Thursday 8 February 2018

IGP mungkiri temujanji, Tamrin kecewa kes siasatan skandal KP SKMM tergantung

Acara : Sidang media Tamrin Tun Ghafar mengenai skandal Ketua Pengarah SPRM

Lokasi : Hadapan Ibupejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur

Tarikh : 8/2/2018 @ 545 pm



Sedutan dari nukilan Tamrin Tun Ghafar dalam peranti Whatsapp

SKANDAL  KP  SPRM - MENGAPA IGP  LARI

Tamrin Tun Ghafar
Khamis  08/02/18

Sehari selepas saya meminta bersemuka dengan Tan Sri Fuzi  Harun, IGP saya terima panggilan dari Pengarah CID PDRM memaklumkan IGP bersetuju jumpa saya hari ini Khamis 08/02/18 jam 5 petang

Masa dan tarikh perjumpaan ditetapkan sendiri oleh IGP selepas saya sendiri menghantar surat  tersebut melalui Pos Laju dan Dengan Tangan

Saya dan dua rakan yang turut hadir, Zaid Md. Arip dan blogger Shabuddin Husin amat terkilan dan kecewa apabila dimaklumkan IGP menghadiri Perjumpaan WORLD URBAN FORUM diKL

Persedian Forum tersebut yang disertai kira 25,000 peserta  telah diatur kira2 3 bulan lepas

Tak masuk akal jemputan kepada IGP dibuat hanya pagi tadi sahaja

Perjumpaan hari ini 
dipengurusikan oleh Datuk Sri Wan Najmuddin Ahmad , Pengarah CID . Turut hadir tiga Pegawai Tinggi PDRM

Yang jelas kami telah diberitahu PDRM  TIDAK pernah mengambil keterangan  KP SPRM  walaupun IGP sendiri telah mengesahkan  beberapa bulan lepas Polis akan menggambil keterangan dari beliau

Pengakuan Polis kepada kami  hari ini  AMAT MEMERANJATKAN SEKALI 

Saya akan tulis sekali lagi meminta perjumpaan diantara saya dan IGP diadakan dalam masa terdekat

SEMOGA  KALI  INI 
TAN  SRI MUHAMMAD  FUZI 
HARUN   BOLEH BERSIKAP
LEBIH  GENTLEMAN  BAGI  KAMI   MENDAPAT  PENJELASAN  YANG  LEBIH  JELAS


Video rakaman perckapan Ghafar Tun Ghafar selepas bertemu Ketua CID PDRM



**************************************************************************************************************************************************
1
 2



No comments:

Post a Comment