Showing posts with label parti gerakan. Show all posts
Showing posts with label parti gerakan. Show all posts

Thursday, 23 September 2021

Parti Gerakan cadangkan frontliners dan dermawan yang bantu menangani C19 di beri pengiktirafan dan penghargaan oleh kerajaan

 Acara : Program Bantuan Rakyat parti GERAKAN

Lokasi : Blok A, PPR Pekan Kepong, Kuala Lumpur

Tarikh : 23/9/2021 @ 4.00pm


Program hari ini melibatkan 50 penduduk Blok A sahaja yang menyahut tawaran pemberian sumbangan makanan dari syarikat dan penyumbang yang menyalurkan agihan melalui Parti GERAKAN. Dr Dominic mengesyorkan selain frontliners, para dermawan dan penyumbang yang membantu meringankan bebanan rakyat dalam tempoh PKP ini diberi pengiktirafan dan penghargaan oleh kerajaan dalam bentuk sijil atau pingat. Ini akan menaikkan semangat untuk lebih ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan untuk menyumbang atau menjalanakn kerja kerja kebaijikan. Disamping itu Dr Dominic mencadang supaya lebih banyak peluang pekerjaan dibuka oleh kerajaan dalam sektor awam untuk mengurangkan jumlah B40 yang semakin meningkat.  



1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Friday, 17 September 2021

GERAKAN bantu tampung keperluan darah dgn kempen 'DERMA ANDA MAMPU MENYELAMATKAN SATU NYAWA'.

 Acara : Kempen derma darah parti Gerakan bertemakan Derma Anda Mampu Menyelamatkan Satu Nyawa

Lokasi : Menara PGRM, Ulu Pudu, Kuala Lumpur

Tarikh : 17/9/2021


KENYATAAN MEDIA
17 SEPTEMBER 2021

Prihatin dengan kekurangan stok bekalan darah di Pusat Darah Negara, Parti GERAKAN menganjurkan Kempen Derma Darah di ibu pejabat Menara PGRM, Jalan Pudu Ulu, Cheras hari ini.

Program bertemakan Derma Anda Mampu Menyelamatkan Satu Nyawa itu turut dihadir oleh Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bagi menyumbang bekalan darah, Setiausaha Agung GERAKAN, Mak Kah Keong, Bendahari Nasional Hng Chee Wey, Naib Presiden, Datuk Parameswaran.

Pengarah Program, Prabagaran berkata, keadaan sekarang menyebabkan mana-mana pihak mengalami sedikit kesukaran untuk mengadakan program komuniti namun demikian kerja amal perlu diteruskan.

Menurutnya, penganjuran tersebut bertujuan membantu mengisi stok darah negara yang mungkin menghadapi masalah kritikal susulan pandemik Covid-19 kerana pelbagai faktor termasuk kekurangan penderma. Secara purata, keperluan darah seluruh Malaysia ialah sekitar 2,000 beg darah sehari, namun melihat kepada situasi semasa yang mencabar, stok bekalan darah semakin menyusut. Contoh, di Lembah Klang saja, kita memerlukan antara 500 hingga 600 beg darah sehari, namun stok sedia ada hanya mampu menampung keperluan selama lima hari saja iaitu 2,500 beg darah. Tambahnya, pendaftaran dilakukan secara atas talian bagi mengelak daripada kesesakan sekaligus menepati prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19. "Tak sangka program derma darah ini mendapat sambutan menggalakkan, hampir 120 penderma yang membuat pendaftaran untuk menyumbang darah pada program kali ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam pada itu, tambahnya GERAKAN akan sentiasa mengadakan program-program yang dapat menyumbang kepada negara dan memberi manfaat kepada rakyat.

Prabagaran
Timbalan Speaker GERAKAN

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

Friday, 20 February 2015

Sekitar Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2015 - parti GERAKAN

Lokasi : Perkarangan Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur

Acara : Rumah Terbuka CNY 2015 - Parti Gerakan

Tarikh : 19/2/2015


Kali pertama sambutan dibuat diperkarangan Menara PGRM.. Biasa nya dilakukan didalam Dewan Wawasan. Budaya parti Gerakan berbeza sikit daripada MCA...Immediate Past President Koh Tsu Koon masih ada tempat dibarisan utama kepimpinan parti dan mengekalkan maruah diri sebagai mantan Presiden yang pernah menerajui kepimpinan parti. Syabas saya ucapkan kerana contoh ini akan diperbudayakan oleh kepimpinan muda yang bakal mengambil alih teraju kepimpinan akan datang.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10