Showing posts with label banting. Show all posts
Showing posts with label banting. Show all posts

Friday, 2 November 2012

Kenapa mereka dengki sangat dengan Syed Mokhtar?

Venue : Taman Banting Baru, Jalan Jugra, Banting, Selangor

Event : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat

Date : 30/10/2012 @ 10.00 pm


Kenapa pembangkang seperti Tony Pua merasa tergugat sangat dengan Syed Mokhtar ?. Kenalan saya yang sekarang bekerja di Malaysian Mining Corporation amat mengagumi 'business acumen' Tan Sri. Beliau sangat 'shrewd', low profile dan amat mementingkan kebajikan pekerja. 

Perniagaan yang diamanahkan kepada beliau semuanya perniagaan yang sedia ada dan sudah pun mempunyai kumpulan pengurusan masing masing. Syarikat syarikat tersebut cuma mendapat suntikan baru dalam bentuk pengurusan strategik, modal tambahan, pengukuhan pasaran dan kolaberasi synergy  antara syarikat syarikat yang diuruskan dibawah satu pengurusan induk.

Syarikat pembuat roti, pengimpot beras, pembuat kereta, syarikat insuran, pelabuhan dan sebagai nya mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi negara. Namun semua syarikat tersebut adalah bebas dari segi kebergantungan perniagaan antara mereka dan sekiranya perlu dimerdekakan atau gagal sekalipun tidak akan membawa kesan kepada syarikat syarikat yang lain.

Syed Mokhtar juga adalah seorang dermawan dan 'philanthropist'. Beliau menubuhkan Yayasan Al-Bukhary khusus bagi tujuan menjalankan aktiviti aktiviti dakwah dan kebajikan. Dilapurkan keuntungan dari perniagaan beliau disalurkan untuk kebajikan melalui Yayasan ini. 


Gambar Fotopages archives. 
Event : Sambutan Ulangtahun UMNO ke-63. Syed Mokhtar dianugerahakan
"Tokoh Melayu Terbilang 2009"
Venue : Dewan Merdeka, PWTC
Date : 11/5/2009

1. Syed Mokhtar bersama Tun Dr Mahathir

2. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

3. Puan Sri Sharifah Zarah binti Syed Kechik



Wednesday, 31 October 2012

Anwar dikawal ketat kena acah Pemuda UMNO

Venue : Taman Banting Baru, Jalan Jugra, Banting, Selangor

Event : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat

Date : 30/10/2012 @ 10.00 pm


Menurut penganjur permit Polis telah diperolehi mereka sebelum permit kedua pula diberikan kepada orang UMNO untuk menganjurkan satu lagi majlis ceramah lebih kurang 100 meter dari lokasi mereka. Pemuda UMNO pula telah memberi isyarat bahawa mereka akan menunggu ketibaan Anwar bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap cara pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Bagi mengelak insiden yang tidak diingini, kawalan keselamatan yang ketat telah disediakan untuk menyambut kehadiran Anwar Ibrahim. Unit 'sarban' Amal bersama 'regular' Amal dengan gigih telah melakukan 'chain link' bagi menghalang Anwar didekati oleh mereka mereka yang tidak berkenaan..

Ceramah UMNO telah di jayakan oleh Lokman Adam dan Roslan Kassim. Majlis mereka tamat hampir 45 minit awal daripada ceramah JMR. Bayangkan lah sekiranya Umni Hafilda yang memegang microphone 100 meter daripada Anwar Ibrahim...saudah pasti panassss...


Kawalan begitu ketat sekali. Jackie Chan pun tak boleh menembusi benteng Sarban Unit Amal..



1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6. Tony Pua, MP Petaling Jaya Utara (DAP)
 7.
 8.
 9. Dr Mohd Hatta Ramli, MP Kuala Krai (PAS) 
 10.