Showing posts with label atm. Show all posts
Showing posts with label atm. Show all posts

Sunday, 4 February 2018

Kem Perdana Sg Besi buka pintu untuk Kenduri 1 Wilayah Persekutuan

Acara : Kenduri 1WP peringkat Parlimen Bandar Tun Razak

Lokasi : Kem Perdana, Sg Besi, Kuala Lumpur

Tarikh : 4/2/2018 @ 11.00 am


Video 1 - Menteri WP, Tengku Adnan mengucapkan rasa penghargaan dan terima kasih bagi pihak warga Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya kepada anggota tentera Kem Perdana kerana telah menyumbang jasa dan pengorbanan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan hidup warga WP. Program Kenduri 1WP buat julung julung kali nya diadakan didalam kawasan Kem Perdana bagi tujuan merapatkan hubungan silahturahim diantara warga kem dan juga masyarakat setempat  selain memupuk kerjasama diantara pentadbiran Kem dengan Kementerian WP dan DBKL.



#intagram  #video360


******************************************************************************************************************************************
1
2
Komandan Kem Perdana, Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin
3
4
5
6
7
8
9
10


Tuesday, 22 July 2014

Jalinan Ramadan Wanita UMNO dihargai pasukan beruniform

Lokasi : Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Jalinan Ramadhan Wanita UMNO bersama pasukan beruniform

Tarikh : 21/7/2014


Usaha Wanita UMNO medekati dan menghargai sumbangan pasukan beruniform dengan pemberian kueh raya mendapat reaksi dan respon yang baik dari kumpulan sasar.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
   8
 9
 10

Saturday, 28 June 2014

Nasihat perisik - Hargailah keamanan negara ini

Lokasi : Pusat Latihan Perisikan (PULARIS), Mentakab, Pahang


Tarikh : 25/6/2014


Dua bekas Komandan Pusat Latihan Risik (PULARIS) ATM bercerita mengenai penting nya rakyat Malaysia menghargai dan mengekalkan keamanan yang telah dicapai Malaysia. Mereka menekankan peranan penting yang telah dimainkan oleh cabang perisikan negara ini yang terdiri daripada perisik ATM dan PDRM termasuklah Cawangan Khas kedua duanya.


Lt Kol Fabian Wong Boon Soon, Komandan PULARIS 1/5/86 - 14/11/89
 Lt Kol Tan Ba Too, Komandan PULARIS 1/2/94 - 16/4/97



Thursday, 26 June 2014

Perisikan ATM maju selangkah

Lokasi : Pusat Latihan Perisekan (PULARIS), Mentakab, Pahang

Acara :  Perbarisan Penyerapan Pusat Latihan Perisikan ke dalam organisasi
Kolej Perisikan ATM

Tarikh : 25/6/2014


SEJARAH RINGKAS PULARIS

PULARIS wujud dari Sel Latihan Kor Risik yang ditubuhkan pada tahun 1969 dan diperbesarkan menjadi Kompeni Latih yang ditempatkan di Kem Imphal.

Sejajar dengan pembesaran Angkatan Tentera Darat pada 3 Mac 1981, unit ini telah didesignasikan kepada Sekolah Perisikan Angkatan Tentera (SPAT) dan berpindah ke Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.

Pada bulan Nov 983, SPAT telah berpindah ke Kem Sg. Buloh.

Seterusnya pada 2 Nov 1988, SPAT didesignasikan sebagai Sekolah Perisikan (SP).

Bagaimanapun dengan perkembangan pesat di dalam Angkatan Tentera, Sekolah Perisikan telah didesignasikan semula sebagai Pusat Latihan Perisikan (PULARIS) berkuatkuasa pada 1 Jan 1994.

Pada tanggal 1 Jan 2010, PULARIS telah berpindah ke kompleks sendiri di Kem Mentakab, Pahang Darul Makmur.

Di sepanjang tempoh 1994 sehingga 2014, PULARIS telah berjaya melatih seramai 1844 Pegawai dan 7357 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan dengan jayanya di dalam pelbagai bidang kursus asas, kemahiran dan kepakaran perisikan.  Pada masa yang sama, PULARIS juga pernah melatih pegawai daripada negara asing seperti Brunei, Bosnia dan Sudan juga dalam bidang perisikan.  selain itu, kepakaran yang dimiliki oleh PULARIS turut menarik minat cabang perisikan. Selain itu, kepakaran yang dimiliki oleh PULARIS turut menarik minat cabang perisikan angkatan tentera asing untuk melakukan lawatan kerja yang melibatkan pegawai kanan negara-negara seperti daripada United States of America, Zimbabwe dan Thailand. Lawaan ini selain daripada mengukuhkan hubungan dua hala, ia juga sekitar pertukaran perkara latihan dan kepakaran perisikan antara kedua-dua negara.

Pegawai-pegawai yang berada di PULARIS juga turut diberi peluang untuk menghadiri kursus di luar negara samada kursus kerjaya atau kursus sampingan di pusat-pusat di luar negara samada kursus sampingan di pusat-pusat latihan ternama seperti di Defence Intelligence Training Centre (DINTC), Canugra, Australia; Defence Intelligence Agency (DIA), Fort Huachuca, United States of America dan Defence Intelligence and Security Centre (DISC), Chicksand, United Kingdom.  Ini membuktikan pengiktirafan negara luar dan kebolehan para pegawai di PULARIS untum menyumbangkan dan berkongsi ilmu yang ada kepada negara luar.  Pegawai dan anggota dari PULARIS juga pernah menyumbangkan khidmat mereka sebagai anggota misi pengaman di Lubnan, Afghanistan dan Selatan Filipina.

Selain daripada pengiktirafan angkatan tentera negara asing, PULARIS turut menjadi rujukan kepada agensi keselamatan dalam negara dalam melaksanakan latihan perisikan dan keselamatan.  Antara agensi keselamatan dalam negara yang pernah menagih kepakaran PULARIS adalah Jabatan Perdanan Menteri (JPM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam dan Eksais Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwan Pengguna (KPDNHEP).

Penyerapan PULARIS ke dalam kolej Perisikan ATM telah diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) pada 6 Januari 2014.  Kolej Perisikan ATM bertanggungjawab untuk menganjurkan kursus-kursus kerjaya Kor Risik Diraja (KRD) dan kursus-kursus kepakaran Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara).  Penubuhan institusi latihan tersebut adalah selaras dengan transformasi Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) kepada Malaysian Defense Intelligence Organisation (MDIO) termasuk mengambil kira Plan Keupayaan Fourth Dimension Armed Forces (4D MAF) melalui modul dan latihan kepakaran perisikan di peringkat ATM.

Visi.  Kolej Perisikan ATM adalah untuk menjadi nadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan, Latihan dan Penciptaan Ilmu Perisikan kepada ATM dan negara.

Misi.  Kolej Perisikan ATM menyediakan plaform pembelajaran dan latihan perisikan semasa kepada anggota ATM.  Selain itu, institusi latihan ini menerajui pembangunan dan penciptaan disiplin perisikan termasuk pengaplikasian sains serta teknologi berdasarkan doktrin perisikan moden, versatile dan unggul.

Objektif Kolej Perisikan ATM. Berasaskan kepada kualiti dan kecemerlangan merangkumi penyediaan kemudahan prasarana dan penetahuan profesional serta Latihan Perisikan Semasa (LPS) bagi penambahbaikan semua program akademik terencana dan LPS seiring dengan Wawasan BSPP.  Kolej Perisikan ATM komoted terhadap pengendalian pengajian akademik secara sistematik, cekap dan berkesan berasaskan Piawaian Doktrin Perisikan Bersama BSPP/ATM.  Melalui latihan yang dilaksanakan, Kolej Perisikan ATM berupaya menghasilkan operator perisikan yang unggul dan versatile untuk kepelbagaian kepakaran modal insan dalam semua bidang perisikan secara kompetitif sejajar dengan hasratnya untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Perisikan (Centre of Excellence for Intelligence).


1
 2
 3
 4
 5 KVR - Kelab Veteran Risik
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 1 September 2013

Merdeka 56 - Koleksi aset ATM

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Acara : Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56

Tarikh : 31/8/2013  @  8.30 am


1/59
 2
 3
 4
5 
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 4 August 2013

Wanita kukuhkan networking dengan pasukan beruniform

Lokasi : Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Jalinan Ramadhan Wanita Umno Bersama Pasukan Beruniform (ATM, PDRM, Bomba + JPAM)

Tarikh : 3/8/2013 @ 2.30 pm


Sebanyak 8,000 bungkusan raya sumbangan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia diagihkan kepada pasukan beruniform yang terdiri daripada PADRM, ATM, Bomba dan JPAM sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan bersempena menyambut perayaan Aidil Fitri.

 1/30
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10