Showing posts with label Pelbagai kaum. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai kaum. Show all posts

Sunday, 17 May 2015

Majlis Tun M hanya menyediakan 'Satu kerusi kongsi dua punkoq'

Lokasi : Hotel Tower Regency, Ipoh

Acara : Bicara Negara bersama Tun Dr Mahathir

Tarikh : 16/5/2015



Hanya dinding hotel sahaja yang mambatasi jumlah kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum untuk hadir dimajlis ini. Menurut penganjur jika permohonan menggunakan Stadium Ipoh dibenarkan berkemnungkinan besar jumlah nya berlipat kali ganda.

Yang sudah 'terlekat' didalam dewan tidak dapat bergerak kemana lagi dah sehinggakan wakil media disuruh naik keatas pentas untuk membuka ruang dibawah. Menurut penyelia hotel mereka belum pernah berhadapan dengan sebegitu ramai dan sebegitu padat orang ramai dalam dewan utama tersebut. Dianggarkan 1,800 memenuhi setiap ruang yang ada. Diruang legar tingkat bawah dianggarkan 800 lagi melepak diatas lantai mengikuti ucapan Tun M melalui TV berskrin besar.

Dari sudut penganjuran, majlis ini telah dianjurkan dengan jayanya. Kos penganjuran diperolehi melalui sumbangan peribadi dari pelbagai pihak dan tenaga kerja melalui sukarelawan yang mendesak untuk diberi peluang menyumbang tenaga. Pihak hotel pula telah memberi 'a handsome discount' dengan syarat mereka dbenarkan membuat persediaan yang selayak nya untuk menyambut 'pemimpin utama' negara.

Tetapi perlu saya tegaskan bahawa majlis ini ada keterbatasan nya. Ianya tidak boleh menandingi majlis anjuran kerajaan . Tiada makan minum dan tiada duit minyak atau pengangkutan yang disediakan penganjur. Door gift pun tak ada. Topi dan T-shirt percuma pun tak disediakan.  Hiburan pun tak ada. Yang ada bak kata senior UMNO yang hadir ..."SATU KERUSI KONGSI DUA PUNKOQ"

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
Pelbagai kaum turut mengambil peluang mendengar syarahan Tun M