Showing posts with label otai reformis. Show all posts
Showing posts with label otai reformis. Show all posts

Friday, 30 July 2021

Otai Reformis 1998 rayu YDPA untuk mengganti Mahiaddin dengan calon baru yang mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat



Kenyataan Media

Otai Reformis 1998

KHAMIS 29 Julai 2021

1. Otai Reformis 1998 dan rakyat Malaysia sangat kesal dengan tindakan Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang meremehkan titah DYMM Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan dan diputuskan secara undian di Parlimen berdasarkan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

2. Tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Bin Hassan yang mengumumkan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat di Sidang Khas Parlimen pada 26 Julai 2021, Isnin lalu dianggap mendahului titah DYMM Yang di-Pertuan Agong yang mahukan Ordinan ini dibincangkan di Parlimen terlebih dahulu dan tindakan ini merupakan satu bentuk penderhakaan kepada titah DYMM Yang di-Pertuan Agong, yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, lantaran telah membangkitan rasa amat dukacita DYMM Yang di-Pertuan Agong lanjutan perlanggaran titah Baginda.

3. Memandangakan penugumuman pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini dianggap tidak mendapat perkenan ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong maka kita rakyat jelata menyimpulkan bahawa negara kita ini masih di bawah Perintah Ordinan Darurat tersebut sehigga tamat tempuhnya pada 01 Ogos 2021, bulan depan, seperti Proklamasi Darurat yang di masyhurkan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari 2021yang lalu.

4. Otai juga difahamkan bahawa sebuah Jawatankuasa Khas Bebas telah ditubuhkan dibawah Seksyen 2, Ordinan Darurat (kuasa-kuasa Perlu) 2021 untuk menasihati DYMM Yang di-Pertuan Agong samada membatalkan atau melanjutkan Ordinan-Ordinan Darurat dan bukannya oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri atau Perdana Menteri mahupun Jemaah Kabinet .

5. Lantaran tingkahlaku perderhakaan oleh Kerajaan Perikatan Nasional ini, maka Otai Reformis merafak sembah kebawah DYMM Yang di-Pertuan Agong agar menggunakan progatif DYMM selaraskan dengan Perkara 43 (2) (a) untuk melantik seorang Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen yang mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat bagi mengganti Mahiaddin Md Yassin yang telah hilang kredibiliti dan sikap ‘taat setia’ kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri yang telah dilantik oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Bertarikh : 29 Julai 2021

YB Dr. Idris Bin Ahmad , Pengerusi

 Abdul Razak Bin Ismail, Setiausaha

OTAI REFORMIS 1998


Sunday, 25 July 2021

Polis diminta siasat kemungkinan ada salahlaku dan skandal dalam rancangan penjualan Vaksin Sinovac kepada negeri dan swasta

 Acara : Sidang media selepas laporan Polis oleh Otai Reformis 1998 berkaitan laporan media "14 juta vaksin Sinovac dibuka untuk tempahan kerajaan dan swasta"

Lokasi : Bali Polis Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Tarikh : 24/7/2021 @ 12 pm


KENYATAAN MEDIA

OTAI REFORMIS 1998

SABTU 24 JULAI 2021

Balai Poils Pantai Bahru, KL

 

Tajuk berita  “ 14 juta vaksin Sinovac dibuka untuk tempahan negeri, swasta”  dipetik dari laporan beberapa media tempatan melaporkan  bahawa syarikat tunggal pembekal vaksin Pharmaniaga telah dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menjual 14 juta vaksin Sinovac  secara terus kepada syarikat swasta dan negeri yang berminat mulai bulan ini sehingga September, telah menarik perhatian Otai Reformis 1998.

Otai berpandangan ini merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa Kerajaan Persekutuan kerana terdapat kira-kira 10 juta lagi rakyat Malaysia dari 20 juta rakyat dewasa Malaysia yang  masih belum menerima suntikan vaksin Dos Pertama masing-masing TETAPI sebaliknya Kerajaan membenar transaksi  urusniaga komersial ini DAN ini secara jelas telah menafikan hak rakyat teramai untuk mendapat vaksin mereka dengan kadar segera dikala kadar jangkitan baru Covid semakin meningkat hari ke hari.

Kerajaan Persekutuan adalah bertanggungjawab untuk memberikan vaksin “secara percuma” kepada kira-kira 20juta rakyat dewasa Malaysia tetapi dengan membenarkan penjualan vaksin ini ianya hanya membolehkan rakyat yang berwang sahaja didahulukan (jump queue) mendapat vaksin sedangkan yang miskin dan tidak berkemampuan akan terus menunggu giliran berpanjangan untuk mendapatkan vaksin percuma tersebut.

Otai berpandangan Kerajaan juga telah menyalahguna peruntukan pembelian vaksin yang telah diluluskan Parlimen semasa sidang bajet yang lepas yang dianggarkan kira-kira RM5bilion untuk memberikan ‘vaksin percuma’ kepada semua rakyat tetapi sekarang telah membenarkan urusniaga komersil dimana  syarikat swasta atau syarikat milik Kerajaan Negeri (GLC) yang membeli vaksin tersebut dari Pharmaniaga akan kemudian mengenakan bayaran yang tinggi kepada pelanggan-pelanggan mereka ataupun kepada  syarikat-syarikat di sektor pengilangan atau industri yang telah sedia terbeban dimana pendapatan mereka terjejas teruk berikutan operasi syarikat atau kilang ditutup disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan dan Lockdown Covid 19 yang berlarutan ini.

Otai juga juga membidaskan pihak Pikas (Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta) yang diterajui oleh MITI yang dikendalikan PPV dengan mengenakan bayaran RM90 (untuk dua dos) setiap pekerja sektor kilang dan industri kepada  majikan mereka dan bayaran yang membebankan bagi setiap kali ‘swab test’ berikutnya seperti yang dilaporkan oleh media baru-baru ini.

Otai juga dimaklumkan bahawa pihak pembekal vaksin telah ‘memaksa’ dan ‘menekan’ Kerajaan Negeri Selangor untuk membeli bekalan vaksin dengan harga yang mahal menyebabkan SELVAX (anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor) terpaksa mengenakan bayaran RM350-00 (untuk dua dos) bagi setiap pekerja yang terpaksa ditanggung oleh majikan / pemilik kilang tersebut.

Otai berpandangan bahawa ianya menjadi ‘tanggungjawab sosial’ Kerajaan Persekutuan/ Kerajaan Negeri untuk memberikan vaksin secara percuma kepada sektor kilang dan industri bagi merancakkan semula ekonomi agar sektor ini dapat bangkit semula dari kesan pandemik Covid 19 ini, lebih-lebih lagi sebelum ini sektor telah memberikan pendapatan yang agak lumayan dari bayaran pelbagai bentuk cukai kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, lantaran inilah masanya Kerajaan menghulurkan bantuan untuk menolong sektor ini untuk bingkas semula.

Setakat semalam 23/07/21 kes jangkitan baharu seluruh negara adalah seramai 15,573 dan Negeri Selangor mencatit rekod tertinggi dengan jumlah 7,672 orang dan kita beranggapan keadaan di Negeri Selangor bolehlah dikira seolah-olah ‘out of control’ tetapi Kerajaan masih selesa dengan urusniaga jual-beli vaksin tanpa melihat justifikasi keadaan di lapangan.

Lantaran itu saya membuat laporan rasmi Polis terhadap tindakan yang tidak beretika dan tidak bermoral Kerajaan Persekutuan dan syarikat pembekal tunggal vaksin yang mementingkan keuntungan komersial mengatasi kepentingan rakyat teramai dalam menerima suntikan vaksin segera.


Tarikh : SABTU 24 JULAI 2021

ABDUL RAZAK BIN ISMAIL

Setiausaha

OTAI REFORMIS 1998

                                           

IKUTI PENERANGAN PENUH OLEH ABDUL RAZAK DALAM VIDEO BERIKUT



1

2

3

4

5

6

7

8


Wednesday, 4 January 2017

Otai Reformis 1998 akan adakan Konvensyen besar besaran

Acara: Sidang media untuk mengumumkan penganjuran Konvensyen Otai Reformis

Lokasi : Restoran Amjal, Jalan Lembah Pantai, KL

Tarikh : 4/1/2017


Video 1- Kenyataan media mengenai penganjuran Konvensyen Otai Reformis 1998 yang akan diadakan pada 25/2/2017 disuatu lokasi sekitar Shah Alam yang belum ditetapkan lagi..
Konvensyen yang sepatutnya diadakan tahun lepas telah ditunda untuk memberi laluan kepada perkembangan senario politik ketika itu yang sedang mengalami perubahan yang dibawa oleh Dr Mahathir dan TSMY



*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9
 10