Showing posts with label jelajah merdeka rakyat. Show all posts
Showing posts with label jelajah merdeka rakyat. Show all posts

Saturday, 20 April 2013

PRU 13 - Anwar boleh di klon ?


Lokasi : Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang, P44 Permatang Pauh, Pulau Pinang19

Acara : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat - dedah klon Anwar

Tarikh : 19/4/2013 @ 7.30 pm


1/20  Ustaz Abdul Mutalib Maarof
 2  Anwar boleh diklon oleh pengarah dan pengeluar video seks di Thailand. Tapi bukti tak dapat ditunjuk kepada orang ramai kerana mereka yang terlibat ditahan Polis... itu cerita Chegu Bard.
 3
 4
 5
 6
 7
8
 9
10

Saturday, 9 March 2013

Serangan Bukit Katil - Ketua Polis berat sebelah

Lokasi : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang Media berikutan peristiwa serangan ceramah di Bukit Katil, Melaka

Tarikh : 8/3/2013 @ 11.00 am


Ceramah Merdeka Rakyat di Bukit Katil, Melaka telah disambut penyokong BN dengan 'kepakaran' yang mereka ada. Dua anggota Polis dilaporkan tercedera kena baling batu dan seorang penyokong PKR turut tercedera dalam kejadian tersebut.

Cermin pintu utama bas Jelajah Merdeka Rakyat dan cermin tingkap tingkat atas juga pecah dibaling dengan batu oleh para penyerang.

Malam tadi Anwar berhadapan dengan ceramah oleh Lokman Adam yang berganding dengan Ummi Hafilda di lokasi yang tak sampai 200 meter dari tapak ceramah Merdeka Rakyat. Nasib baik ada FRU yang berkawal. Kalau tidak mungkin keadaan yang lebih terok berlaku malam, tadi.

Namun Saifudddin Nasution amat tidak berpuas hati dengan sikap 'berat sebelah' oleh Ketua Polis Negeri Melaka, Datuk Chua Ghee Lye yang secara terus terang mengatakan tidak hormat nya beliau kepada Anwar dan parti pembangkang.

Ikuti rakaman sidang media Saifuddin Nasution dibawah ini.


1
 2
 3  Cermin pintu utama yang pecah kena baling batu. Anwar ketika itu sedang dalam perjalanan turun dari tingkat atas dan terkena sedikit serpihan kaca pintu tersebut. 
  4
  5  Bas ini tidak akan dapat dibawa ke ceramah di Padang Kota, Pulau Pinang bersempena sambutan ulangtahun ke 5 pemerintahan pakatan pembangkang di sana dan juga beberapa siri jelajah yang lain dalam masa terdekat sehingga lah diperbaiki.


Sunday, 3 March 2013

Isu Lahad Datu - Anwar kasar serang media Melayu

Lokasi : Tempat Letak Kereta Medan Selera, Jalan Tenggiri, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Acara : Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Tarikh : 2/3/2013 @ 9.30 pm


Dalam menegakkan kebenaran dipihak beliau, Anwar telah menggunakan bahasa yang kasar keatas kesemua media berbahasa Melayu dan kepunyaan orang Islam di Malaysia. Dato Seri relaks laaaa, jangan sampai nampak sangat dalam keadaan tertekan.... 




Isu Lahad Datu melahirkan banyak pakar segera

Lokasi : Tempat Letak Kereta Medan Selera, Jalan Tenggiri, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Acara : Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Tarikh : 2/3/2013 @ 9.30 pm



Isu tengah panas, jadi pelbagai macam orang pun hendak tunjuk kehebatan mereka memahami isu tersebut bagaikan pakar dalam bidang ketenteraan dan keselamatan.. Tak pernah saya dengar kapal selam digunakan untuk menahan dan membenteras kegiatan lanun dan tak ada pula dinyatakan dalam mana mana laporan penceroboh Sulu datang ke Malaysia menaiki tongkang... bukan ke teramat bodoh kalau lanun naik tongkang yang besar dan perlahan yang menyusahkan mereka daripada melolosi sekatan Polis...


Isu Lahad Datu bahan ceramah Permatang Pauh

Lokasi : Tempat Letak Kereta Medan Selera, Jalan Tenggiri, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Acara : Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Tarikh : 2/3/2013 @ 9.30 pm


1/28
 2
 3
 4  Cynthia Gabriel, peguam dari SUARAM
 5  Dr Norlela Ariffin, Ahli Majlis Pimpinan Negeri PKR dan juga Pengarah Penang Women Development Corporation. Beliau pernah bekerja di bawah tiga Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, Pak Lah dan Najib Razak.
 6
 7  Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin
 8  Brig Jen (B) Dato' Najmi Ahmad (KAGAT)
 9
 10  Anwar duduk bersila ditengah tengah penonton


Wednesday, 14 November 2012

Anwar sudah tak ambil peduli isu murtad Nurul Izzah

Venue : Taman Dagang, Ampang, Selangor

Event : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat

Date : 12/11/2012 @ 9.30 pm


Samada  Anwar sudah letih atau pun ianya strategi beliau nak bgi puak UMNO letih menghentam Nurul Izzah dalam isu kebebasan beragama oleh umat Islam. Saksikan petikan dari ceramah beliau ...




Tuesday, 13 November 2012

Celoteh Zuraida sambut Najib di Ampang

Venue : Taman Dagang Fasa 1, Ampang, Selangor

Event : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat

Date : 12/11/2012 @ 930 pm


Kata lah apa pun, tapi saya yakin Zuraida bangga dapat menyambut pemimpin no satu negara ketika ini, di kawasan beliau di Ampang. Nak sambut Anwar sebagai no satu, kena lah bekerja keras dan doa banyak banyak baaaaanyaaaaaak....




Rafizi akan terus menghantui Nazri Aziz

Venue : Taman Dagang Fasa 1, Ampang, Selangor

Event : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat

Date : 12/11/2012 @ 9.20 pm


Orang BN nampak gayanya sudah selesa dengan peranan Taiko Parlimen yang dimainkan oleh Nazri Aziz... nak tegur dia jadi satu permasalahan walaupun isu anak beliau sudah dimainkan pembangkang dan juga ahli UMNO sendiri sejak kebelakangan ini. Ini jenis yang tak boleh ditegur kerana beliau sudah menarafkan diri beliau sebagai CHIEF dalam Parlimen.. Jadi sudah tiba masa anak muda bernama Rafizi Ramli buat muka sardin cari pasal dengan dia... kita semua ikuti sajalah perkembangan dari masa kesemasa kisah mereka berdua ini...



Sekitar Jelajah Merdeka Rakyat, Parlimen Ampang

Venue : Taman Dagang Fasa 1, Ampang, Selangor

Event : Jelajah Merdeka Rakyat

Date : 12/11/2012 @ 930 pm

1/27
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.

Friday, 9 November 2012

Sekitar Jelajah Merdeka Rakyat, Brickfields

Venue : Seri Kota Roundabout, Brickfields, Kuala Lumpur

Event : Jelajah Merdeka Rakyat

Date : 8/11/2012 @ 9.00 pm




1/21
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.


Friday, 2 November 2012

Kenapa mereka dengki sangat dengan Syed Mokhtar?

Venue : Taman Banting Baru, Jalan Jugra, Banting, Selangor

Event : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat

Date : 30/10/2012 @ 10.00 pm


Kenapa pembangkang seperti Tony Pua merasa tergugat sangat dengan Syed Mokhtar ?. Kenalan saya yang sekarang bekerja di Malaysian Mining Corporation amat mengagumi 'business acumen' Tan Sri. Beliau sangat 'shrewd', low profile dan amat mementingkan kebajikan pekerja. 

Perniagaan yang diamanahkan kepada beliau semuanya perniagaan yang sedia ada dan sudah pun mempunyai kumpulan pengurusan masing masing. Syarikat syarikat tersebut cuma mendapat suntikan baru dalam bentuk pengurusan strategik, modal tambahan, pengukuhan pasaran dan kolaberasi synergy  antara syarikat syarikat yang diuruskan dibawah satu pengurusan induk.

Syarikat pembuat roti, pengimpot beras, pembuat kereta, syarikat insuran, pelabuhan dan sebagai nya mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi negara. Namun semua syarikat tersebut adalah bebas dari segi kebergantungan perniagaan antara mereka dan sekiranya perlu dimerdekakan atau gagal sekalipun tidak akan membawa kesan kepada syarikat syarikat yang lain.

Syed Mokhtar juga adalah seorang dermawan dan 'philanthropist'. Beliau menubuhkan Yayasan Al-Bukhary khusus bagi tujuan menjalankan aktiviti aktiviti dakwah dan kebajikan. Dilapurkan keuntungan dari perniagaan beliau disalurkan untuk kebajikan melalui Yayasan ini. 


Gambar Fotopages archives. 
Event : Sambutan Ulangtahun UMNO ke-63. Syed Mokhtar dianugerahakan
"Tokoh Melayu Terbilang 2009"
Venue : Dewan Merdeka, PWTC
Date : 11/5/2009

1. Syed Mokhtar bersama Tun Dr Mahathir

2. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

3. Puan Sri Sharifah Zarah binti Syed Kechik



Thursday, 1 November 2012

Najib oh Najib ... sentiasa bermain dibibir Anwar

Venue : Taman Banting Baru, Banting, Selangor

Event : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat

Date : 30/10/2012 @ 11.00 pm


Tak lengkap kalau Najib atau Rosmah tidak menjadi sebahagian rencah ceramah Anwar Ibrahim. Rakaman berikut hanya lah sebahagian daripada koleksi yang saya ada...  


Wednesday, 31 October 2012

Anwar dikawal ketat kena acah Pemuda UMNO

Venue : Taman Banting Baru, Jalan Jugra, Banting, Selangor

Event : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat

Date : 30/10/2012 @ 10.00 pm


Menurut penganjur permit Polis telah diperolehi mereka sebelum permit kedua pula diberikan kepada orang UMNO untuk menganjurkan satu lagi majlis ceramah lebih kurang 100 meter dari lokasi mereka. Pemuda UMNO pula telah memberi isyarat bahawa mereka akan menunggu ketibaan Anwar bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap cara pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Bagi mengelak insiden yang tidak diingini, kawalan keselamatan yang ketat telah disediakan untuk menyambut kehadiran Anwar Ibrahim. Unit 'sarban' Amal bersama 'regular' Amal dengan gigih telah melakukan 'chain link' bagi menghalang Anwar didekati oleh mereka mereka yang tidak berkenaan..

Ceramah UMNO telah di jayakan oleh Lokman Adam dan Roslan Kassim. Majlis mereka tamat hampir 45 minit awal daripada ceramah JMR. Bayangkan lah sekiranya Umni Hafilda yang memegang microphone 100 meter daripada Anwar Ibrahim...saudah pasti panassss...


Kawalan begitu ketat sekali. Jackie Chan pun tak boleh menembusi benteng Sarban Unit Amal..



1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6. Tony Pua, MP Petaling Jaya Utara (DAP)
 7.
 8.
 9. Dr Mohd Hatta Ramli, MP Kuala Krai (PAS) 
 10.