Showing posts with label igp. Show all posts
Showing posts with label igp. Show all posts

Thursday, 1 April 2021

Dakwaan salahlaku Pegawai Polis IPD Kuala Langat dibawa ke pengetahuan Ketua Polis Negara

 

 Acara : Sidang media oleh Sivanesan Tanggavelu selepas menyerahkan memerandum kepada Ketua Polis Negara

Lokasi : Berhadapan Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur

Tarikh : 1/4/2021


Salam sejahtera dan salam satu malaysia . Saya akan mengadakan satu SIDANG MEDIA BERTAJUK SEGELINTIR PEGAWAI POLIS IPD KUALA LANGGAT BERSEKONGKOL DAN MELINDUNGGI SEORANG BERGELAR DATO KETUA KONGSI GELAP GENG 04 BANTING MENJALANKAN AKTIVITI HARAM DI TANAH PERKUBURAN HINDU JUGRA BANTING DAN MANGSA KEJADIAN TELAH DI UGUT OLEH PEGAWAI IPD KUALA LANGGAT MENGENAI KEJADIAN INI KAMI MEMBUAT KEPUTUSAN UTUK MENYERAH SATU MEMORANDUM BERTUJU KEPADA KETUA POLIS NEGARA. KAMI JUGA SERTAKAN KRONOLOGI MANGSA DALAM MEMORANDUM TERSEBUT. SUPAYA KETUA POLIS NEGARA MENEGAKAN KEBENARAN DALAM KES INI DEMI KEAMANAN NEGARA DAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA. * TIADE TINDAKAN DI AMBIL ATAS KES BAKAR KERETA. * MELINDUNGGI ORANG BERGELAR DATO DARI SEMUA KES JENAYAH * PEGAWAI POLIS MERANCANG DAN MENGHASUT ORANG BERGELAR DATO UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP SE SE ORANG DENGAN NIAT JAHAT ATAS SEBAB BALAS DENDAM TERHADAP ORANG YANG MENDEDAHKAN SALAH LAKU PEGAWAI POLIS IPD KUALA LANGAT KEPADA PIHAK JIPS BUKIT AMAN. * MENANGKAP DAN MENGGUT ORANG YANG MENGADU SALAH LAKU PEGAWAI POLIS IPD KUALA LANGAT KEPADA JIPS BUKIT AMAN. * MENGAMBIL UNDANG2 DI TANGAN . * PEGAWAI POLIS MENGANCAM DAN MENGUGUT SEHINGA MENYEBABKAN SERANGAN JANTUNG. ☆DAN SEBAGAINYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH RUJUK KRONOLOGI MANGSA HARI ESOK KITA AKAN EDARKAN. MEDIA DI MINTA JEMPUT HADIR DAN SAYA MEMOHON JASAK BAIK RAKAN MEDIA TOLONG SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA RAKAN MEDIA LAIN. TERIMAH KASIH ATAS KERJASAMA PIHAK TUAN KITA BERSAMA-SAMA BANTERAS JENAYAH DAN MENEGAKAN KEBENARAN DAN KEADILAN DEMI KEAMANAN DAN SEJAHTERAAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA . PADA : 01/04/2021 MASA : 11.00 PAGI TEMPAT : IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN. PENGANJUR: PARTI RAKYAT MALAYSIA/ PERTUBUHAN ORGANISASI KEBAJIKAN RAKYAT MALAYSIA. UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGGI MR.MIKE 0176570183 MR. IVANL 0166641581 SEKIAN TERIMAH KASIH.



1

Dari kiri ke kanan - Manikavasagam, Naib Presiden PRM dan bekas MP Kapar (PKR), pengadu Sivanesan Tanggavelu, Setiausaha Agung PRM Koh Swe Yong dan Ahmad Jufliz Faiza, Naib Presiden PRM.

2
3
4
5
6


Thursday, 8 February 2018

IGP mungkiri temujanji, Tamrin kecewa kes siasatan skandal KP SKMM tergantung

Acara : Sidang media Tamrin Tun Ghafar mengenai skandal Ketua Pengarah SPRM

Lokasi : Hadapan Ibupejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur

Tarikh : 8/2/2018 @ 545 pm



Sedutan dari nukilan Tamrin Tun Ghafar dalam peranti Whatsapp

SKANDAL  KP  SPRM - MENGAPA IGP  LARI

Tamrin Tun Ghafar
Khamis  08/02/18

Sehari selepas saya meminta bersemuka dengan Tan Sri Fuzi  Harun, IGP saya terima panggilan dari Pengarah CID PDRM memaklumkan IGP bersetuju jumpa saya hari ini Khamis 08/02/18 jam 5 petang

Masa dan tarikh perjumpaan ditetapkan sendiri oleh IGP selepas saya sendiri menghantar surat  tersebut melalui Pos Laju dan Dengan Tangan

Saya dan dua rakan yang turut hadir, Zaid Md. Arip dan blogger Shabuddin Husin amat terkilan dan kecewa apabila dimaklumkan IGP menghadiri Perjumpaan WORLD URBAN FORUM diKL

Persedian Forum tersebut yang disertai kira 25,000 peserta  telah diatur kira2 3 bulan lepas

Tak masuk akal jemputan kepada IGP dibuat hanya pagi tadi sahaja

Perjumpaan hari ini 
dipengurusikan oleh Datuk Sri Wan Najmuddin Ahmad , Pengarah CID . Turut hadir tiga Pegawai Tinggi PDRM

Yang jelas kami telah diberitahu PDRM  TIDAK pernah mengambil keterangan  KP SPRM  walaupun IGP sendiri telah mengesahkan  beberapa bulan lepas Polis akan menggambil keterangan dari beliau

Pengakuan Polis kepada kami  hari ini  AMAT MEMERANJATKAN SEKALI 

Saya akan tulis sekali lagi meminta perjumpaan diantara saya dan IGP diadakan dalam masa terdekat

SEMOGA  KALI  INI 
TAN  SRI MUHAMMAD  FUZI 
HARUN   BOLEH BERSIKAP
LEBIH  GENTLEMAN  BAGI  KAMI   MENDAPAT  PENJELASAN  YANG  LEBIH  JELAS


Video rakaman perckapan Ghafar Tun Ghafar selepas bertemu Ketua CID PDRM



**************************************************************************************************************************************************
1
 2



Monday, 4 September 2017

Perlantikan Ketua Polis Negara - Fuzi Harun "langkah bendul"

Acara : Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara (KPN)

Lokasi : Dewan Banquet Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, KL

Tarikh : 4/9/2017


Secara konvensyen atau tradisi PDRM, Timbalan KPN akan dilantik secara otomatik menggantikan KPN yang bersara... orang yang sepatutnya menjadi calon ialah Timbalan KPN, Noor Rashid Ibrahim yang telah memegang jawatan tersebut sejak 3/12/2014 . Sebelum itu beliau merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)

Video 1 - Suruhanjaya Pasukan Polis telah memutuskan :-
  • melantik Mohamad Fuzi Harun menggantikan Khalid Abu Bakar sebagai KPN yang baru
  • mengekalkan Noor Rashid Ibrahim sebagai Timbalan KPN serta dinaikkan gred ke Turus 3
  • melantik Pesuruhjaya Polis Mohd Mokhtar Mohd Shariff sebagai Pengarah SB yang baru menggantikan Mohamad Fuzi

Video 2 - Khalid Abu Bakar luar biasa kesetiaan nya 


Video 3 - Kemungkinan penekanan terhadap anti keganasan dan anti terorism menjadi kriteria utama dalam perlantikan Ketua Polis Negara yang baru


Video 4 - Khalid Abu Bakar berterima kasih kepada pihak media yang telah memberi kerjasama kepada PDRM semasa beliau menjadi KPN


Video 5 - Mohamad Fuzi pun tidak sangka dilantik menjadi KPN yang baru dan hanya mengetahuinya sebelah pagi sebelum beliau menghadiri majlis ini. 



KPN
IG Dato' Seri Mohamad Fuzi Bin Harun

T/KPN
DIG Tan Sri Dato Sri Noor Rashid Bin Ibrahim

Pengarah Cwgn Khas
CP Dato Seri Mokhtar Bin  Mohd Shariff

Pengarah Jabatan Pengurusan
CP Dato Sri Ghafar Bin Rajab

Pengarah JSJK
CP Dato Acryl Sani Bin Hj Abdullah Sani

Pengarah JSJN
CP Datuk Seri Mohmad Bin Salleh

Pengarah JSJ
CP Dato Sri Wan Ahmad Najmuddin Bin Mohd

Pengarah JPJKK
CP Dato Tajudin Bin Md Isa

Pengarah JKDNKA
CP Dato Sri Zulkifli Bin Abdullah

Pengarah JIPS
CP Dato Sri Abd Rahim Bin Hj Hanafi

Pengarah START
CP Dato Abd Manan Bin Mhd Hassan

Pengarah JSPT
SAC Sharul Othman Bin Mansor

Tertakluk kepada perubahan semasa

*****************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
7
 8
9
 10

Saturday, 28 March 2015

Jangan takut dengan Polis jika tidak buat salah dan onar

Lokasi : Padang Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur


Tarikh : 25/3/2015


PDRM adalah satu penguatkuasa yang 'degil dan keras hati'... Mereka tidak dengar arahan sesiapa walau Menteri KDN sekalipun  dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang yang telah digubal.

Menurut Khalid PDRM tidak memihak kepada sesiapa dalam menguatkuasakan undang-undang. Pihak yang berkeras mengtakan PDRM berat sebelah adalah pihak pembangkang yang sentiasa membuat kacau dan onar. Jadi mereka lah yang sentiasa diberi perhatian oleh PDRM..

P.S - Perhatikan saja permintaan Nurul Izzah dalam Parlimen... minta kurang kan jumlah anggota Special Branch, tambah Pegawai Penyiasat di Balai-balai Polis supaya senang memproses mereka yang ditahan dengan cepat. Struktur PDRM hendak lah mesra pihak pembangkang.






Gerakan rakyat hilang fokus, Anwar sudah tidak relevan ?

Lokasi : Air Terjun depan Dataran DBKL dipersimpangan Jalan TAR dan Tun Perak

Acara : Perkhemahan seminggu mendesak perletakan jawatan Ketua Polis Negara

Tarikh : 27/3/2015


Perkhemahan bermula dari hari Sabtu lepas dengan tujuan mendesak perletakan jawatan oleh TS Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara. Malam kelmarin telah berlaku kekecohan disini apabila beberapa orang Penguatkuasa DBKL diserang dan dipukul oleh peserta haram perkhemahan ketika mereka cuba menarik turun kain rentang yang dipasang.

Sebentar tadi pula sekitar jam 945 pm, aktivis Hishamuddin Rais telah di 'culik' oleh sepasukan orang yang tidak dikenali yang menaiki kereta Honda betul-betul dipersimpagan Jalan TAR / Jalan Tun Perak dihadapan tontonan semua yang berada dilokasi. Hishamuddin yang dalam perjalanan ke lokasi telah ditarik atau 'di-bundled-in' kedalam kereta yang memecut kearah Pudu. Mereka dipercayai anggota Polis Cawangan Khas menurut beberapa rakan wartawan yang bertugas dilokasi. 

Isu Anwar nampak nya semakin tenggelam dengan pelbagai isu lain yang dibawa peserta yang berfahaman lain dari penyokong Keadilan... Di lokasi ada yang bawa isu GST dan isu Ketua Polis Negara .. Banner #march2freedom langsung tidak kelihatan.. Program berlilin di Sg Buloh pun sudah seminggu dihentikan setelah tiada sambutan ...  Kecuali Nurul Izzah yang turun membaca sajak pada malam pertama, tiada laporan diterima yang menunjukkan anak-anak Anwar membuat kunjungan lanjut ke tapak lokasi. Gerakan rakyat nampak nya sudah fragmented dan tidak fokus pada satu isu utama.

1
 2
 3
 4
 5 
 6
 7  Kaunter mengumpul tandatangan untuk pembebasan Anwar ditutup awal. Tunggu lama pun tak berguna lagi dah setelah berita permohonan pengampunan dilaporkan telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan.
 8
 9
 10
 11
 12

Thursday, 26 March 2015

PDRM hanya kuatkuasakan undang undang yang jelas dan tidak bercanggah

Lokasi : Padang Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur


Tarikh : 25/3/2015


Nasihat IGP Khalid Abu Bakar ... jangan komen pasal hukum-hukum hudud dan perundangan Islam sama ada adil atau tidak. Tetapi rakyat Malaysia bebas berbincang mengenai hudud dari segi perlembagaan negara, bukan nya mengatakan adil atau tidak hukum Hudud tersebut..

Khalid juga menegaskan bahawa PDRM hanya menguatkuasakan undang-undang yang jelas dan tidak bercanggah atau undang-undang yang bertindih antara satu sama lain. Para pengubal undang-undang lah yang bertanggungjawab untuk mengubal undang-undang yang boleh dikuatkuasakan oleh PDRM. 



Jangan menghasut kalau takut dipantau Polis

Lokasi : Padang Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur


Tarikh : 25/3/2015



IGP Khalid Abu Bakar tidak heran dengan desakan pihak pembangkang untuk beliau tutup akaun Twitter beliau sendiri kerana beliau mempunyai 126,000 anggota PDRM yang boleh bantu pantau segala mesej hasutan yang dimuat naik melalui Twitter atau apa saja bentuk platform media alternatif. 

Kalau tak mahu di pantau dan diambil tindakan jangan lah buat kerja hasutan dan menimbulkan kemarahan orang lain... itu nasihat beliau




Monday, 23 March 2015

Khalid Abu Bakar penghalang utama demonstran didesak letak jawatan

Lokasi : Air Terjun depan Dataran DBKL dipersimpangan Jalan TAR dan Tun Perak

Acara :Perkhemahan seminggu mendesak perletakan jawatan Ketua Polis Negara

Tarikh : 22/3/2015



Sabtu kelmarin 21/3/2015 selepas Flash Mob di SOGO sekumpulan aktivis telah bergerak kearah Dataran Merdeka dengan tujuan untuk berkhemah ala-ala Takluk Dataran Merdeka yang dilakukan hampir tiga tahun yang lalu.

Tetapi niat mereka terhalang kerana Dataran Merdeka ditutup bagi kerja kerja baik pulih dan sebagai alternatif mereka telah mula membuat tapak perhemahan di persimpangan Jalan TAR / Jalan Tun Perak di kawasan air terjun bersetentangan dengan Dataran DBKL.

Tujuan utama perkhemahan adalah untuk mendesak perletakan jawatan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara yang dilihat sebagai individu penghalang terbesar dalam segala kegiatan jalanan mereka. Khalid yang dipanggil Kepala Twitter begitu aktif memantau segala komunikasi Twitter penggerak demo jalanan dan melakukan tangkapan susulan..

Perkhemahan ini dijangka berjalan sehingga Sabtu depan dimana satu lagi demo besar besaran dijadual akan dilakukan sekali lagi di SOGO.

In the meantime berhibur lah dengan nyanyian kumpulan  anak muda ini.
  
 1
 2
 3
 4
 5
 6
  7
 8
 9
 10

Monday, 19 January 2015

Eric Paulsen sakit jiwa perlu didakwa untuk jadi pengajaran

Lokasi : Pintu masuk Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan memorandum oleh NGO bagi menyatakan sokongan kepada
ketegasan Ketua Polis Negara dalam isu hasutan Eric Paulsen

Tarikh : 16/1/2015


Bottomline -- orang Islam terlalu banyak bersabar sehingga ekstrimis sakit jiwa seperti Eric Paulsen berani mencuba nasib dengan membuat hasutan supaya orang kafir mencurigai khutbah yang teks nya disediakan pihak JAKIM.. Pihak berkuasa disaran untuk membuat pendakwaan keatas Eric Paulsen supaya ianya menjadi pengajaran dan contoh kepada ekstrimis-ekstrimis lain yang ada hati nak ikut langkah beliau. 






Saturday, 17 January 2015

NGO Melayu / Islam nyatakan sokongan kepada KPN

Lokasi : Pintu masuk Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan memorandum oleh NGO bagi menyatakan sokongan kepada
ketegasan Ketua Polis Negara dalam isu hasutan Eric Paulsen

Tarikh : 16/1/2015


Beberapa NGO Melayu / Islam yang di kepalai PERKASA telah menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara bagi menyatakan sokongna mereka diatas ketegasan yang diambil oleh KPN dalam isu hasutan Eric Paulsen.

Penyerahan yang dilakukan sebaik selepas solat Jumaat berjalan dalam keadaan tenang dan terkawal dan hanya kepimpinan NGO sahaja yang hadir bagi tujuan tersebut.



1
 2
3
 4
 5
 6
 7
 8  Wakil Bukit Aman, DSP Anuwal menerima memorandum dari Setiausaha Agung Perkasa,
Syed Hassan Syed Ali
9
 10
11  Datuk Zulkifli Noordin, Peguam dan aktivis politik / sosial memberi pandangan 
 12 Lt.Jen.(B) Dato' Salleh Ismail, Ahli Majlis Tertinggi Perkasa
13