Lokasi : Depan SOGO, Kuala Lumpur
Acara : Demonstrasi bantahan keatas BERSIH 4.0
Tarikh : 25/8/2015
Apa tujuan penganjur protes ini mempersembahkan pemuda-pemuda yang menunjukkan langkah silat yang lebih mirip kepada orang yang dirasuk hantu harimau ? Adakah ini satu bentuk intimidasi atau ugutan kepada para peserta BERSIH 4.0. Tidak kah ini bertentangan dengan slogan BERSIH 4 CINTAKAN KEAMANAN mereka...? Atau mereka sudah hilang keyakinan kepada kemampuan PDRM untuk mengawal keadaan ?
ATAAAAUUUU mereka ini hanya mahu menunjuk nunjuk sokongan kepada Perdana Menteri yang dalam keadaan tertekan sekarang ini ?? Tetapi adakah ini sahaja caranya yang mereka boleh fikirkan ? Tidak kah tindakkan mereka ini akan membawa bencana lebih besar kepada negara dan Perdana Menteri sendiri sekiranya betul betul berlaku pertembungan kelak ? Kalau berlaku ianya berkemungkinan melibatkan tiga penjuru, PDRM, BERSIH merah dan BERSIH kuning.... Kenapa tidak dibiarkan sahaja urusan keselamatan dijaga oleh pihak berkuasa sahaja ?
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10