Showing posts with label #myperintis. Show all posts
Showing posts with label #myperintis. Show all posts

Saturday, 21 November 2015

Tun M jumpa G25 untuk elak Najib eksploit isu desak beliau undur oleh NGO Cina

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Majlis Pelancaran Rasmi Pertubuhan Perintis Malaysia (#MyPerintis)

Tarikh : 14/11/2015


Ikuti cerita sebenar mengapa Tun Dr Mahathir berjumpa dua kali dengan kumpulan G25 yang pada kali kedua nya mendapat komen negatif dan celaan oleh Taufik Tun Ismail.

Menurut Tun M, beberapa NGO Cina berjumpa beliau dengan tujuan hendak menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Najib Razak melalui protes jalanan. Tun M berpendapat bahawa sekiranya hanya NGO Cina sahaja yang terlibat, maka mudah lah bagi pihak yang menyokong Najib untuk mengeksploitkan protes tersebut menjadi isu perkauman seperti yang telah kita lihat dalam Himpunan Baju Merah.

Tun M berpendapat lagi baik sekiranya protes tersebut diwakili oleh pelbagai kaum. Dalam usaha mendapat pandangan orang ramai melalui NGO atau perkumpulan yang credible  beliau telah berjumpa G25 sebanyak dua kali. Ikuti penerangan beliau.




Keujudan Negara Israel punca serangan militan

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Majlis Pelancaran Rasmi Pertubuhan Perintis Malaysia (#MyPerintis)

Tarikh : 14/11/2015


Apa saja alasan lain yang cuba diberikan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak Barat, Tun Dr Mahathir berpegang teguh kepada pandangan beliau bahawa punca sebenar serangan militan Islam adalah berpunca dari ujud nya negara Israel. Ikuti penerangan Tun Dr Mahathir mengenai konsep perjuangan yang diguna oleh militan Islam dalam menghadapi musuh yang lebih berkuasa.




#TPPA - PROTON bakal merana

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Majlis Pelancaran Rasmi Pertubuhan Perintis Malaysia (#MyPerintis)

Tarikh : 14/11/2015



PROTON tidak pernah mendapat sebarang bantuan kewangan dari kerajaan dan hanya mendapat  pengecualian eksais duty seperti mana juga pembuat dan pengeluar lain yang mengeluarkan kereta dalam negara. Malah kerajaan masih berhutang sebanyak RM150 juta dalam bentuk rebat keatas perbelanjaan R & D.

 PROTON masih belum mendapat penerangan terperinci mengenai apa yang akan berlaku kepada industri automotif negara selepas #TTPA ditandatangani.

Sebelum itu Tun Dr Mahathir telah melancarkan secara rasmi Pertubuhan Perintis Malaysia (#MyPerintis) 



1
 2
 3
Dato' Lawrence Low, Pengasas #MyPerintis
 4
 5
Gimik pelancaran #MyPerintis
 6
Gimik pelancaran #MyPerintis
 7
Gimik pelancaran #MyPerintis
 8
Gimik pelancaran #MyPerintis
 9
Penyampaian penghargaan 
 10
Penyampaian penghargaan