Showing posts with label bendahari agung mic. Show all posts
Showing posts with label bendahari agung mic. Show all posts

Tuesday, 27 January 2015

Presiden MIC sengaja mahu MIC dibubarkan ?

Lokasi : Ibupejabat MIC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media khas oleh bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R.Ramanan

Tarikh : 6/1/2015



Ini satu lagi tuduhan serius dari bekas Bendahari Agung MIC, R.Ramanan. Setelah tamat tempoh 90 hari yang dibenarkan ROS, MIC masih belum mampu menyelesaikan isu pemilihan parti dan perlantikan CWC. Seterusnya mereka telah memohon untuk tempoh lanjutan selama 30 hari lagi menjadikan tempohan lanjutan yang dibenarkan selama 120 hari oleh ROS.

R.Ramanan mendakwa Palanivel sengaja mengeluarkan surat kepada ROS dengan tujuan menidakkan apa saja keputusan yang bakal dibuat ROS. Ini merupakan tindakkan yang mempersoal kewibawaan dan kuasa yang ada pada ROS yang bakal membawa padah kepada MIC. Kemungkinan besar MIC akan dibatalkan pendaftaran dan dibubarkan oleh ROS. Apakah ini yang dimahukan Palanivel ??

Dalam sidang media tersebut Ramanan turut memberi amaran kepada Palanivel untuk tidak melawan ROS kerana jika ROS masuk audit pejabat maka segala butiran perakaunan MIC akan terbongkar. Ramanan mengaku segalanya tidak seindah yang dilaporkan.






Presiden takut bini punca kemelut MIC

Lokasi : Ibupejabat MIC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media khas oleh bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R.Ramanan

Tarikh : 6/1/2015



Ini sidang media pendedahan yang kedua dari sepuluh yang dijanjikan R.Ramanan. Pendedahan yang dimaksudkan ialah mengenai kemelut dalaman MIC yang berbangkit dari pemilihan MIC yang terbaharu dan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang tidak diiktiraf oleh Pendaftar Pentubuhan (ROS)

Ikuti pendedahan Ramanan bagaimana pemilihan parti telah dicemari dengan campurtangan terus dari isteri presiden MIC, Datin Sri Kanagam. Ikuti bagaimana Kanagam menentukan senarai calon yang menang pada malam pemilihan. Ramanan menganggap Kanagam sebagai President dan bukan nya G.Palanivel dengan tindakkan campurtangan langsung dalam pengurusan MIC.

Semua nya berlaku tanpa G.Palanivel bersuara langsung. Adakah penyakit yang dihadapi pengurusan MIC ini berupa jangkitan dari parti komponen lain ataupun ianya akan berjangkit kepada komponen lain pula ??