Showing posts with label #tangkapnajib. Show all posts
Showing posts with label #tangkapnajib. Show all posts

Sunday, 2 August 2015

Gerakan desak #TangkapNajib sudah bermula

Lokasi : Dihadapan SOGO, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan #TangkapNajib

Tarikh : 1/8/2015



Hari ini paling ramai kehadiran wakil media dan Polis di lokasi demonstrasi atau perhimpunan bantahan. Dari mula pemimpin yang hadir ialah ADUN Teja Chang Lih Kang dan ADUN Simpang Pulai Tan Kar Hing, kedua dua nya memang veteran dan sudah biasa sangat kena seret masuk kedalam black-maria. 

Belum sempat himpunan sebenar bermula Polis sudah mula menangkap mereka yang berdegil enggan meninggalkan lokasi, bermula dengan penangkapan kedua dua ADUN Teja dan Simpang Pulai. Semasa kekecuhan awal terdengar dua letupan mercun bola yang kuat.

Dalam masa setengah jam jalan menuju SOGO dari simpang empat SOGO / Pertama telah ditutup dan wakil media semua diminta bersurai dan meninggalkan kawasan. Saya difahamkan kesemua nya 29 individu telah ditahan dan dibawa ke ibupejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur.


Video - Orang mahukan pencuri ditangkap pula yang ditangkap


1
2
Fesyen bertopi pulak dah ... bersama Muzzy The Malaysian Insider.
 3
Koboi Otai Reformasi pasti akan berada dimana mana saja ada demonstrasi terutamana dihadapan SOGO
 4
 5
Tangan wanita ini mesti berotot besar untuk merakam satu tangan
 6
 7
Nasihat Polis untuk Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing bersurai dan meninggalkan lokasi
 8
Nasihat Polis untuk Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing bersurai dan meninggalkan lokasi
 9
ADUN Teja Chang Lih Kang (kiri) dan ADUN Simpang Pulai Tan Kar Hing, kedua dua nya wakil Keadilan
 10