan setengah; akhirnya kerana berada di pihak yang benar Allah SWT tetap memelihara kesejahteraan  seterusnya dibebaskan dari penjara sg buloh oleh mahkamah.


Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Adil. Saya amat yakin Allah swt akan membela serta memelihara YB Syed Saddiq dari bahana fitnah ini.


Sesungguhnya, saya ingin nasihati YB Syed Saddiq agar tidak berganjak dan jangan sama sekali tunduk pada kerajaan ‘tebuk atap’ PN walau apa sekalipun mereka bakal menganiayai beliau.


‘Berani kerana benar!!’ YB Syed Saddiq harus berpegang erat kepada pepatah ini!! Beliau akan dipandang mulia oleh keseluruhan rakyat di tanahair kita.


Saya amat mengenali YB Syed Saddiq dari zaman kami tubuh Deklarasi Rakyat sehinggalah tertubuhnya parti PPBM sebelum PRU14.


Bagi saya YB Syed Saddiq adalah seorang tokoh muda yang berprinsip, berintegriti, anti rasuah serta jatidiri yang amat rendah diri.


Keseluruhan rakyat ingin melihat YB Syed Saddiq melangkah masuk ke kamar mahkamah atas dasar kebenaran serta Insya-Allah bakal terlepas dari dugaan fitnah ini dalam masa terdekat. Ameen!!


HIDUP YB SYED SADDIQ!!


Yang Ikhlas,

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan

21 Julai 2021

Monday, 21 September 2020

Lagi laporan Polis keatas Syed Saddiq berkaitan dana belia semasa menjadi Menteri KBS

 Acara : Laporan Polis keatas Syed Saddiq yang dikatakan menyalah guna dana peruntukan semasa menjadi Menteri KBS

Lokasi : Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, Selangor

Tarikh : 21/9/2020



1
2

Saturday, 13 January 2018

Bicara Wawasan 2020 gagal tarik penonton di Cyberjaya

Acara : Bicara Wawasan 2020

Lokasi : Starsbury Asteria, Cyberjaya

Tarikh : 13/1/2018





Rata rata yang diminta pandangan mengatakan pilihan lokasi di Cyberjaya tidak berapa sesuai untuk program yang ditujukan kepada kelompok ramai.. tidak sampai 200 orang mengikut kiraan kasar yang hadir dalam dewan yang boleh memuatkan 1,000 secara selesa. Selain Dr Mahathir dua anggota panelis yang hadir memberi banyak input yang berkaitan pengalaman mereka dengan Wawasan 2020


#video360



#suasana360



******************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15


Sunday, 27 August 2017

Majlis Makan Malam Kumpul Dana ARMADA - koleksi foto & videos

Acara : Jamuan Makan Malam Kumpul Dana ARMADA PPBM

Lokasi : Restoran Nelayan Titiwangsa Gombak

Tarikh : 27/8/2017



Video 1 - Amanat dr Mahathir kepada orang muda ARMADA pelapis kepimpinan PPBM


Video 2 - Ucapan oelh Ketua ARMADA, Syed Saddiq Abdul Rahman


Video 3 - Mengenai inisiatif Bicara Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh ARMADA


Video 4 - Sistem demokrasi yang dipilih negara ini tidak menjamin rakyat terselamat dari pemimpin KLEPTOKRAT


Video 5 - Tanpa undi pos , Najib Razak sudah kalah pada PRU13 setelah menang kurang dari 1,000 undi pada PRU12


Video  6 - Dr Mahathir menjawab soalan mengenai usaha terbaru untuk 'menghilangkan' beliau dari sejarah Malaysia..


#suasana360 


*********************************************************************************
1
  2
 3