jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Showing posts with label abdul razak ismail. Show all posts
Showing posts with label abdul razak ismail. Show all posts
Acara : Penyerahan memorandum - Bantahan Isu (penyahwartaan) Tanah Simpan Kuala Langat Utara
Lokasi : Pintu utama Bangunan SUK Selangor, Shah Alam
Tarikh : 3/9/2021
Video 1 - Proses penyerahan memorandum kepada wakil Speaker DUN dan wakil MB Selangor berjalan lancar dengan pengawasan rapi oleh pihak Polis
Video 2 - Sidang media yang disertai oleh Fazli Hassan dan Abdul Razak mewakili Otai Reformis 1998, Puan Sri Pengerusi PEKA, Syed Putra Setiausaha GERAK 98 dan Pua Lay Ting Setiausaha Persaatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat.
Acara : Sidang media selepas laporan Polis oleh Otai Reformis 1998 berkaitan laporan media "14 juta vaksin Sinovac dibuka untuk tempahan kerajaan dan swasta"
Lokasi : Bali Polis Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Tarikh : 24/7/2021 @ 12 pm
KENYATAAN MEDIA
OTAI REFORMIS 1998
SABTU 24 JULAI 2021
Balai Poils Pantai Bahru, KL
Tajuk
berita “ 14 juta vaksin Sinovac
dibuka untuk tempahan negeri, swasta” dipetik
dari laporan beberapa mediatempatanmelaporkan bahawa syarikat tunggal pembekal vaksin Pharmaniaga
telah dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menjual 14 juta vaksinSinovac
secara terus kepada syarikat swasta
dan negeri yang berminat mulai bulan ini sehingga September, telah menarik
perhatian Otai Reformis 1998.
Otai
berpandangan ini merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa Kerajaan
Persekutuan kerana terdapat kira-kira 10 juta lagi rakyat Malaysia dari 20
juta rakyat dewasa Malaysia yang masih
belum menerima suntikan vaksin Dos Pertama masing-masing TETAPI sebaliknya
Kerajaan membenar transaksi urusniaga
komersial ini DAN ini secara jelas telah menafikan hak rakyat teramai untuk
mendapat vaksin mereka dengan kadar segera dikala kadar jangkitan baru Covid
semakin meningkat hari ke hari.
Kerajaan
Persekutuan adalah bertanggungjawab untuk memberikan vaksin “secara percuma”
kepada kira-kira 20juta rakyat dewasa Malaysia tetapi dengan membenarkan
penjualan vaksin ini ianya hanya membolehkan rakyat yang berwang sahaja
didahulukan (jump queue) mendapat vaksin sedangkan yang miskin dan tidak
berkemampuan akan terus menunggu giliran berpanjangan untuk mendapatkan vaksin
percuma tersebut.
Otai
berpandangan Kerajaan juga telah menyalahguna peruntukan pembelian vaksin yang
telah diluluskan Parlimen semasa sidang bajet yang lepas yang dianggarkan
kira-kira RM5bilion untuk memberikan ‘vaksin percuma’ kepada semua rakyat tetapi
sekarang telah membenarkan urusniaga komersil dimana syarikat swasta atau syarikat milik Kerajaan
Negeri (GLC) yang membeli vaksin tersebut dari Pharmaniaga akan kemudian
mengenakan bayaran yang tinggi kepada pelanggan-pelanggan mereka ataupun
kepada syarikat-syarikat di sektor
pengilangan atau industri yang telah sedia terbeban dimana pendapatan mereka
terjejas teruk berikutan operasi syarikat atau kilang ditutup disebabkan oleh Perintah
Kawalan Pergerakan dan Lockdown Covid 19 yang berlarutan ini.
Otai
juga juga membidaskan pihak Pikas (Program Imunisasi Industri Kerjasama
Awam-Swasta) yang diterajui oleh MITI yang dikendalikan PPV dengan mengenakan
bayaran RM90 (untuk dua dos) setiap pekerja sektor kilang dan industri
kepada majikan mereka dan bayaran yang
membebankan bagi setiap kali ‘swab test’ berikutnya seperti yang dilaporkan
oleh media baru-baru ini.
Otai
juga dimaklumkan bahawa pihak pembekal vaksin telah ‘memaksa’ dan ‘menekan’
Kerajaan Negeri Selangor untuk membeli bekalan vaksin dengan harga yang mahal
menyebabkan SELVAX (anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor) terpaksa
mengenakan bayaran RM350-00 (untuk dua dos) bagi setiap pekerja yang
terpaksa ditanggung oleh majikan / pemilik kilang tersebut.
Otai
berpandangan bahawa ianya menjadi ‘tanggungjawab sosial’ Kerajaan Persekutuan/
Kerajaan Negeri untuk memberikan vaksin secara percuma kepada sektor
kilang dan industri bagi merancakkan semula ekonomi agar sektor ini dapat
bangkit semula dari kesan pandemik Covid 19 ini, lebih-lebih lagi sebelum ini sektor
telah memberikan pendapatan yang agak lumayan dari bayaran pelbagai bentuk cukai
kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, lantaran inilah masanya
Kerajaan menghulurkan bantuan untuk menolong sektor ini untuk bingkas semula.
Setakat
semalam 23/07/21 kes jangkitan baharu seluruh negara adalah seramai 15,573
dan Negeri Selangor mencatit rekod tertinggi dengan jumlah 7,672 orang dankita beranggapan keadaan di Negeri Selangor bolehlah dikira seolah-olah
‘out of control’ tetapi Kerajaan masih selesa dengan urusniaga jual-beli vaksin
tanpa melihat justifikasi keadaan di lapangan.
Lantaran
itu saya membuat laporan rasmi Polis terhadap tindakan yang tidak beretika dan
tidak bermoral Kerajaan Persekutuan dan syarikat pembekal tunggal vaksin yang
mementingkan keuntungan komersial mengatasi kepentingan rakyat teramai dalam
menerima suntikan vaksin segera.
Tarikh : SABTU 24 JULAI 2021
ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Setiausaha
OTAI REFORMIS 1998
IKUTI PENERANGAN PENUH OLEH ABDUL RAZAK DALAM VIDEO BERIKUT